Wednesday, December 7, 2011

life in game.


Petang tadi aku tak tau nk buat apa. Aku main game dekat my phone. Jewels. Game dia lebih kurang macam game Bejeweled Blitz dalam facebook yang aku semangat2 main last year.

Sepanjang aku tengah main2 game tu, aku terpikir sesuatu yang berkaitan dengan kehidupan kita.

Yes.
True.
Our life.

Mula-mula aku nak tanya, apa tujuan kita main game?
Mesti kita nak menang kan? Nak kutip markah yang paling banyak antara kawan-kawan kita yang main kan. Punya semangat repeat main game untuk dapatkan yang terbaik.



Ok. Apa kaitan dengan kehidupan kita. Ada persamaan tak?
Fikir kejap. Seminit je pon pikirnye.

Nampak x? Sama kan. Tujuan kita hidup adalah untuk kumpul sebanyak mana 'markah' untuk kehidupan yang kekal abadi di sana. Kita berlumba-lumba untuk kumpul 'markah' kita untuk jadi yang terbaik di mata ALLAH. Tapi jangan lupa, kita juga perlu menjaga diri untuk jadi terbaik di kalangan manusia. Kerana tanpa sengketa dengan manusia insyaALLAH kehidupan akan bahagia. =)


ok, jom main game ni. Sapa tak tau nak main cmana game ni? Tak tau? Tak pernah main ek?
Emm...cmana ek nk crita...

Rules utama dia adalah drag jewel yang kita pilih untuk jadikan susunan jewels sekurang-kurangnya tiga jewels dalam satu baris untuk letupkan. Kalau lebih kita akan dapat bonus mcm letupan yang lebih mantappp....hehe...Mantapp gituuu...=P

Dalam game ni, kita kena kejar masa untuk pastikan kita bleh masuk next stage. Tapi kita juga perlu pandai dan hebat....Haha..pandai dan hebat la sangat...untuk cari peluang untuk dapatkan bonus yang best2 tadi tu. So that markah kita akan lebih.

Erm. Itu je kot cara main game ni. Haha. Aku pun bukan pakar main game. Tapi ada sesuatu yang menarik minat aku pasal game ni.

Nak tau? Nak tau kena baca lagi laaaa...Hehe...=)

Tadi petang aku main, banyak aku terlepas peluang untuk dapatkan bonus. Buatkan aku rasa macam frust kejap dan lebih berhati-hati nk drag jewels so that xbuat silap lagi. Yela..rugi markah aku dapat sikit je kalau salah move gems tuh...Kata nk kumpul marks banyak2...mesti nk cari yang best2 kan....




See.
Nampak tak how we play this game is just the same as how we play in our own life?

Tujuan dah tahu.
So.......
Apa teknik yang dapat kita gunakan untuk dapatkan yang terbaik?
Sape gamer tersohor mesti tau teknik2 men game ni kan.
Ape ek? Apa yang korang pikir? Agak2 macam mana ek nak main bg dapat marks yang best2...

Bagi aku...
Kita perlu cekap dalam segala hal, pandai membuat pilihan dan sentiasa berhati-hati dalam membuat keputusan.

Macam tu la juga dalam life kita....

Dalam hidup ini, peluang hanya datang sekali. Kita perlu sentiasa mencari peluang yang ada, kadang-kadang ia tersembunyi dan kita mungkin terlepas peluang itu andai kita tak alert dengan keadaan sekeliling yang ada.

Dalam game ni, tak leh fokus kepada satu part of the box je, kita kena tgk keseluruhan box yang ada jewels tu supaya ada chance untuk dapatkan bonus. Macam tu juga kehidupan kita, jangan ditumpu pada suatu benda untuk dapatkan yang terbaik kerana yang terbaik tak semestinya datang dari satu perkara kerana banyak perkara lain yang tak dapat kita fikir boleh membantu untuk kita terus berjaya di dunia atau pun di akhirat kelak. Setiap peluang yang datang harus kita cuba, walaupun berisiko, namun siapa tahu itu jalan yang terbaik untuk kita terus berjaya.

