Friday, December 30, 2011

done!


done with baju tonight..
esok sambung nk buat kain...
walaupun ada a few parts yang mcm compang camping tapi ok la..janji ada bentuk baju kan...
for the first timer kira gud enaf la kan..haha..puji diri sndiri..=)

kerja yang menjimatkan wang

Niat dah lama...
aku dah mulakan first step..
tapi malasnye haish nak mencari guru..
teruk kan...

Aku dah lama nk belajar menjahit..bukan aku xsuka..tapi malas bab nk menggunting tuh...jahit tuh aku suka la...kalo tak xde aku dok mengadap baju raya aku yg murah tuh jahit manik satu per satu..walaupun buruk..hahaha...

Aritu...dah berbulan2 yang lalu aku semangat turun KL dari JB sebab nk beli kain pasang kat JALAN TAR tuh..aku beli dalam 3 pasang...2 yg murah..1 yang mahal sket..
yang murah tuh aku nk cuba belajar buat bju kurung..kalau dah yakin nnt bru aku buat yang kain mahal tuh...hehe...

setelah hampir sebulan aku bertapa di rumah...xde la bertapa sgt sbb aku rasa xsempat pon nk ddk rumah...parents aku keja nk g holiday je...biasala...kata pon cikgu...cuti banyak2 xkn xpegi mana2 kan...mesti nk spend time ngn anak2 yang jarang2 bleh jmpa ni...sbb tu aku nak kawen dgn cikgu juga nanti...kalau ada jodoh..insyaALLAH...=)

Hari ni aku decide untuk menunaikan niat aku yang dah lama terpendam tuh..mak aku dah lama bising suh g kolej komuniti belajar...tapi aku punya la malas nk siap2 bagai nk g sana...jalan pon xtaw sbnrnya..haha...aku mmg malas keluar rumah..kalo xde keja...kalo ada keja pon aku kuar petang2...itu pun sbb terpaksa...kpda kawan2 aku...maaf la aku xajak hampa semua keluar...sbb malas nk siap2..haha...

ok2...jgn merepek byk sgt...back to the main story...aku dah start potong kain malam ni...
ahh-haaa...
bukan la potong sesuka hati ja...aku punya guru terbaik...guru yang ada di rumah saja...
iaitu...
MAK aku...hahaha...
dia ajar aku sambil baring2 ja tadi sbb dia pon penat...
sebab tuh aku potong kain nk buat bju kurung saja dari pkul 9 mlm smpai pukul 1 pgi...gila lama...rasa nk patah pinggang aku...
dan aku terasa sgt tua bila sakit2 pinggang...
adoi...bru satu baju...
kain cotton plak tuh..
yang paling senang...kalau dpt kain licin tu mmg aku antar kedai je la...hahha...
lepas dapat gaji..skrg xleh antar kedai lagi...xde duit..

esok mak antar g jahit tepi...dan mula la episod aku menjahit bju kurung...yeayy!!!
walaupun lembab..tapi aku bersyukur aku buat jugak dari terbiar je kain tuh...
ilmu perlu dicari...tak kisah apa segala bidang...
nanti mana tau susah senang kita...dah boleh jahit bju sndri..boleh la berjimat...
xde la suami aku kena kerja teruk cari duit byk2 nnt...haha...jauh benar pikirnye...
ok..
tu je nk crita...
ngntuk gila dah ni...
gdnyte...

p/s: gmbr langsung xde sbb pikir nk cepat siap je tadi...nk patah pinggang dah...

Wednesday, December 28, 2011

senyum atau bersedih...

aku tak pasti apa yg aku rasa sekarang..
tipu kalau aku cakap aku xhappy dengan keadaan sekarang..
tapi aku tak mampu untuk terus tersenyum...
kerana aku tahu ada insan yang menangis..
maafkan aku..
bukan pintaku jadi begini..
ya. mungkin ini jalan yang aku pilih..
tapi bukan niatku untuk melukaimu...
aku berusaha menjauh..
namun aku xmampu..
makin hari makin dekat..
tidak pernah terlintas di hatiku untuk buat begini..
bergembira di atas kesedihan orang lain..
aku bukan sekejam itu...
tapi mungkin ini dugaan buat kita..
mungkin ada hikmahnya..
aku sendiri tidak mampu tersenyum walau gembira..
maafkan aku kerana membuatmu berduka...
semoga kau akan bergembira di hari esok...
itu doaku..tulus buatmu...

Wednesday, December 7, 2011

life in game.


Petang tadi aku tak tau nk buat apa. Aku main game dekat my phone. Jewels. Game dia lebih kurang macam game Bejeweled Blitz dalam facebook yang aku semangat2 main last year.

Sepanjang aku tengah main2 game tu, aku terpikir sesuatu yang berkaitan dengan kehidupan kita.

Yes.
True.
Our life.

Mula-mula aku nak tanya, apa tujuan kita main game?
Mesti kita nak menang kan? Nak kutip markah yang paling banyak antara kawan-kawan kita yang main kan. Punya semangat repeat main game untuk dapatkan yang terbaik.



Ok. Apa kaitan dengan kehidupan kita. Ada persamaan tak?
Fikir kejap. Seminit je pon pikirnye.

Nampak x? Sama kan. Tujuan kita hidup adalah untuk kumpul sebanyak mana 'markah' untuk kehidupan yang kekal abadi di sana. Kita berlumba-lumba untuk kumpul 'markah' kita untuk jadi yang terbaik di mata ALLAH. Tapi jangan lupa, kita juga perlu menjaga diri untuk jadi terbaik di kalangan manusia. Kerana tanpa sengketa dengan manusia insyaALLAH kehidupan akan bahagia. =)


ok, jom main game ni. Sapa tak tau nak main cmana game ni? Tak tau? Tak pernah main ek?
Emm...cmana ek nk crita...

Rules utama dia adalah drag jewel yang kita pilih untuk jadikan susunan jewels sekurang-kurangnya tiga jewels dalam satu baris untuk letupkan. Kalau lebih kita akan dapat bonus mcm letupan yang lebih mantappp....hehe...Mantapp gituuu...=P

Dalam game ni, kita kena kejar masa untuk pastikan kita bleh masuk next stage. Tapi kita juga perlu pandai dan hebat....Haha..pandai dan hebat la sangat...untuk cari peluang untuk dapatkan bonus yang best2 tadi tu. So that markah kita akan lebih.

Erm. Itu je kot cara main game ni. Haha. Aku pun bukan pakar main game. Tapi ada sesuatu yang menarik minat aku pasal game ni.

Nak tau? Nak tau kena baca lagi laaaa...Hehe...=)

Tadi petang aku main, banyak aku terlepas peluang untuk dapatkan bonus. Buatkan aku rasa macam frust kejap dan lebih berhati-hati nk drag jewels so that xbuat silap lagi. Yela..rugi markah aku dapat sikit je kalau salah move gems tuh...Kata nk kumpul marks banyak2...mesti nk cari yang best2 kan....




See.
Nampak tak how we play this game is just the same as how we play in our own life?

Tujuan dah tahu.
So.......
Apa teknik yang dapat kita gunakan untuk dapatkan yang terbaik?
Sape gamer tersohor mesti tau teknik2 men game ni kan.
Ape ek? Apa yang korang pikir? Agak2 macam mana ek nak main bg dapat marks yang best2...

Bagi aku...
Kita perlu cekap dalam segala hal, pandai membuat pilihan dan sentiasa berhati-hati dalam membuat keputusan.

Macam tu la juga dalam life kita....

Dalam hidup ini, peluang hanya datang sekali. Kita perlu sentiasa mencari peluang yang ada, kadang-kadang ia tersembunyi dan kita mungkin terlepas peluang itu andai kita tak alert dengan keadaan sekeliling yang ada.

Dalam game ni, tak leh fokus kepada satu part of the box je, kita kena tgk keseluruhan box yang ada jewels tu supaya ada chance untuk dapatkan bonus. Macam tu juga kehidupan kita, jangan ditumpu pada suatu benda untuk dapatkan yang terbaik kerana yang terbaik tak semestinya datang dari satu perkara kerana banyak perkara lain yang tak dapat kita fikir boleh membantu untuk kita terus berjaya di dunia atau pun di akhirat kelak. Setiap peluang yang datang harus kita cuba, walaupun berisiko, namun siapa tahu itu jalan yang terbaik untuk kita terus berjaya.

Tetapi, andai kita tersalah langkah, jangan pandang belakang congkak....eyh..bukan, jangan pandang belakang..menyesal itu boleh, tapi jangan meratap sampai tak boleh nk move on. Kalau asyek meratap je, u know what. You are just wasting your time sebab sepanjang ratapan yang tak berbaloi tu anda telah melepaskan beberapa peluang baik yang datang tanpa anda ketahui..

Wahhhh~
Cakap mengalahkan kaunselor terhormat negara. Haha.

Ok..ok...
Next point in mind. Wiwiwiwi..=)

Masa.
Kalau tgk balik gmbr di atas, nmpk tak masa dia 0.58 kat bawak tu macam ada timeline warna kuning. Nampak x? Tak nampak? Cuba tgk betul2...ada kat bawah tuuuu....

Hehe..sebenarnya masa tu seminit tapi lmbt capture gmbr aku dah kehilangan 2 saat yang diberi. Ok. 2 saat nampak macam sikit kan, tapi sebenarnya sangat banyak untuk game yang hanya diberi masa 1minit. Berpuluh ribu markah dapat dikumpul dalam masa 2 saat.

Andai nk dibandingkan dengan kehidupan kita apa la sangat 2 saat kan. Tapi kalau selawat selama 2 saat boleh dapat pahala juga kan. Kehidupan kita ni mungkin lama, mungkin juga sekejap. Tapi setiap saat yang ada jangan la dibazirkan dengan benda yang tak berfaedah. Setiap saat yang ada memberi ruang untuk kita menjadi yang lebih baik. Kalau kita asyek buang masa ja mungkin bleh game over. habuk pon tarakkk... =)

Dalam mengejar masa yang ada, kita perlu sangat sangat sangat bijak membuat pilihan dalam kehidupan ini. See...banyak sangat aku tulis tu means perlu tersangat2 la tu...=)
Tersalah buat pilihan boleh menyebabkan kita merana seumur hidup tau. Meh aku nk bg contoh sket...Contoh pilihan yang simple, pilihan untuk meneruskan pelajaran. Kalau tersalah pilih jalan mungkin kita tak mampu laksanakan dengan baik dan akan mempengaruhi kehidupan kita in future. Susah atau senang semua bergantung kepada pilihan kita di awalnya.

