Tuesday, April 20, 2010

SAHABAT~!!

kembali pulang~!
padahal aku ada test petang nih n sepatutnya aku buat last revision for the test..
tp hati aku memberontak nk tulis sesuatu kt blog nih...
disebabkan seseorng...
hurmm....

ape pendapat korang pasal seorang sahabat...
bukan kawan ye..sbb kawan sgt mudah dicari...
sahabat adalah seseorang yang amat bermakna dalam hidup aku...
sepanjang aku hidup selama 21 tahun ++ nih aku xpunyai ramai sahabat..
kawan mungkin byk..namun xsemua layak bergelar sahabat...

perkataan sahabat tuh sndri sgt tggi status dia..sbb kalo kita perasan kn..bukan senang kita nk gelar seseorang tuh sbgai sahabat..kita slalu cakap...dia tuh kawan aku..btol x?

aku just nak share pendapat aku mengenai status seorang yang bergelar SAHABAT~!
bagi aku la kan...
seorang sahabat xsemestinya orang yang sentiasa ada bersama kita bila2 masa...
bukan bermakna kita nk kuar tgk wayang perlu kita ajak sahabat kita...
sahabat juga bukan org yang paling dekat dengan kita secara zahir..
tapi SAHABAT ADALAH INSAN YANG PALING DEKAT DI HATI KITA~!

andai dia sahabat kita..xsemestinya kita akan jadi org pertama yang wish happy birthday kt dia bila tiba waktunya...sbb itu semua orang boleh buat...dan perkara tuh xde la special bg aku...
mungkin aku jarang ucapkan selamat untuk dia...tapi..AKU SENTIASA DOAKAN YANG TERBAIK UNTUK DIA~!

untuk dia bergelar sahabat juga bukan perlu aku ceritakan semua kisah hidup aku kt dia..cukup sekadar aku kongsi kegembiraan aku dgnnya...bukan sbb aku xpercaya pada dia...
cuma AKU XNK MENYUSAHKAN DIA DGN CERITA AKU yang mungkin mengganggu dia...
bukan bermakna aku terasa susah bila menjadi pendengar..cuma aku inginkan dia sentiasa gembira bila bersama aku...

seorang sahabat juga bukanlah insan yang selalu back up kita...sbb bukan selalu juga kita betul..seorang sahabat bagi aku adalah seorang INSAN YANG SELALU MENEGUR kita dengan cara paling berhemah...biar dia marah sekali pon..bg aku itulah cara paling berhemah..sbb aku tahu dia sygkan aku...mungkin kita akn terasa kecik ati...tp kalau xde orang yang sanggup buat mcm tuh smpai bila2 kita akan hanyut...

seorang sahabat juga tidak akan membiarkan kita pergi jauh darinya...mungkin secara zahir kita jarang melihat...namun setiap langkah kita menjauh..dia akan mengorak langkah mendekati...agar jarak perpisahan yang kita ukirkan tidak terlalu jauh..seribu tahun kita menghilang tanpa berita...dia tetap ada bila kita perlukan dia..sbb di hatinya ada kita...dan firasat hatinya sentiasa bercerita tentang kita...

seorang sahabat adalah insan yang boleh bertindak sebagai seorang ibu bila kita memerlukan nasihat..
seorang ayah bila kita perlukan tempat bergantung...
dan seorang kakak/abang bila kita memerlukan tempat bermanja...
namun tidak semestinya dia sentiasa ada bersama kita bila kita perlukan...
sbb dia masih seorang insan biasa yang banyak tanggungjawab...
dan kerana kita juga mahu jadi seorang sahabat untuknya...

kawan datang dan pergi...
namun sahabat datang dan menetap di hati...

sahabat sejati tidak perlu dicari...
kerana hadirnya xperlu dinanti...

terima kasih sahabat~!

3 comments:

Huda said...

sgt suke topik ini..

tht's the reality..kwn rmai..
shbt itu sukar dicarik~..
semoga kite sentiasa menjadi shbt utk shbt2 yg laen~inshaAllah~=]

MisZteEN said...

wah~~~
sgt2 btol.. suke entry nie~~

shezz said...

thanks~!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...