Tetapi, andai kita tersalah langkah, jangan pandang belakang congkak....eyh..bukan, jangan pandang belakang..menyesal itu boleh, tapi jangan meratap sampai tak boleh nk move on. Kalau asyek meratap je, u know what. You are just wasting your time sebab sepanjang ratapan yang tak berbaloi tu anda telah melepaskan beberapa peluang baik yang datang tanpa anda ketahui..

Wahhhh~
Cakap mengalahkan kaunselor terhormat negara. Haha.

Ok..ok...
Next point in mind. Wiwiwiwi..=)

Masa.
Kalau tgk balik gmbr di atas, nmpk tak masa dia 0.58 kat bawak tu macam ada timeline warna kuning. Nampak x? Tak nampak? Cuba tgk betul2...ada kat bawah tuuuu....

Hehe..sebenarnya masa tu seminit tapi lmbt capture gmbr aku dah kehilangan 2 saat yang diberi. Ok. 2 saat nampak macam sikit kan, tapi sebenarnya sangat banyak untuk game yang hanya diberi masa 1minit. Berpuluh ribu markah dapat dikumpul dalam masa 2 saat.

Andai nk dibandingkan dengan kehidupan kita apa la sangat 2 saat kan. Tapi kalau selawat selama 2 saat boleh dapat pahala juga kan. Kehidupan kita ni mungkin lama, mungkin juga sekejap. Tapi setiap saat yang ada jangan la dibazirkan dengan benda yang tak berfaedah. Setiap saat yang ada memberi ruang untuk kita menjadi yang lebih baik. Kalau kita asyek buang masa ja mungkin bleh game over. habuk pon tarakkk... =)

Dalam mengejar masa yang ada, kita perlu sangat sangat sangat bijak membuat pilihan dalam kehidupan ini. See...banyak sangat aku tulis tu means perlu tersangat2 la tu...=)
Tersalah buat pilihan boleh menyebabkan kita merana seumur hidup tau. Meh aku nk bg contoh sket...Contoh pilihan yang simple, pilihan untuk meneruskan pelajaran. Kalau tersalah pilih jalan mungkin kita tak mampu laksanakan dengan baik dan akan mempengaruhi kehidupan kita in future. Susah atau senang semua bergantung kepada pilihan kita di awalnya.

Pilihan pasangan juga salah satunya. Fikir dengan tenang, jangan terburu-buru membuat keputusan. Andai sukar, minta tolong pada Yang Maha Kuasa. Dia mampu memberi petunjuk yang terbaik. =)

Walaupun masa singkat dan kita perlu berkejar untuk mendapatkan sesuatu, tapi hati-hati kerana bukan semua yang kita kejar adalah yang terbaik untuk kita. Berhati-hati dalam membuat sesuatu perkara. Jangan menyesal di kemudian hari. Dan jangan pula salahkan sesiapa andai pilihan anda bukan yang terbaik. Kerana itu mungkin ujian dari Allah untuk hambaNya yang terpilih. Ye, yang terpilih jeee....

Hmmm...
Ok. Itulah cerita pasal kehidupan di dalam sebuah game yang menarik minat aku. Masa yang singkat untuk dapatkan markah yang banyak. Perlu sentiasa mencari PELUANG yang terbaik untuk dapatkan BONUS berganda dan berHATI-HATI lah dalam membuat keputusan, which gems you would like to move.

Itulah kehidupan yang sebenar, sentiasa mencari peluang yang terbaik dalam hidup yang masih bersisa untuk dapatkan ganjaran yang berganda di dunia dan akhirat. Jangan terlalu taksub dengan sesuatu perkara sehingga kita terlupa ada yang lebih baik untuk kita di luar sana.
Semoga setiap langkah yang diambil dengan berhati-hati tidak akan memberi kekecewaan di masa hadapan. =) InsyaALLAH.

p/s: kehidupan seindah bermain game jika kita pandai 'enjoy'.

1 comment:

ziha said...

wahh sgt sastera nk men'digest'kn entri cik syaza yg ni.hihi

life is game jugak.kadang dlm game tu kite menang n kadang kite tewas.tp hidup mesti diteruskn wlu ape pon...cewahh.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...