Pilihan pasangan juga salah satunya. Fikir dengan tenang, jangan terburu-buru membuat keputusan. Andai sukar, minta tolong pada Yang Maha Kuasa. Dia mampu memberi petunjuk yang terbaik. =)

Walaupun masa singkat dan kita perlu berkejar untuk mendapatkan sesuatu, tapi hati-hati kerana bukan semua yang kita kejar adalah yang terbaik untuk kita. Berhati-hati dalam membuat sesuatu perkara. Jangan menyesal di kemudian hari. Dan jangan pula salahkan sesiapa andai pilihan anda bukan yang terbaik. Kerana itu mungkin ujian dari Allah untuk hambaNya yang terpilih. Ye, yang terpilih jeee....

Hmmm...
Ok. Itulah cerita pasal kehidupan di dalam sebuah game yang menarik minat aku. Masa yang singkat untuk dapatkan markah yang banyak. Perlu sentiasa mencari PELUANG yang terbaik untuk dapatkan BONUS berganda dan berHATI-HATI lah dalam membuat keputusan, which gems you would like to move.

Itulah kehidupan yang sebenar, sentiasa mencari peluang yang terbaik dalam hidup yang masih bersisa untuk dapatkan ganjaran yang berganda di dunia dan akhirat. Jangan terlalu taksub dengan sesuatu perkara sehingga kita terlupa ada yang lebih baik untuk kita di luar sana.
Semoga setiap langkah yang diambil dengan berhati-hati tidak akan memberi kekecewaan di masa hadapan. =) InsyaALLAH.

p/s: kehidupan seindah bermain game jika kita pandai 'enjoy'.

Tuesday, November 29, 2011

cinta halal

haha. type je word cinta kt tempat title tuh mcm2 kuar...
means aku slalu bercerita pasal cinta.
haha.
i know it. biasala. dugaan datang mcam2 cara.
mungkin aku byk diduga melalui hati.
aku terima.

ok. enaf about sad stories.
move on pliz.

bukan nk bercerita pasal menda menarik sgt pon.
tapi bagi aku menarik la.

ada someone cakap kat aku,

" siapa kata awal-awal bercinta tu best? masa yang paling best ialah bercinta lepas kawin!"

nak kata sentap bila dengar tak juga. sebab aku pon rasa mcam tuh. dah lama terpesong. baru nk beringat ni. tapi alhamdulillah masih ada peluang. itu la cerita nya. bercinta tu xperlu lama2. mungkin org kata nk berkenalan dulu b4 kawen. tapi org dulu2 xkenal pon kawen xde cerai2 pon.
yang penting niat kita. bukan bercinta kerana nafsu. bukan bercinta kerana ikut orang. bercinta kerana Allah. yang sebenarnya bila cinta itu setelah diijabkabulkan.

kawan aku lagi sorang ckp,

" kalau nak bercinta dan berkenalan sebelum kawin pun bukan semestinya kita betul2 kenal sbb semua kebenaran akan terbongkar selepas kawin. SO, mintak petunjuk Allah, andai benar itu jodoh kita. InsyaALLAH mudah jalan yang kita lalui. Allah adalah sebaik2 perancang."

Jangan bersedih andai belum bertemu jodoh.
jangan bersedih tgk orang lain bahagia.
Jangan bersedih kerana cinta.
Cinta Allah itu lebih meyakinkan.
Cintai DIA, kerana hanya DIA akan menemukan kita dengan cinta hati di dunia.
semoga setiap yang dirancang menjadi sempurna. =)

p/s: 10 magic love. <3

Saturday, November 19, 2011

diam.

lebih baik berdiam diri dari menyakiti orang yg kita sayang.
lebih baik berdiam diri dan membiarkan apa yang akan berlaku terus berlaku.
lebih baik berdiam diri dan menanti waktu.
lebih baik berdiam diri dan berdoa semuanya seperti yang dirancang.
lebih baik berdiam diri dari manusia.
kerana berbicara dengan ALLAH adalah lebih baik.
kerana hanya Dia yang mengerti.
Hanya Dia yang mampu memberi.
Hanya Dia yang menentukan.
Hanya Dia yang mengetahui segalanya.
Hanya Dia tempat bergantung.
ya. Hanya Dia.

"Ya Allah, aku memohon kepadaMu. Sesungguhnya Engkau yang Maha Mendengar setiap luahan hatiku yang tak terungkap. Hanya Engkau yang Maha Mengerti setiap bicara hatiku yang terdalam. Hanya Engkau yang Maha Mengetahui setiap sebab yang aku luahkan kepadaMu. Hanya Engkau yang Satu. Semoga Engkau membantu hambaMu yang lemah ini. HambaMu yang sering melupakanMu. Tunjukkanlah aku jalan yang terbaik. Untuk aku dan semua. Amin Ya Rabb."

Wednesday, November 16, 2011

tak perlu kata apa-apa.

kenapa perlu difikirkan apa yg dicakap oleh orang.
yang merasa sedihnya, hati aku.
yang merasa bahagianya, hati aku.
kalau aku sedih bukan kau datang membantu,
kalau aku gembira bukan kau ambil tahu.

biar aku pilih jalan aku sendiri.
biar orang kata salah.
tapi salahkah aku untuk mengecap bahagia.
mungkin salah kerana ada yang bakal terluka.
tapi aku juga insan biasa.
aku punya rasa.
aku punya perasaan.
yang bukan aku pinta.
ia hadir cukup sempurna.
untuk hatiku menerima.
maaf kerna mencinta.

permintaan hati.

Aku hanya ingin cinta yang halal
Di mata dunia juga akhirat

ini yang aku inginkan. thats all for now.
ok. selain aku boleh pass dengan cemerlang KPLI
Next KISSM plus interview SPP..

Hanya Allah yang mampu menolong hambaNya yang lemah ini.
Aku merayu, memohon padaMu ILAHI, tolong tunjukkan aku jalan yang benar.
Bimbing aku menuju cahaya cintaMu.

Saturday, November 12, 2011

kata keramat

people come into your life,
there are few who stay for a long time,
there are lots who just drop by.
They come to give you happiness,
If they don't, they still give you experiences,
Don't ever regret,
And always appreciate every single person in your life.
Because they bring you for what you are today.
The beautiful experience that will can never be bought even if you have thousand million dollars.

Enjoy your very beautiful day with the one that appreciate your existence.
Love you my friends.=)

Thursday, November 10, 2011

heart broken feeling.

if you dont like, just tell me.
if you hate me, just let me know.
I'm okay.
I just love to be loved by you.
I'll wave goodbye if u don't.

p/s: mencuba untuk tidak sentap di musim exam.

Thursday, November 3, 2011

flexibility.

aku berkawan dengan semua orang.
secara jujurnya.
ada yang aku suka sgt.
ada yang aku biasa2 saja.
ada yang aku meluat.
dan ada juga yang aku benci.
ok.
aku perlu buang yang negatif dan cuba terus bersabar.
bukan apa.
kalau nk orang sentiasa positif terhadap kita.
kena la kita pon positif terhadap orang kan.
so macam tuh la jugak, apa yang nk diceritakan.
tentang tajuk hari ni. *gaya cikgu sket*

FLEXIBILITY

sebagai orang utara yang punya bahasa sendiri.
mungkin orang dengar pelik.
mungkin ada yang suka.
mungkin ada yang ingin belajar.
so open your heart.
listen.
and learn.
if not to talk like me.
at least u can understand what im talking about.
bukan memaksa.
sebab aku juga manusia.
17 tahun di Perlis.
cakap bahasa utara.
so i cant change it in a minute.
i learn.
it is hard.
but im willing to do.
why?
because i want to be in your group.

same goes with kelantanese or terengganu..
kalau dilihat, ramai yang cakap diorng ni berpuak.
bukan.
bukan sengaja.
tetapi lebih selesa.
cara hidup, cara cakap, dan semuanya lebih senang.

kenapa menunding jari?
orang blablabla susah nk join org lain.
cuba kita sebagai seorang kawan. join the group.
awal2 mungkin nmpk tersisih.
tapi lama2 mesti boleh join punya.

tak perlu ganyang cerita pasal 1 Malaysia.
pupuk perpaduan sesama Melayu dulu.
ini tak, slang lain dah xnk bersatu.
inikan pula bahasa lain.
fikir-fikirkanlah dan selamat beramal.

p/s: aku boleh cakap bhsa ganu n kelantan sket2. baru berkenalan ngn org sabah n masih belajar words2 nya sebelum cuba untuk bercakap.=) next in list, sarawak.

Wednesday, October 19, 2011

Monday, October 17, 2011

no title

kenapa perlu bersedih kerana satu perkara. sebab banyak perkara lain boleh membuatkan kita tersenyum riang dan bergelak ketawa.


