Tuesday, July 26, 2011

tidak cukup masa.

ruginya terasa. setiap detik yang dilalui di sekolah semasa praktikum ni tak dapat dikongsi bersama dalam blog ni. nanti bila dibaca balik mesti terasa kehilangan satu slot kehidupan yang menarik. permulaan perjalanan sebagai orang bekerjaya. walaupun masih bukan sepenuhnya. Tapi sesungguhnya terlalu banyak dugaan pabila bekerja. menjaga hati orang. menjaga prestasi diri. paling terbaik bila perlu mengambil hati bos-bos besar dengan terus jadi 'yesman'. tak mengapa, ini satu cara untuk hidup. mungkin nampak macam tak bagus tapi itulah kenyataannya yang perlu diterima.

Ketidaksabaran aku masuk praktikum berbaloi bila aku dapat mengendalikan kelas fizik, math dan sivik dengan baik. Walaupun kurang memuaskan lagi dan perlu lebih peningkatan. Biasalah, saya budak baru belajar, perlu nasihat dan saranan perubahan daripada guru-guru berpengalaman. jangan malu bertanya, itu pegangan aku. Biar kita dipandang kecik oleh mereka, tapi mungkin kita boleh menjadi lebih besar daripada mereka nanti. Kumpulkan ilmu sebanyak-banyaknya sepanjang praktikum dan cuba aplikasikan semasa di mengajar betul-betul nanti. InsyaALLAH dengan niat yang baik, mulakan dengan Bismillah pada setiap langkah menuju ke kelas, pelajar dapat dikawal dengan baik. Tapi jangan mudah mengalah kalau masih ada yang tak peduli kita sebagai seorang guru. Bak kata Dr Yazid, aku punya pensyarah pembimbing, cuba cari cara untuk attract pelajar. Walaupun mengajar tingkatan 4, tapi kadang-kadang perlu treat diorng sebagai kanak-kanak yang perlukan aktiviti yang menarik. budak-budak sekarang dah kekurangan masa bergembira sebab banyak masa habis di tusyen dan fb. So, nak tarik minat diorng cuba jadikan kelas tu tempat untuk diorng buat aktiviti yang menarik. Selamat mencuba ya.~

seronok itu tak tipu. Tapi aku juga tak tipu bila cakap aku xcukup masa. untuk update blog. bukan malas. tapi internet slow, nk tunggu lama sedangkan aku punya masa secebis cuma. Banyak kerja tertunggak. tak la banyak sangat, cuma ada kerja perlu diselesaikan.

Dunia ini indah kalau kita cuba buat ia seindah kejadiaannya. jangan dilihat perkara yang menyedihkan, kerana masa terlalu singkat untuk kita menikmati kebahagiaan di dunia.
wake up call!

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...