Tuesday, June 28, 2011

morning brainstorming. bukan minum pagi.

Pagi-pagi lagi sudah diajak berfikir. Memang satu keperluan kita berfikir sejak bangun pagi lepas dengar bunyi jam loceng yang membingitkan telinga. Bukan bangun pagi-pagi cari makan je, banyak perkara perlu difikirkan. Itulah yang seringkali mak aku bebelkan. Bangun awal pagi, fikir apa perlu dibuat. Plan for the day supaya hidup lebih terurus dan tidak ketinggalan.
Tapi apa aku buat, tetap juga bangun fikir nak masak apa untuk breakfast je. Lepas tu blur xtau nk buat apa. Walhal rumput banyak nk dicabut, pokok banyak nak siram, sampah banyak perlu disapu.*sigh*

Ok. Bukan ini yang ingin dibincangkan. Tapi tadi dalam perjalanan dari Mutiara Rini ke Larkin, aku dengan housemates aku, Didi dan Fiqs bersembang-sembang la. Mula-mulanya perkara biasa ja. Dan tiba-tiba terkeluar la topik PERPADUAN, suara semua orang sekarang seronok melaungkan 1Malaysia.

Apa yang difikirkan 'teori' 1Malaysia ni?
Adakah isu ini membantu dalam memajukan Malaysia?
Semua orang berusaha ke untuk mencapai apa yang dilaungkan ke?
Adakah perbuatan seiring dengan apa yang dikata?


Itulah yang bermain difikiran aku.Sekarang aku di Malaysia, belajar di sebuah institusi yang mempunyai pelbagai kaum. Belum sempat mengkaji keberkesanan laungan 1Malaysia di sini sebab kelas aku hanya punya seorang pelajar berbangsa Cina dan nampaknya dia ok je join kitorang dalam kelas. Dalam komuniti yang lebih besar di institusi ni aku sendiri tak pasti.

Minggu depan, aku bakal masuk ke sekolah untuk praktikal. Setelah aku jalan-jalan di kawasan sekolah yang bakal aku masuk, aku nampak ramai penduduk India, Cina mungkin ada. Aku tak pasti. Tapi Melayu mesti ada. Teringin aku mengkaji keberkesanan laungan 1Malaysia yang selalu kita dengar. Benarkah laungan yang seringkali diucapkan, dijadikan panduan untuk menjalani kehidupan di bumi Malaysia ni.*sigh*

Fikir-fikirkanlah. Benarkah kita semua sentiasa mencuba untuk merapatkan jurang antara kaum? Atau masih ada yang bersikap menyediri, sering kali bersama kaum sendiri? Sukar sekali mendekatkan diri dan mengenali dengan bangsa lain yang semestinya punya prinsip hidup yang berlainan.

Bukan masalah perpaduan di kalangan kaum yang berlainan. Melayu sendiri sudah berpecah belah. Mengapa tidak diusahakan menyatukan satu bangsa dahulu sebelum menyatukan bangsa yang berlainan cara hidup? Bukankah itu lebih sukar? Mana satu kah yang lebih penting?

Ok. Selamat berfikir dan berkongsi pendapat. =)

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...