Wednesday, October 12, 2011

cerita kedai kopi





pagi2 lagi dah buka cerita. so kita panggil cerita kedai kopi.
dah berkurun xupdate blog. naseb la blog bukan sumber pendapatan. kalao tak dah lama aku gulung tikar.
bukan masa menjadi kekangan. tapi aku tak dak idea. nk dicerita. tapi aku tak tau mcam mana.
terlalu banyak peristiwa. terlalu banyak masalah menghimpit. terlalu banyak gosip yang ingin dikongsi. tapi kenapa bukan lagi aku memilih blog ye?
mungkin sebab aku punya kawan untuk bercerita. aku punya sahabat yang sentiasa mendengar.
aku punya teman untuk keluar membuang masa. aku gembira. walaupun kebosanan kadang kala menghimpit.



aku punya kerja yang belum selesai. kerja kursus, belajar untuk exam,n last not to forget.. kerja menulis yang dah lama tertunggak. yang dah lama kebuntuan. sebab apa. sebab otak aku tak berfikir dengan ligat. so tiada idea yang ingin menyapa. kalau dulu, study final bukan main susah. nak mati aku rasa. dalam stress aku gembira bila idea dtg untuk aku bercerita. menulis buat aku happy. walaupun tulisan aku hanyalah merepek. tapi aku suka baca balik. ada yang kelakar. ada juga kadang2 aku rasa bangangnya aku.tapi itu semua pengalaman, yang mengajar aku menjadi diri aku sekarang. walaupun tidak banyak ilmu di dada. namun aku punya sesuatu yang berguna,untuk diri sendiri, dan mungkin aku perlu sampaikan kepada orang lain. orang yang aku sayang..ingin aku beri seribu nasihat berguna, bukan sebagai advisor yang hebat, tapi cukup sekadar seorang insan yang boleh membahagiakan orang lain. aku tak nak orang yang aku sayang buat salah yang sama dengan aku. tapi kalau aku bagi nasihat orang tak nak dengar. siapa aku untuk memaksa. mungkin tidak pernah merasa kesusahan seperti aku. syukur mereka bahagia dan gembira. semoga kekal selamanya.

ok. enaf merepek. sebelum aku masuk secara khusus. biar aku berundur dulu. bai.

p/s: gambar sekadar suka2 sebab internet laju. dah lama tak upload gmbr dlm blog. kui3.

Wednesday, September 21, 2011

song of the month! =)

BERDUA BERSATU by FORTEEN.

Kenapa cinta kita
Selalu saja diduga
Bagai ada tak merestu
Kita berdua bersatu

Atau mungkin kau dan aku
Ditakdir untuk berpisah
Walaupun melawan arus
Kita berdua bersatu

Seringkali ku mendengar
Patah tumbuh hilang berganti
Tetapi ku tidak mahu
Cinta selain darimu

Jika denganmu salah
Ku tak mahu yang benar
Jika denganmu rebah biarlah ku tercalar
Walau dilanda badai
Ku sanggup kerna ku mampu
Kita berdua bersatu

Jika denganmu kabur
Ku tak mahu yang jelas
Jika denganmu hanyut
Biarlah aku lemas
Walau dilanda ribut
Ku sanggup kerna ku mampu
Kita berdua bersatu

Tuesday, September 20, 2011

BACK TO IPGKTI

End of praktikum.
Back to less-stress schedule in IPGKTI.
Enjoy with less-class, less-work.
No more RPH.
No more relief class.
No more students.
Rileks.
Boring.

Monday, August 22, 2011

weekend Penang escape

hola.
Penang escape in less than 1 hour.
The story begin.
My mum did called a nite before telling me that my brother in UPNM got overnight outing, so as my dad have hotel voucher or wutever that give us a free night stay with buka puasa buffet for 6 person, they decided to spend their weekend in Penang. However, I really feel bad coz I got school on Saturday, which means I can't join them enjoy the weekend.
That nite I looked for any flght ticket that can fit with my time as I will be back from school at about 10 am. But, there is nothing. So, I have no hope.

Next morning, Saturday. Morning, at school, my brother called me talk about something that not related to this weekend gathering. Then, I called my mum. Talk and talk. Then she said that she will make caramel pudding for my brother as he asked for it.
Owh! This is not good. I want it too!
Then, what else?
My heart fly away. No longer at school. Keep looking at the watch, waiting for the time for going home. 10.00 am sharp! Engine start, and I drove home. Switch on my laptop. I told Fiqs that I'll try to find a way to go to Penang too. Asked her about flight to KL from JB about this time, then I want to take the bus with my brother to Penang. NO! There's no flight.
DOWN!
I was so frustrated. I have no heart to do anything. Just keep thinking about the trip.
Then, BLINK!!!! An idea!
Why don't i take a flight from KL to Penang? So, Airasia is my only choice. POOFF!!
Hoyeah! There are a few flights that day. I can even choose which one I want. Fiqs help me to book the flight tickets and print it out plus web check in. I grab my bag that i packed for balik kampung for Hari Raya put some clothes for Sunday, then put on my tudung. Grab the camera, my wallet. Check! There are few RM. Ok. enough till I land in Penang. hehe. grab the tickets.
Close the door, Fiqs drove me to Skudai bus. I asked for the bus that depart ASAP. And yes, Cepat Express is just otw from Larkin. 11.15 am, I already on the bus to KL and alhamdulillah I manage to arrive Penang on time. =)
Really enjoy the short moments with my family.

Thursday, August 18, 2011

kerenah pelajar.


tadi kena relief kelas Form 5.
Ada gerak gempur SPM.
Sejarah paper 1. Soalan Objektif.
Bila masuk kelas.
Ada pelajar tak baca buku.
Yang bersembang itu normal.
Yang tidur pon normal.
Aku biarkan saja.
Kalau dipaksa bukan boleh terima pon.
Cuma memastikan kelas dalam keadaan terkawal sebelum memulakan exam.
Tepat jam 7.45, aku suruh simpan buku dan beg.
Di luar.
Semua bangun dan keluar.
Ada yang cepat, ada yang lambat.
Itu perkara biasa.
Kurang semangat bila exam.
Aku bagi kertas OMR yang perlu dihitamkan jawapan di situ.

Aku minta tulis nama dan tingkatan.
Aku pastikan pelajar yang hadir semuanya di dalam kelas.
Aku edarkan kertas soalan.
"Jangan buka lagi!" yakin aku memberi arahan.
Semua dah dapat soalan.
Buka soalan dan suruh pelajar check kalau ada kosong atau salah masuk soalan.
Semua ok.
Exam start!


2 minit.
Aku tengok ada yang garu kepala.
Paling menarik bila ada yang dah tidur.
Aku bangun kejutkan.
Kawan dia tengok aku. Senyum.
"Dia memang macam tu. Tak nak jawab exam"
Mudahnya memberi penjelasan.
"Semua exam?" Masih aku keliru.
"Tak la. Sejarah ja" Yakin lagi bercerita.
Aku terdiam.
Dalam hati tertanya-tanya.
Seribu satu soalan keluar.
Seteruk aku dan kawan-kawan aku sekolah dulu.
Walaupun aku tahu Sejarah tu tak menarik dan susah.
Walaupun aku malas baca Sejarah.
Tapi tak pernah aku jumpa.
Pelajar yang langsung tak nak CUBA jawab soalan exam.
Kenapa kah?
Apa yang terjadi dengan pelajar sekarang?
Aku pelik. Semoga dia tak buat mcm ni time SPM.
Kesian cikgu penat mengajar.
Kesian lagi tengok results dia nanti.
Bukan kelas last yang selalunya banyak fail.
Ini kelas harapan yang ada masa depan yang cerah.
Sesuatu perlu dilakukan. Aku pasti. =)

Monday, August 15, 2011

keindahan PUASA di MALAYSIA


Tujuan post ini ditulis untuk mengingatkan semua insan yang berada di mana-mana saja mengenai keindahan berpuasa di tanah air kita, Malaysia. Sempena perayaan Hari Raya Puasa pada tahun ni berkemungkinan jatuh pada tarikh keramat negara kita mencapai kemerdekaan, 31 Ogos mari kita sama-sama menaikkan semangat patriotik di samping semangat nak beraya kan. Haha.


First thing first. Bila berpuasa:
  1. Sebelum start puasa lagi dah boleh pilih jenis kurma yang ingin dimakan semasa berbuka dan sahur. Ada seribu satu jenis kurma dijual dimana-mana. Mau yang kering, yang basah, yang luar kering dalam basah atau apa-apa saja jenis, boleh didapati di pasaraya terdekat. =)
  2. Untuk sahur, diberi jadual imsak daripada masjid terdekat. Namun jangan risau siapa yang tak dapat, sebab mudah nak tahu waktu imsak dan berbuka hanya dari TV plasma anda. =) semua channel akan menayangkan slot waktu imsak dan berbuka dengan tajaan daripada pelbagai jenis jenama makanan.
  3. Bila kerja banyak di ofis atau sekolah (untuk guru seperti aku), paling tak sempat masak, BAZAR RAMADHAN banyak untuk dilawati. InsyaALLAH dapat makan berbuka dengan indahnya. contoh ayam percik yang mudah didapati di bazar.
  4. Waktu berbuka, tak perlu risau jam siapa cepat atau lambat sebab yakin masuk waktu berbuka bila terdengar AZAN Maghrib di surau2 dan masjid2. Kalau di KL boleh dengar azan dari TV3 tajaan Yakult.
  5. Kalau rasa teringin nak makan bubur lambuk, sila pergi terawih dekat masjid, insyaALLAH ada rezeki anda. *dekat plaza Angsana JB setiap hari ada bubur lambuk free*
  6. Paling menarik ialah, keinginan untuk makan apa2 saja makanan di Malaysia dari pelbagai negeri sangat mudah didapati di bazar tanpa perlu melayari myresipi.com untuk belajar memasak kalau sekadar nk makan beberapa ketul kuih.*tapi ada juga makanan yang kat Perlis tak dak kat bazar Johor ni. Jauh sgt kot. T.T*
  7. Tapi kan, berpuasa di Malaysia juga sangat menguji kesabaran dan keimanan. Bagus untuk sesiapa yang inginkan pahala lebih. Sebab setelah beberapa tahun berpuasa di New Zealand pada musim yang waktu siangnya pendek, aku dan sahabat aku terasa sangat dehidrated bila petang menjelma. Lagi teruk kalau kelas banyak dan perlu menjerit2 dalam kelas. Rasa nak balik tidur and tak nak bersuara. *rasa je la.tido itu pasti, bila tidur mesti tak bercakap. Bila bangun aku non-stop juga cakap* Lagi bertambah stress bila nak berbuka di kedai makan perlu beratur bersama orang yang berpuasa start tengah hari atau petang. Sabar je la.
  8. Paling menarik dan tertarik pula, bila pergi mana-mana shopping complex untuk membeli belah for raya, mesti terdengar lagu-lagu raya yang menusuk kalbu*walaupun dapat beraya di kampung tahun ni, masih terasa sebak*.
  9. Menarik, tertarik, dan teh tarik bila sale sangat banyak walhal diorng naikkan harga melambung then tulis sale. Demmit! ops. Jangan mudah tertipu ya. Tapi perasaan ingin membeli tetap ada, cuma ongkosnya ngak ada. Barang Malaysia sangat mahal dan pendapatan sikit. Wuwu...=(
  10. Nak join menarik bila jiran-jiran dah mula pasang lampu kelip-kelip depan rumah sedangkan rumah sewa aku kosong tidak berhias. Nak beli rasa membazir. Sebab perlu mengutamakan perut yang comel.=) Tak pe, nanti balik kampung nak pasang pelita keliling rumah.*kat mana tah aku nak pasang, rumah dah tak dak tanah dah* Atas pagar macam ni mungkin.
  11. Bila terasa nak buat kuih raya tak sempat sebab terlalu busy tidur lepas balik sekolah, sila lawati blog-blog atau facebook rakan-rakan anda, yakin dan pasti ada iklan pasal kuih raya. Baju raya pon ada. Macam astro, macam-macam ada~

Cukup kot sebelas perkara menarik berpuasa di Malaysia. Nanti kalau rajin aku update perkara menarik beraya di Malaysia plak ye. Tunggguuuuuu~~~!

makan sate di Majlis Berbuka Puasa bersama anak yatim SMK Mutiara Rini, Skudai.

p/s: Yang tak menariknya, bila nak balik raya ja kena servis kereta*pening pikir duit lagi*,kena drive all the way long from Johor to Perlis dalam JAM. Harap-harap tak sangkut jam lama-lama nanti. Semoga selamat sampai ke kampung halaman. Amin. Plz doakan saya ya. I'm going home on 26 August right after school.*ni untungnya jadi cikgu, boleh gerak awl balik kampung* =)

Sunday, August 14, 2011

lets move on.


pernah kecewa dan putus cinta.
aku juga pernah.
sakit kan.
tipu kalau cakap tak.
unless kau yang mmg nak putuskan

skrg aku bukan nk bercerita pasal kisah putus cinta.
malas nk bersedih lagi.
aku nak share cara terbaik untuk lepaskan diri dari belenggu kesedihan ni.
jangan bersedih lama2 tau.
jom baca sket nasihat dari aku ni.

Seribu satu usaha kita lakukan untuk menjaga sesuatu hubungan, tapi andai tiada jodoh, maka takkan menjadi juga. Tapi kalau benar dia jodoh kamu, insyaALLAH dipermudahkan urusan. Sebagai seorang hamba ALLAH, bercintalah dengan ALLAH, sesungguhnya DIA akan mengutuskan JODOH kamu BILA TIBA MASANYA nanti.

Jangan terlalu bersedih dengan hubungan yang tak menjadi, kerana ALLAH menyediakan seseorang yang lebih baik untuk kamu.

Jodoh adalah RAHMAT dan juga UJIAN dari ALLAH. =)

Thursday, August 11, 2011

tips penjagaan muka =)

sejak bila aku mula mengambil berat pasal penjagaan muka aku pon tak pasti.
yang pasti bila balik Malaysia ni perlu dijaga.
kalau tak, muka berminyak sebab banyak kotoran di udara dan panas menyebabkan mudah berpeluh.
Tapi aku tetap aku, makan tak jaga sangat dan muka plak cuci dua tiga hari sekali dengan facial cleanser. bukan apa, mak aku cakap kalau nk muka berseri selawat sebelum basuh muka ngn air biasa. so aku buat mcm tuh je la. alhamdulillah selamat lagi. plus muka aku bukan ada masalah sgt pon.

tapi memandangkan aku ni perempuan, bila tgk barang penjagaan muka. terasa sangat gatal tangan nak membeli.
then, one day aku terbeli masker garnier dekat watson.



bila pakai sangat best! then aku keep beli dan beli.. siap jadi ahli watson sebab nk dpt points. hahaha...
aku suka pakai masker cream compared to masker yang dah siap tu. sbb fitting cam xsesuai ngn muka aku.
disebabkan muka aku yang kurang bermasalah ni, aku suka try benda pelik2 yang ada kat watson tuh..then semalam aku terbeli dua masker..nivea n garnier. dan aku dah try nivea tuh. ok la..melembutkan kulit muka aku..chewahhh~!
tapi aku lagi suka garnier, rasa tegang ja muka aku bila peel off tuh.. wiwiwiwi...
=)

p/s: this is my second entry for today. nampak sgt bosan. tonight continue menjahit manik di baju raya ku. tadi dah usha2 design..=)

lupa password



ergh.
pengsan mau kerah otak fikir balik password email aku yang lama.
dah try semua passwords yang aku penah guna.
tak boleh jugak.
adakah kena hack.
tapi apa yang ada pada email aku smpai org hack.
dah la aku xigt soalan tuk verify password tuh.
nk check email la.
plz la.
macam mana bleh lupa tah.
*garu-garu kepala*

Wednesday, August 10, 2011

keletihan dan kekurangan tenaga

bulan puasa dah seminggu berlalu.
maka dah seminggu aku berpuasa.
masih penuh.
Alhamdulillah.
Tapi hanya penuh berpuasa.
bukan penuh mengisi amalan di bulan Ramadhan ni.
Bukan tak nak.
Niat sentiasa ada.
cuma tidak berkemampuan.
Bila bangun pagi, siap pergi sekolah.
sahur pon sekadar bangun minum air.
Jimat masa untuk tidur.
Sebab selalu rasa kurang tidur.
Uhuk-uhuk.


Bila di sekolah asyek mengantuk.
balik sekolah cari bantal je.
Sembahyang Zohor je trus landing atas katil.
Bangun pula bila Asar.
Then masak untuk berbuka.
Alhamdulillah, rezeki murah di bulan puasa ni.
Tak pernah tak cukup makan lagi.
Lepas maghrib buat kerja sekolah.
Bila lepas isyak buat terawih.
itu pon sdn bhd.
Dah semangat2 nak pegi surau.
then dengar berita kes pompuan kena kerat 15.
terus kunci pintu duduk dalam rumah diam2.
buat sorang2 lebih khusyuk. InsyaALLAH.
semoga diberi kekuatan untuk terus meningkatkan amalan di bulan mulia ni.
any solution menghilangkan mengantuk? plz let me know..

Thursday, August 4, 2011

puasa

sudah 4 hari puasa. ahhaa...4 hari sudah? cepatnya masa berlalu..
yalah kan. mana tak nya.. hari pertama puasa di rumah..sempat berbuka di rumah..
hari kedua baru smpai jb..sepanjag hari tak ingat kat mana...tido je dalam bas..uhuk3...
esoknya, oh semalam...buka puasa mcd ja. saja xtaw makan nasi.. mau diet..harap2 puasa bleh turun lagi berat aku..
hari ni ada majlis buka puasa n solat hajat di sekolah. tak berbuka di rumah lagi la.
wahhh...
selepas seminggu kot baru boleh dok diam2 di rumah..
penat puasa sambil mengajar..
balik mesti kering tekak.
hari ni tak mengajar..tapi malas sgt bgn pgi tadi tuk sahur..air tepi katil pon tak minum.
huhuhu...
semalam tdo awl..sebelum kul 10 lagi dah tdo...bgn plak kul 6..tapi masih mengantuk..siap pakej saket kepala lagi..huhu...
dugaan bulan puasa..harap dapat penuh semua...boleh ke tak? hahaha....
apa2 pon...selamat menyambut ramadhan dengan lebih baik tahun ni...
jangan ponteng2 puasa...cuba bertahan ya...=)

Wednesday, July 27, 2011

balik kampung

hoyeah. aku dapat cuti smpai selasa. mau balik kampung. tapi ada camping. who cares apa cikgu2 tuh nk komen. bila mak dan ayah aku asyek beri idea supaya aku boleh tak pergi aktiviti sekolah. maknanya mereka sudah rindu aku. ahaks. sila muntah hijau.
yang pasti esok aku akan pegi cakap elok2 dengan cikgu yg berkaitan tuh. kalo kena nanges pon aku tak kesah. yang pasti aku nk balik. wakaka.
ok. tekad. mau balik kampung. doakan aku boleh balik kampung.

Tuesday, July 26, 2011

tidak cukup masa.

ruginya terasa. setiap detik yang dilalui di sekolah semasa praktikum ni tak dapat dikongsi bersama dalam blog ni. nanti bila dibaca balik mesti terasa kehilangan satu slot kehidupan yang menarik. permulaan perjalanan sebagai orang bekerjaya. walaupun masih bukan sepenuhnya. Tapi sesungguhnya terlalu banyak dugaan pabila bekerja. menjaga hati orang. menjaga prestasi diri. paling terbaik bila perlu mengambil hati bos-bos besar dengan terus jadi 'yesman'. tak mengapa, ini satu cara untuk hidup. mungkin nampak macam tak bagus tapi itulah kenyataannya yang perlu diterima.

Ketidaksabaran aku masuk praktikum berbaloi bila aku dapat mengendalikan kelas fizik, math dan sivik dengan baik. Walaupun kurang memuaskan lagi dan perlu lebih peningkatan. Biasalah, saya budak baru belajar, perlu nasihat dan saranan perubahan daripada guru-guru berpengalaman. jangan malu bertanya, itu pegangan aku. Biar kita dipandang kecik oleh mereka, tapi mungkin kita boleh menjadi lebih besar daripada mereka nanti. Kumpulkan ilmu sebanyak-banyaknya sepanjang praktikum dan cuba aplikasikan semasa di mengajar betul-betul nanti. InsyaALLAH dengan niat yang baik, mulakan dengan Bismillah pada setiap langkah menuju ke kelas, pelajar dapat dikawal dengan baik. Tapi jangan mudah mengalah kalau masih ada yang tak peduli kita sebagai seorang guru. Bak kata Dr Yazid, aku punya pensyarah pembimbing, cuba cari cara untuk attract pelajar. Walaupun mengajar tingkatan 4, tapi kadang-kadang perlu treat diorng sebagai kanak-kanak yang perlukan aktiviti yang menarik. budak-budak sekarang dah kekurangan masa bergembira sebab banyak masa habis di tusyen dan fb. So, nak tarik minat diorng cuba jadikan kelas tu tempat untuk diorng buat aktiviti yang menarik. Selamat mencuba ya.~

seronok itu tak tipu. Tapi aku juga tak tipu bila cakap aku xcukup masa. untuk update blog. bukan malas. tapi internet slow, nk tunggu lama sedangkan aku punya masa secebis cuma. Banyak kerja tertunggak. tak la banyak sangat, cuma ada kerja perlu diselesaikan.

Dunia ini indah kalau kita cuba buat ia seindah kejadiaannya. jangan dilihat perkara yang menyedihkan, kerana masa terlalu singkat untuk kita menikmati kebahagiaan di dunia.
wake up call!

Tuesday, July 19, 2011

haapy days ahead.



happy bersama pelajar SMK Mutiara Rini yang rajin belajar dan sentiasa bersemangat.
I'll be happy to spend all my time teaching u all.
Semoga niat aku untuk mendidik pelajar menjadi insan berguna tercapai dan dipermudahkan.
=)

Thursday, July 14, 2011

masa lalu

jangan diingat masa lalu yang hanya mengalirkan air mata...
jangan diingat masa lalu yang gembira tapi tiada lagi nyata..
jangan diingat masa lalu yang membawa kepada benci..
jangan diingat masa lalu yang telah tersalah membuat pilihan.

hanya ingat pada yang memberi senyuman.
hanya ingat pada yang membentuk diri ini..
hanya ingat kepada yang mengukuhkan persahabatan..
hanya ingat kepada yang membimbing..
hanya ingat pada yang mengingati.

mencintai seadanya, maaf andai mengecewakan, ku hanya insan biasa yang tak punya apa-apa.
namun ku bersyukur diberi peluang menimba seribu satu pengalaman pahit dan manis sepanjang bergelar hamba Allah yang lemah.
semoga lebih baik.

Tuesday, July 12, 2011

tidur tak lena.

Dah hampir sebulan..ke dah sebulan lebih.
tidur aku tak pernah lena. Setiap malam pasti terjaga.
Kalau bukan pukul 1 lebih atau 2, mesti terjaga pukul 4.30 pagi..
Entah kenapa.. bila bangun terasa seperti dah lama tidur, tapi untuk bangun memang tak la..bukan malas. tapi takut untuk bangun sorang-sorang, nak buat apa kan.
dah la aku ni penakut. sobsob.
terpaksa la aku sambung tidur.

Kenapa semua ni terjadi. Bila malam tidur tak lena, esok aku mengantuk di sekolah.
Aku bukan pelajar lagi, aku dah jadi cikgu. Takkan nk jadi macam P Ramlee kot tido dalam kelas.
Aku perlu cari punca masalah ni.
Kalau tak rosak hidup aku.
Semua kerja tak jadi.
Balik sekolah je letih macam g berkebun.
Padahal kelas sikit ja.
Bukan sepanjang hari pon.
Bila malam baru bleh buat kerja.
Itu pon kalau xdak cerita best. Kalau ada cerita best mcm Selasa malam.
Memang xjadi kerja la.

Huhu.
Doakan aku tenang menghadapi sebarang masalah.
Tenang tidur supaya bangun bleh buat keja baik2.

Saturday, July 9, 2011

sekolah

Praktikum.
Di SMK Mutiara Rini.
For now, everything ok. Terpaksa mengajar Sivik walaupun bukan minor atau major aku. Major Fizik, minor Math, tapi disebabkan semua cikgu tak nak lepaskan kelas masing-masing, aku terpaksa ambil alih 1 kelas fizik dan half kelas math.
Haa??
Half kelas? macam mana tu? hehe..Lebih la dari half sebab satu kelas Math tu ada 5 masa seminggu, tapi aku hanya ambil 3 masa. Lagi dua masa cikgu Math kelas tuh mengajar sebab sebelum ni dah ada cikgu praktikum ambil kelas tu dan pelajar tak faham.
So, cikgu tuh nk keep track pelajar dia, sebab tuh dia buat peer teaching. Boleh la.Kurang sket masa aku mengajar. Ganti dengan kelas Sivik tak la berat sangat aku nak buat RPH sebab tak kan diobserve. Haha.

Tadi ada kokurikulum Pengakap. Jangan terkejut kalau sekolah dah tak de cuti hari Sabtu. Ingat kerja cikgu senang ke? Semua orang mau kerja lebih masa, cikgu jadi pengasuh anak-anak la pula sekarang. Kalau kerajaan nak naikkan gaji cikgu jangan ada orang nak komen lebih-lebih ya sebab kitorang sebagai 'pengasuh' anak-anak anda tanpa bayaran dari anda. Kira ok la tuh kerajaan sudi bagi gaji lebih. Sebab kerja pon dah lebih. Haha.

Ok la ye.
Overall, baru mengajar Sivik sebab cikgu Fizik dan Math nak mengajar sikit lagi abiskan tajuk.
Wish everything will be fine and I'll be a very good teacher. =)


Wednesday, July 6, 2011

Kata-kata semangat untuk diri sendiri dan sesiapa yang berkenaan

1. Ketika satu pintu kebahagiaan tertutup, pintu yang lain dibukakan. tetapi acapkali kita terpaku lama pada pintu yang tertutup sehingga tidak melihat pintu lain yang dibukakan bagi kita.

2. Jangan tertarik kepada seseorang karena parasnya, sebab keelokan paras dapat menyesatkan. Jangan pula tertarik kepada kekayaannya, karena kekayaan dapat musnah. Tertariklah kepada seseorang yang dapat membuatmu tersenyum, karena hanya senyum yang dapat membuat hari-hari yang gelap menjadi cerah. Semoga kamu menemukan orang seperti itu.

3.Memberikan seluruh cintamu kepada seseorang bukanlah jaminan dia akan membalas cintamu! Jangan mengharapkan balasan cinta, tunggulah sampai cinta berkembang di hatinya, tetapi jika tidak, berbahagialah karena cinta tumbuh di hatimu.

4.Sungguh benar bahwa kita tidak tahu apa yang kita milik sampai kita kehilangannya, tetapi sungguh benar pula bahwa kita tidak tahu apa yang belum pernah kita miliki sampai kita mendapatkannya.

5.Orang-orang yang paling berbahagia tidak selalu memiliki hal-hal terbaik, mereka hanya berusaha menjadikan yang terbaik dari setiap hal yang hadir dalam hidupnya.

6.Hanya diperlukan waktu semenit untuk menaksir seseorang, sejam untuk menyukai seseorang dan sehari untuk mencintai seseorang tetapi diperlukan waktu seumur hidup untuk melupakan seseorang.

7.Kebahagiaan tersedia bagi mereka yang menangis, mereka yang disakiti hatinya, mereka yang mencari dan mereka yang mencoba. Karena hanya mereka itulah yang menghargai pentingnya orang-orang yang pernah hadir dalam hidup mereka.

8.Cinta datang kepada mereka yang masih berharap sekalipun pernah dikecewakan, kepada mereka yang masih percaya sekalipun pernah dikhianati, kepada mereka yang masih mencintai sekalipun pernah disakiti hatinya.

9.Masa depan yang cerah selalu tergantung kepada masa lalu yang dilupakan, kamu tidak dapat hidup terus dengan baik jika kamu tidak melupakan kegagalan dan sakit hati di masa lalu.

10.Ada hal-hal yang sangat ingin kamu dengar tetapi tidak akan pernah kamu dengar dari orang yang kamu harapkan untuk mengatakannya. Namun demikian janganlah menulikan telinga untuk mendengar dari orang yang mengatakannya dengan sepenuh hati.

11.Jangan pernah mengucapkan selamat tinggal jika kamu masih mau mencoba, jangan pernah menyerah jika kamu masih merasa sanggup jangan pernah mengatakan kamu tidak mencintainya lagi jika kamu masih tidak dapat melupakannya.

Thanks to curvatech for the collection of words.

Wake up girls and boys, those who feel bad bout love. live your life to the fullest. Everyone should enjoy every moment in their life. Try your very best and never regret. Never forget Allah and everything will be alright. =)

Tuesday, July 5, 2011

Maafkan Aku..

Aku bersalah.
Tersalah tafsir hatimu.
Tersalah duga tingkah laku mu.

Maafkan aku,
Kata-kataku buatmu kecewa.
Tindakanku buatmu marah.

Maafkan aku,
Mencintaimu.Menyayangimu.
Bukan niatku menyusahkan mu.
Cuma kedegilanku tak mampu dikawal.

Benda yang baik dah jadi pelik.
Niat yang baik tak dapat dimengerti.
Kini aku sendiri menangis lagi.

p/s: doakan aku terus kuat menghadapi dugaan hidup ini. Semoga aku berubah menjadi lebih baik dan dapat menyenangkan semua orang. =)

Thursday, June 30, 2011

kerajinan melampau

Selamat pagi.
Awal-awal pagi sudah belajar menipu. sejak bila plak ko rajin ni syaza. Bukan malas je ke selalu?
Hehe. Tahu pun diri tu malas. Takkan la nak bermalasan sepanjang masa kan. Aku tengah berusaha untuk merajinkan diri tapi bukan rajin buat kerja sekolah la buat masa sekarang. Mood belum sampai. Haha. Dah nak masuk sekolah for praktikal pon masih tak ada mood ke?
Erm. Perlu diubah Syaza sayang......

Eyh, lari tajuk nampak. Boleh gagal exam BM kalau macam ni. Lain ditanya lain pula dijawab. Tapi tak ada soalan pun, cuma tajuk ja.

Cerita hari ni, mau bangga diri sikit. Haha. Biasa la kan, kalau bukan diri sendiri mau puji siapa lagi kan. Hehe. Hari tu aku pernah cerita aku masih menanti nak masuk rumah kan. Sekarang mau cerita pasal rumah baru. Flat di luar, kondo di dalam. Wahh..mau bangga-bangga lagi kan.

Disebabkan kami hanya bertiga mau menyewa rumah, sebab itu pilih untuk tinggal di flat saja. Tapi tak kisah sebab bilik dapat sorang satu, lagi seronok, lagi privacy, lagi mudah menguruskan diri. Lagi best boleh gayut telefon dengan jayanya tanpa perlu fikir ganggu kawan sebilik kan. Hehe. Berapa lama sangat la kan bergayut di telefon tu. Bukan lama sangat pun, tapi ada la juga kalau dah dapat free call kan. Jangan biarkan Celcom kaya begitu saja, perlu menggunakan sepenuhnya. Hehe.

Wahhh..
Macam panjang saja intro nya. Maaf ya. Ok.Ok. Mau cerita pasal kerajinan sudah. Sejak masuk rumah baru ni, semakin rajin kami MEMASAK. Haha. Niat dihati mau berdiet, tapi apakan daya, telur goreng sama sayur tumis pon sedap rasanya. Hanya perlu kuat hati untuk menahan nafsu makan. Tak mau makin gemuk la. Ini pun sudah susah hati. Ini pun sudah terlebih. Jangan tambah lagi la. Stress. Tapi, seronok sebab makanannya dijamin selamat, InsyaALLAH.

Kerajinan kedua. MEMBASUH BAJU. Hoyeah! Tak perlu basuh guna tangan lagi. Sudah ada mesin basuh baju. Kerja makin mudah, banyak masa boleh jimat tapi tidak jimat wang sbb perlu guna elektrik. wiwiwi. Tapi tak pe. Duit boleh dicari, masa jangan dibuang begitu saja. =)
Setiap dua hari basuh baju. Kongsi saja, kami bertiga campur saja baju mudah sikit nak basuh. Tak perlu tunggu sampai seminggu baru cukup satu kali pusingan. Hehe.

Kerajinan ketiga. Ini bukan sengaja dirajinkan, tetapi perlu rajin. Kalau tidak nanti rumah kondo kami tidak cantik sudah. Rajin MENGEMAS rumah. Hari-hari perlu sapu sampah, cuci sinki, lap dapur, mop lantai. Eyh, mop lantai tak perlu setiap hari, boleh selang sehari. Hehe. Toilet pon kalau boleh perlu disental setiap hari sebab tuan rumah yang sebelum ni tinggal lama sangat, kekotoran dalam air melekat pada toilet bowl. Sudah tuang clorox, tapi belum hilang semuanya. Kena berusaha lagi la, baru seronok mau membuang. =)

Apa lagi rajin ya? Haha.
Rajin MENONTON TV. Haha. Hari Selasa hari tu niat di hati nak siapkan kerja sekolah. Tapi start dari pukul 9 sampai pukul 12 tengok tv ja. Lepas tu kerja semua tak buat. Tertunggak lagi semestinya. Semalam baru siapkan sambil tengok bola di TV1. Itu pun tertinggal di rumah. Esok baru boleh hantar. Huhu.

Cukup-cukupla ye membangga diri sampai di sini. Nanti orang menyampah pulak. Haha.

p/s: Sejak di rumah yang punya segala barang memasak, kami sudah tak pergi cafe. Sanggup menahan lapar sampai tengah hari nak balik masak. Biar lambat, tapi boleh jimat dan makan sedap. Hehe.

Tuesday, June 28, 2011

morning brainstorming. bukan minum pagi.

Pagi-pagi lagi sudah diajak berfikir. Memang satu keperluan kita berfikir sejak bangun pagi lepas dengar bunyi jam loceng yang membingitkan telinga. Bukan bangun pagi-pagi cari makan je, banyak perkara perlu difikirkan. Itulah yang seringkali mak aku bebelkan. Bangun awal pagi, fikir apa perlu dibuat. Plan for the day supaya hidup lebih terurus dan tidak ketinggalan.
Tapi apa aku buat, tetap juga bangun fikir nak masak apa untuk breakfast je. Lepas tu blur xtau nk buat apa. Walhal rumput banyak nk dicabut, pokok banyak nak siram, sampah banyak perlu disapu.*sigh*

Ok. Bukan ini yang ingin dibincangkan. Tapi tadi dalam perjalanan dari Mutiara Rini ke Larkin, aku dengan housemates aku, Didi dan Fiqs bersembang-sembang la. Mula-mulanya perkara biasa ja. Dan tiba-tiba terkeluar la topik PERPADUAN, suara semua orang sekarang seronok melaungkan 1Malaysia.

Apa yang difikirkan 'teori' 1Malaysia ni?
Adakah isu ini membantu dalam memajukan Malaysia?
Semua orang berusaha ke untuk mencapai apa yang dilaungkan ke?
Adakah perbuatan seiring dengan apa yang dikata?


Itulah yang bermain difikiran aku.Sekarang aku di Malaysia, belajar di sebuah institusi yang mempunyai pelbagai kaum. Belum sempat mengkaji keberkesanan laungan 1Malaysia di sini sebab kelas aku hanya punya seorang pelajar berbangsa Cina dan nampaknya dia ok je join kitorang dalam kelas. Dalam komuniti yang lebih besar di institusi ni aku sendiri tak pasti.

Minggu depan, aku bakal masuk ke sekolah untuk praktikal. Setelah aku jalan-jalan di kawasan sekolah yang bakal aku masuk, aku nampak ramai penduduk India, Cina mungkin ada. Aku tak pasti. Tapi Melayu mesti ada. Teringin aku mengkaji keberkesanan laungan 1Malaysia yang selalu kita dengar. Benarkah laungan yang seringkali diucapkan, dijadikan panduan untuk menjalani kehidupan di bumi Malaysia ni.*sigh*

Fikir-fikirkanlah. Benarkah kita semua sentiasa mencuba untuk merapatkan jurang antara kaum? Atau masih ada yang bersikap menyediri, sering kali bersama kaum sendiri? Sukar sekali mendekatkan diri dan mengenali dengan bangsa lain yang semestinya punya prinsip hidup yang berlainan.

Bukan masalah perpaduan di kalangan kaum yang berlainan. Melayu sendiri sudah berpecah belah. Mengapa tidak diusahakan menyatukan satu bangsa dahulu sebelum menyatukan bangsa yang berlainan cara hidup? Bukankah itu lebih sukar? Mana satu kah yang lebih penting?

Ok. Selamat berfikir dan berkongsi pendapat. =)

Monday, June 27, 2011

hari pertama sekolah

hari pertama sekolah adalah hari ini.
pftttt~!
tipu gila. aku salah tarikh sudah.
sepatutnya seminggu lepas adalah hari pertama, tapi disebabkan aku menumpang di rumah kak nan dan sibuk mencari rumah. Maka, persekolahan aku bermula hari ini setelah half way settle pasal rumah.
Hari ini, ada perhimpunan yang as usual, boring.
Penyerahan watikah JPP ke-46, Pelancaran Minggu Penghayatan Islam dan Majlis Persaraan.
Aku hanya bersembang di belakang ja. Nasib baik boleh duduk so xde la penat sangat.
Abes je perhimpunan, masuk kelas. Tunggu lecturer. Ingatkan En Nazaria. Rupanya En Norizan, so sukanyaaaa...hehe
Dia masuk bincang pasal minggu inovasi sains pe tah. Now tengah bincang pasal bnda tuh as kitorang jadi urusetia.
hurm..what should i say eyh?
A good program but yet tak cukup masa nk settle down all those things.
*sigh*
En Norizan dah keluar pergi meeting, tinggalkan kami di sini berbincang dan berfikir sendiri.
Lepas ni boleh terus balik ek? Itu je yang bermain di fikiran aku. =)
Cepat2 buat perlantikan, mau pulang sudah.
Not in the mood, banyak kerja sekolah tertunggak.
Rimas!
Serabut!
bukan sebab malas. Cuma bila kerja yang tidak berkaitan dan tidak menarik minat. Buat hati langsung tak tergerak untuk melaksanakan. *sigh*
Nak dibuat dengan seikhlas hati, dijadikan sebagai ibadah. Tapi, haruslah sukar benar kan.
Teruskan mencuba syaza sayang. Percaya pada diri. =)

p/s: Otak seringkali ligat memikirkan sesuatu yang berilmiah, lebih berbentuk Islamik, dan melibatkan semua orang. Bukan seperti intro filem-filem yang mengatakan setiap babak tidak berkaitan dengan yang hidup atau yang telah meninggal dunia. Masih mencari info sebelum berani berkata-kata.

Sunday, June 26, 2011

menanti nak masuk rumah.

sekarang aku dah xduduk umah kak nan lagi dah..
aku dok homestay tuan rumah yang aku sewa...teres dua tingkat..besar gell rumah ni.
complete plak tuh. dapur sume da periuk. so aku ngn didi bersemangat memasak.
haha. nk diet pun susah sbb masak ikut selera sendiri. sedap je rase..hua3..
first day smpai sini kitrng xmasak lagi sbb dah sesat smapi malam. balik penat tidur je la.
the next day baru masak bihun tomyam. itu pon for dinner, sbb lunch kat jusco sbb nk g beli barang sume. first belanja dah menjangkau rm80. xpe first time. byk yang perlu.
then smlm aku melepak je kat umah. baca novel. abeskan novel rahsia perindu then sambung dgn 9nyawa. haha. both ramlee awang murshid aka RAM punya buku. bagi aku rahsia perindu mmg superb la. aku suggestkan la korang baca. dah 7 kali cetakan since dia kuar.
yang 9nyawa tuh ok. cuma stress ngn satu character dalam buku tuh. itu pon last yer sampai 3 kali cetak. dia baru kuar last yer. so bru 4 kali cetakan. not bad la kan. penceritaan dia best.


well~
RAM yang tulis. mesti best n sgt banyak info. novelS yang bagaikan puteri n sequel dia aku xsempat nk buat review lagi. rumah pon masih dalam status menumpang.
hurm.
dah puas melepak smlm. lepas asar, dlm kul 6.30 ptg camtuh aku ajak didi kuar jalan2 area2 sni. nk berkenalan la kan, xpenah tahu. pusing2 sampai la kitrng kat satu mall iaitu SUTERA MALL.

waktu nmpk banner dia kt divider jalan tuh igtkan mall biasa2 ja. skali smpai, wahhhhh.....besar gak. dalam tuh ada carrefour. ape lagi. lepas solat maghrib, kitrng g soping lagi la...smlm je abes rm57.wiwiwiwi...beli udang plak ngn buah. n macam2 la semestinya kalo tgk ke harga tuh. tapi bagi aku murah byk la kan dari belanja kt jusco. hehe. bila aku buat perbandingan harga. skrg kena start balik kehidupan dekat Welly dulu. bila shopping pilih yang paling murah, kecuali something yang betul2 perlu n lebih baik yang mahal sket. mcam syampu rambut ngn pencuci muka tuh. haha. mestila kena memilih yang terbaik bab2 tuh kan. kena jaga kesihatan diri, biar belanja mahal sket jangan nnt rambut gugur truk, kang nk kena g yun nam hair care plak. xpon muka pecah, kan dah kena g bt treatment kat new york skin solution. mahal tuh....jangan cari pasal. take good care of ur health ok. kalo kena berpantang makan tuh ikut ye. jangan degil sangat. makan jangan lebih2. nnt gemuk cam aku susah bro. stress tau nk kurus balik. ok. dah2 stop crita pasal kegemukan aku.
aku sepatutnya kuar g ambek barang2 didi kat hostel nih bw dtg sni. sian dia dah abes stok baju. tapi masing2 malas nk gerak. pagi2 dah makan berger buat sendiri. so cam sedap bermalas2an di rumah yang selesa ni. ade jugak yang kuar time tgh hari japgi. haha.
ok2. kena stop menulis. siap2 nk g ambek barang. xbaik berlengah. bertangguh amalan syaitan tuh.jangan ikut.binasa badan nanti.

gua blah lu ar bro.

p/s: doakan aku berjaya kuruskan badan dan keep healthy selalu ya. risau sudah.

Wednesday, June 22, 2011

Nine requisites for contented living

Health enough to make work a pleasure.
Wealth enough to support your needs.
Strength to battle with difficulties and overcome them.
Grace enough to confess your sins and forsake them.
Patience enough to toil until some good is accomplished.
Charity enough to see some good in your neighbor.
Love enough to move you to be useful to others.
Faith enough to make real the things of God.
Hope enough to remove all anxious fears concerning the future.
— Johann Wolfgang von Goethe

Tuesday, June 21, 2011

rumah baru~

finally..
setelah beribu kali pegi usha rumah untuk disewa..akhirnya dapt jugak rumah yg best dan murah.
murah la jugak kan..fully furnished rm650...umah baru cat..kaler hijau lagi tu..
tapi barang-barang belum angkat masuk lagi..sebab owner rumah tuh baru abes cat umah...
rumah tuh sgt dekat ngn skolah aku...xsampai 5 min pon..mmg terbaik la...
if tertinggal barang time practikal nnt pon senang nk pusing balik...
i love it~
kitrng mintak nk masuk by this week jugak sbb dah segan menumpang umah orng lelama...
even kawan sendiri kan..tapi org tua2 cakap..kita kena ada adab..kot ye pon nk menumpang..sekejap2 dah ler...mengganggu ketenangan tuan rumah plak rasenya...

so, hari khamis ni kami sepatutnya masuk umah tu..tapi kalo abg tuh cakap rumah tuh xsiap isi barang suma lagi, dia bagi ktrng stay kat umah dia yg satu lagi yg dia bt homestay...cantik woo umah tu..teres double storey...stay free sampai umah kitrng siap masuk sume barang...
baik kan? baik kan?
terharu rasanya...
bagus tol dapat jumpa org camni...semoga rezeki dia bertambah...

all in all, aku dah rasa tenang...bleh tarik nafas lega sudah...
tinggal nk kemas barang ja nnt...xpe..kelas xde ari jumaat...
tiap ari tgh hari dah bleh balik...
so xde masalah kot nanti insyaALLAH..
semoga semuanya dipermudahkan..
amin.

alhamdulillah.

p/s:gambar nnt dah masuk akan diupload..=)

Thursday, June 16, 2011

P.I.L.U

Dalam aku gembira petang tadi dapat jmpa kawan2 skolah dulu, ada pilu di hati ini.
Aku terasa sangat la happy walaupun just jumpa minum-minum dan makan-makan di gerai depan library. Update dengan semua cerita yang aku ketinggalan buat aku sangat teruja.
Tapi tetap wujud rasa sayu di hati.

Malam tadi sahabat aku dari NZ called. Bercerita panjang lebar. Bergelak ketawa. Berkongsi suka duka terpisah buat sementara. Bergosip sudah semestinya. Tapi masih ada perkara buat hati aku pilu. Jiwa ku merintih pedih.

Baru tadi aku bercerita dengan si dia. Niat di hati ingin berkongsi kegembiraan aku hari ni. Ya. Aku terasa amat gembira. Bercerita. Bergelak ketawa. Bertanya itu dan ini.
Tapi ada juga berita yang menggores hati.

Aku kah yang terlalu sensitif?
Jiwa kacau ke?
Mungkin aku perlu lebih kuat. sebab aku tahu ini semua dugaan untuk aku lebih tabah mengharungi liku-liku hidup ini.

Sudah berkali-kali aku terjatuh. Sudah berkali-kali juga aku terluka.
Pastinya sudah berkali-kali aku tetap bangun kembali.
Ku sapu ubat di setiap lukaku sendiri.
Kerna kalau bukan aku yang perlu menahan segala sakitnya, siapa lagi?
Kerna kalau bukan aku yang perlu terus bangkit semula, siapa lagi?
Kerna kalau bukan aku yang terus berdiri teguh, siapa lagi?
Kerna ini hidup aku. Hidup yang perlu aku harungi.

Biar seribu kekesalan,
Biar sejuta kesalahan,
Bukan salah siapa-siapa,
Melainkan diriku sendiri.

Kerna aku sedar siapa diriku ini,
Penuh dengan ketidaksempurnaan.
Yang mengajar aku erti sebuah kehidupan.

Hanya Allah tempat aku mengadu dan bergantung harap.
Semoga aku terus diberi hidayah untuk terus berjuang di jalan-Nya.
Walau seringkali aku terpesong.
Namun masih Dia menyayangi diri ini.
Alhamdulillah.

Wednesday, June 15, 2011

lagu xbest sangat tapi lirik menusuk kalbu.

salam..

aku xleh nk tgk oknsert final af9 arituh sbb astro tetiba xde service plak mlm tuh..

satu kampung aku sunyi..so aku tgk je la mentor nye extra episod dia..

aku xkisah sgt sbb aku xlyn pon af9 kali nih..

aku bru ja dengar lagu2 finalis af9..and bila dengar lagu fina nih..

aku terasa cam touching sket..cam berkaitan sket2 la kan..

biasala..dah lagu cinta..lagu frust..ada la pengalaman xbest kan..hmm...

aku xleh nk upload video kat sni..xtaw pesal...

so jom usha link lagu fina ni la...

tajuk dia menangis lagi...memang menangis kalo baca lirik kat bawah..

kalo penah rasa la kan...tapi bgi aku lagu dia xbest pon...


Source: www.rapidrnc.com

drama best di Malaysia.

fuhh!!
baru habis tgk fuhh!! kt tv3..
owh awal ashaari yg semakin taf..i loike~
terubat rinduku..haha.
bengong.. dia xkenal pon kau..sibuk melayan scha tuh..
aiyok..

hmm..
malam nih aku tgk tv dr kul 9 lebih2 smpai kul 12 td..igt nk smbung tgk cinta melody on air skrg ulangan yg ptg tadi..tapi macam malas la plak. sbb cite indon lembab sgt..tensen je tgk.
best melayan cite melayu lagi.. contohnya..
nora elena tuh..walaupun aku xtgk dr start dia..tapi aku bleh folow la jugak smbil2 dok dgr org2 bercerita pasal cite tuh..best wooh...skrg dah nk abes..sedih la plak..bila dia dah tau org yg rogol dia tuh is her husband. walaupun husband dia yg selamatkan dia time tunang dia tgglkan dia bila nk kawen tu. still dia marah sbb mesti dia pikir sbb pa yg husband dia buat tuh la tunang dia buat camtuh.
episod arinih plak dok crita pasal kawan dia yg kena pukul ngn husband dia merangkap kawan seth tuh. overall episod hari ni macam nk menunjukkan kat penonton yang berkaitan bahawa kes penderaan nih ada tempat untuk mengadu dan sangat diambil berat oleh pihak berkuasa. so sesapa yang terasa didera oleh suami sendiri tuh jangan takut2 untuk menegakkan hak sebagai seorang wanita yang memerlukan perlindungan dari lelaki xde hati perut tuh. jangan mudah mengalah!
wahh!!
emosional plak aku..
mestila kan..aku pon wanita apa.
kena blajar seni mempertahankan diri nih.
xnk kena pukul.
ko pukul aku, aku pukul ko balik.
haha..cakap macam berani gilos!
btw.
aku igt nk ulang tgk crita nih kat website tv3..tu pon kalo aku punya berukbeng ni ok la kan..sebab crita nih best mcm adamaya dulu.
tapi mmg dari dulu aku suka slot akasia nih.. semua crita dia menarik..n sesuai plak timing tuh..mostly org dah smpai umah dah dr tmpt keja..cuma xbest sbb kaco time smyg magrib..hmmm...kena betulkan lagi nih..

pelakon yang comel dan hensem..cair aku~


satu lagi cite yg aku suka is annisa slot samarinda..tu pon best..tambah plak ngn pelakon yang superb macam farahdiya bila blakon watak jahat..rozita che wan yang hot gitu...
walaupun hero dia so-so ja...tpi jalan crita dia quite good buat aku nk tgk tiap ari...even bru episod 7 malam nih..tpi plot crita sgt best...n cepat la..every day ada story...so kalo miss sehari akn terasa lost sket la..one of my faveret slot jugak..dulu kat nz penah aku email tv3 suh letak slot samarinda nih kat website sbb aku dok balik msia tgk tpi xleh continue tgk bila aku kt nz..frust jugak sbb crita dia best2 sume walaupun just 30minit kan..tak tolak iklan lagi la..dan aku happy sbb diorng terima cadangan aku tuh..xlama lepas tuh trus ada kt website tv3..hehe..
gud job tv3..i love u!

mantap!

crita melayu lagi best la bagi aku berbanding crita indon..kalo crita indon ko miss sebulan pon cam xmiss langsung...xde efek pon setakat tak tgk sehari..tmbh cite indon slot tgh hari kul 2.30 tuh...kalo xdisebabkan aku xde keje lain nk buat konfem aku xtgk...tuh pon aku tgk gitu2 je...
yang cite cinta melody plak aku tgk sbb melody tuh cun...kalo tak malas jugak aku nk tgk..
crita melayu xmeleret dgn plot2 yang xpenting n lembab..everything ada flow yang baik dan plot crita yang best..

tak dapat dinafikan lagi kecomelan melody ni!

tapi sorry ye peminat sinetron! aku lagi sokong crita melayu! haha..

banyak plak aku bercerita..
saja ja..
dah tgk crita ja keja aku cuti2 nih..
tu yang seronok nk bercerita plak kan..
hehe..
tapi next week dah masuk maktab balik dah.
ntah bleh tgk ke tak dah kan..
huhu..
aku pon xtaw la.
harap2 ada harapan lagi aku nk tgk crita2 nih..
tapi xpa.
nora elena dah abes this week.
next week crita baru plak.
fasha sandha ngn iqram.
fasha best gak la dia blakon by ignoring her gossip k.
iqram hensem la~!
awww~*mode gedix*
ok..jgn komen.
itu kebiasaan wanita single.
haha. cuci mata sket~
ok.back off!
nk melawat blog org plak.
chow cincau!
<3

Thursday, June 9, 2011

Cameron Highland =)


before ni aku da cakap nk g cameron kan.
meh sni nk crita sket pasal percutian aku.
bercuti bersama family.
plus mak chaq ngn kak cik qilah.
family jugak. besar sket.
hehe.
tapi terasa xcukup lengkap sebab xseramai as before ni.
adik aku yg laki tu xdak.
n family mak chaq pon xdak semua.
huhu.
tapi xkesah.
kereta luas sket.
selesa.
boleh la mak beli pokok banyak2.
ak p nek citra.
bila half way.
kat sg perak.
mak chaq dah xlarat drive.
so aku drive keta toyota altis mak chaq smpai ke destinasi.
first destinasi semestinya
hotel!
hotel apa?
rosa passadena.


tgk dalam website cam gempak.
tapi bila sampai xde la gempak mana pon.
biasa2 ja.
sampai2 ja trus menggelabah kelaparan masing2.
buka bekal yang ada.
apa lagi. makan dengan lahapnya la.
tapi bukan aku. sebab aku kena makan slow2.
kalo makan laju2 nnt aku nk tambah nasi lagi.
no way! on diet la. sedar diri tuh syaza!
lepas smyg sume.
kami kuar g shopping.
first g ladang teh bharat.
duluuuuuuuu...
xleh turun tgk pokok teh.
tapi kali ni dah boleh.
lepas puas bergambar as usual,
start la shopping teh.
macam2 jenis teh mak aku beli.
ye la. mak aku je la yang beli.
aku tgk saja.
tumpang rasa nnt. hehe..
lepas tuh kami gerak g tempat yg kedai banyak2 tuh.
hehe.ape lagi.
shopping pokok2 la.
aku g cameron xbawa duit pon.
ade xsampai 20 hengget pon.
bukan apa
sebab aku xnk membazir bnda yg xperlu.
hehe. dan misi aku berjaya. walaupun terbazir sket. kot.
mak aku semestinya telah berjaya membeli banyak gila pokok kaktus.
fuh!
berladang kaktus la umah aku.
then aku yg xtaw nk bt apa bersama adik2 aku.
apa lagi.
dok bergambar je la.

duta nescafe =p

macam2 aksi terlarang kami buat.
konfem aku xnk publish kt sni.
hahaha
balik nya lepas tuh.
singgah pasar malam.
aku nk membeli.
tapi aku xtaw nk beli apa.
sebab duit da sket ja.
kalo tersalah beli.
rugi plak.
last2 aku beli jugak.
bantal cameron.
kui2
nk letak dlm keta aku.
haha.
kereta aku telah banyak menghabiskan duit aku.
walau baru ja guna.
haiyya.
eyh. salah topik sudah.
smbung crita cameron.
puas aku dok merayap kat pasar malam tuh.
balik tuh dlm keta suma org dh penat.
dah pikir2 xnk masak nasi for dinner.
tapi adik aku nk jugak makan nasi.
balik tuh.
aku mandi2 n mak aku masak nasi.
lepas siap mandi2, aku g bilik mak aku baring2 trus tertido.
then diorng kejut.
makan la..dah semua org ngah makan nasi.
seb baik la masak lebih.
konon2 nya semua xnk makan.
last2 semua makan nasi.
podaaa~
lepas makan kami melepak tgk tv.
sejuk woo...terasa macam kt nz sudah.
masing2 berbungkus.hehe.
tido main tarik2 selimut la malam tuh. ape lagi kan...

di taman bunga.

esok hari nya.
lepas breakfast sedap di hotel even belum sempat mandi pagi lagi.
semua berkemas2 nk balik sudah.
bukan balik direct la op kos.
singgah2 semua kedai yang boleh singgah.
sebab nk beli sayur2 segar.
yang susah nk dapat kt kedai biasa.
bukan sayur je yg dibeli.
bila mak aku dah jumpa pokok bunga yang best2.
mesti beli punya.
penuh la but citra yang dah dilipat krusi blakang tuh.
dah macam taman bunga pon ada keta aku tuh.
seb bek aku drive keta mak chaq.
so terselamat la dari daun2 pokok tuh.
hehe.
xde la berhutan pon.
saja ja hiperbola sket.
as usual.bila lalu ja sg perak mesti singgah punya.
untuk lunch dengan masak lemak tempoyak ikan patin yg best.
hehe..
masing2 makan sorang seketul.
mmg puas ati.
then drive all the way balik.
smpai alor star.
singgah jap umah mak chaq.
pastu kami yng muda mudi ni pegi tgk Xmen.
hoyeah.
best!
balik perlis smpai dlm kul 11 camtuh.
yang pasti bila smpai umah kemas2 suma.
penat tido lena.
recharge~
walaupun just a short trip.
tapi best sbb pegi melepak2 ja.
berehat melihat keindahan alam.
hehe.



Monday, June 6, 2011

hilang bercuti


hoho.
cuti start on 28 May.
sekarang sudah 6 Jun.
baru igt nk berblog ke kak?
mana menghilang selama cuti nih?
seminggu sudah berlalu.
sobsob
ok.
start2 cuti ja trus busy kenduri my kazen dekat alor star.
mmg penat.
dah la smpai alor star, trus kena bt keja.
blom sempat rehat.
abes kenduri.
ape lagi.
jalan2 sket tgk perubahan kt perlis nih.
ok. xde la byk sgt pon.
tapi kena ambek tau.
kang nama ja org perlis, tapi xtaw pape.
makin cantik aku tgk perlis nih.
acewaahhh...puji sndiri nmpk..
haha.
lepas tuh apa aku buat.
start semalam smpai buka skolah ni.
setiap hari kenduri.
patutnya boleh gantung periuk dah.
tapi nk bt cmana.
kita dok kampung
mau cuti org semua balik kampung.
masak jugak la.
tapi seronok.
bukan apa.
tgk org mai makan byak2.
macam nikmat ja.
puas ati masak truk2 pon.
padahal bukan aku masak pon.
mak jugak yg masak.
hahahah...
seb bek sedara balik.
kalo dak ssh gak aku nk suh mak masak.
aku la kena masak kalo takat nk makan family ja.
hehe.
xlayak lagi nk jamu org.
kui3.

esok.
nk p cameron.
katanya gerak lepas subuh.
aku dah iron bju.
tapi makanan blom siap masak.
mcm terlewat jugak rasanya.
time nih xtdo lagi.
mau esok jenuh la nk mangkit.
apa nk jadi la hai ank dara liat bgn pagi.
xleh buat bini ni.
bila tah nk berubah.
tapi xdak la lewat pon mangkit.
tdo sat ja lepas subuh.
ambek tenaga balik.
muahaha...
sok konfem kena bangun awal gilos.
konfem dah!
xpa.
nk p jalan punya pasai.
ni pon online sbb nk cas ipod.
sbb radio myvi rosak
kena la siap alat2 apa yg perlu bg da sora2 sket.
mau mati jemu dok dlm keta lama2 sunyi ja.
hoho.
xpa2.ada novel.



all done! best. cerita yg lain dari yg lain. =)

novel bleh abes baca kot sok.
duit xdak nk beli sambungan dia.
ada sapa2 nk sponsor dak eh?
lambat2 sket xpa.
keja skolah byk lagi xsiap.
huhu..

dah la noo...
merepek byk2 bukan dpat pekdah pa pon.
bek lena.
aku dok pikir nk bt entry psal novel yg aku baca nih..
dah 3 siri dah.
yg tgh bca ni yg ke4.
best.
byk faedah bleh dapat.
baca la.
xrugi.
novel dia tajuk yg 1st, bagaikan puteri.
2nd: cinta sang ratu
3rd: hijab sang pencinta
4: cinta sufi
yang kelima: aku xigt.
semua nih ramlee awang murshid yang tulis.
semangat aku bca novel nih smpai mimpi jumpa penulis dia.
gila tak?

otw. tapi dah half way. xnk bca cepat nnt nk cari next pulak.duit makin menyusut.

haha.

eyh!
dah!
ok
bai!

p/s: thanks kepada yang syorkan buku ni. iloveu. (^_^)Y

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...