Feelings and thoughts be together through the days..makes life WONDER, full of JOY, completed with not-so-good feelings~
Thursday, September 12, 2013
towards the end of year 2013
skrg dah bulan september..tak sedar masa berlalu dengan pantas kan... sobsob..maam xde pape yang berlaku tahun ni..haha...
tipu agak2 la syaza oiii...macam2 kot berlaku...
contohnya..haha. Mood jawab exam nmpk..
bulan 3 ritu aku dah selamat jadi tunangan orang..my ex schoolmate.. bukan bercinta zaman sekolah ya...sya budak baik tau.. ahaks.. tipu lagi.
so sekarang ni sungguh la sibuk dengan persediaan nk kawen... serabut okay!
sapa penah kawen mesti lah paham apa yang aku maksudkan... serabut kerna tidak berwang macam org lain. Bukan la semua org berwang kan.. tapi kalau aku nk bt cara org tak berwang tapi org len mcm nk extra demand for more...mati la aku.... too much tapi kan.. fail BM kalau macam ni.
Masalah utama sekarang ialah duit dan perselisihan pendapat. Memang sering berlaku eh kalau nk buat kenduri. Sebab ada aku luahkan apa yang terjadi dekat seorang teman sekerja yang teramat baik hati. And thanks to her yang memahami dan sgt menenangkan.. She knows how I feel n yet I have to go through it and be strong to face it. Sebab katanya, bila semuanya dah selesai nanti aku akan berasa tenang sangat n happy sangat. Harap segalanya mcam tu la kan. Tenang mungkin la sebab dah selesai satu perkara tapi jangan lupa tanggungjawab semakin berat syaza oii..
Kadang-kadang aku sedih dengan diri sendiri bila tgk ada orang kawin fully sponsored dan senang sgt. Tapi siapa tahu kan masalah apa yang diorng hadapi sebelum n lepas kawen. Beruntunglah dengan jalan hidup yang Allah dah tetapkan untuk aku, sebab perkara ni yang akan mematangkan aku dan buat aku lebih kenal dengan dunia sebenar. Siapa yang boleh membantu dan siapa yang lebih senang berdiam diri. Tapi harap sangat yang sudi membantu seikhlasnya, tak mau pulak nanti mengungkit. Saya mengaku memang mengharapkan bantuan kalian, tapi bukan saya memaksa kalian untuk membantu. Terima kasih tak terhingga kepada semua yang sudi menghulurkan bantuan bersusah payah demi menjayakan majlis yang dah dirancang. maaf juga andai aku banyak menyusahkan kalian. Yang pasti aku bersyukur punya kalian dalam hidup aku. Alhamdulillah.
Tiada dugaan yang Allah turunkan untuk hambanya melebihi kemampuan seseorang tersebut. Maka berfikiran positiflah bahawa setiap dugaan yang mendatang pasti Allah dah janjikan yang lebih baik untuk aku.
So, towards the end of this year, im gonna get married to the person I was never expect to be my life partner. But now, Im falling in love with him each n everyday. Walaupun jasad kami terpisah jauh, tapi semoga hati kami terus bertaut. *jiwang*
off pegi hantar budak ke Kem Pelajar Halus.
All the best Syaza. Plz to those yang sudi baca blog picisan ni, doakan kebahagian aku saat ini sehingga selamanya..Hanya Allah dapat membalas jasa baik kalian.
Muah!
Thursday, July 25, 2013
Expect less
Assalamualaikum...
Lama xjmpa kan... rindu x? Ahaks...
Hari ni dh hari ke 15 ramadhan..alhamdulillah masih diberi peluang berpuasa .. cuma pelik puasa kali ni... kurang rasa letih..tp ada jugak la hari2 yg nk tdo je keja...hahah... walaupun ckp banyak tapi masih lagi mampu menyampaikan ilmu dgn penuh semangat...puasa xmenghalang utk menyebarkan ilmu...hehehe...so happy...
2 3 hari ni rasa mcm sia2 berpuasa sebab hati kurang senang dgn bbrapa perkara... kurang pahala puasa... huhu...
Berita pertama diterima pagi semalam... terpaksa mula bercuti hari sabtu 3hb..sbb ada meeting hari jumaat tu pkul 5.30ptg.. n trus berbuka puasa dgn pegawai dr JPN PERAK...sedih...lari abeh plan aku...sobsob
So im trying to calm myself down.. cuba untuk menggembirakan hati dengan cara sendiri... tapi i know i cant make it. Bila prkara yang sepatutnya menggembirakan aku xmenjadi... maybe im expecting too much... bila xdpt kecewa sendiri... sepatutnya aku lebih terbuka dan bersedia menerima sbrg kemungkinan yang tak best.. entah la.. masih cuba pujuk hati ini... susah.. terlalu byk fikir... n semua yg dtg dlm fikiran menghasut kpda yg xelok... walaupun syaitan xdak bulan puasa ni...tetap juga bisikan hati buat aku xtenang...
Syuh! Syuh! Pergilah wahai bisikan yang jahat... aku perlu kuat..ni semua dugaan hidup...dugaan zaman REMAJA... haha...
All the best to myself... to those yg sudi baca luahan hati ini.. doakan lah kebahagiaan aku.. masalah aku cuma satu... diri sendiri yang terlalu negatif trhadap diri sndri... bila nk berubah tah.
Hmmm....
Wednesday, June 5, 2013
Semakin hari
Semakin hari semakin haru.
Persiapan almost done.
Tgl yg sket2 ja lagi..
Tapi masalah menjelma.
Harap xberpanjangan.
Org kata dugaan masa bertunang.
Time ni nk duga betapa kita betul2 boleh trima segala kekurangan pasangan kita.
So
Ingat janji Allah.
yang baik mesti dpt yg baik.
So jadilah yang terbaik.
InsyaAllah dia yang terbaik.
Semoga berkekalan ke jinjang pelamin dan ke syurga bersama.
Doakan ye rakan2 yg mengenali diriku ini.
Feeling so bad right now.
Really need support from others.
I know i love him. N i know he loves me toooo...
Saturday, June 1, 2013
Mixed feeling
Saya stress saya xmampu jadi macam dia.. sya sedih sbb sya xmampu buat macam dia.. sya kecewa sebab sya xdpt apa yg dia ada... sya frust sbb sya xmampu dpt apa yg sya nak....
Bila tgk balik.. sedih dengan hidup ni... sya xmampu jadi sebaik yang saya impikan... sya xmampu jadi seperti yang diidamkan... sya bukan pilihan yang terbaik...
Tapi sepanjang sya kenal insan yg pernah hadir dlm hidup sya...
Insan yang pernah mewarnai hidup saya.. walaupun hanya calitan hitam pekat...
Saya belajar sesuatu...
Yang mungkin orang lain xdapat..
Pengalaman pahit dan tawar mengajar suatu erti kehidupan....
Membuatkan aku mengerti kenapa jalan hidupku penuh berliku...
Kenapa hidupku sering dilanda badai...
Pengalaman ini yang mengajar aku erti sebuah kesabaran...
Pengalaman ini juga mendidik aku menjadi lebih positif terhadap masalah...
Pengalaman ini akan terus mengubah aku menjadi lebih baik... insyaAllah.
Setiap dugaan Allah bagi tandanya ada kesilapan kita di mana2 yg kita xsedar...
Renungkanlah dan ubahlah yang mana patut... sentiasa berfikiran positif terhadap teguran.. mungkin sakit utk menerima.. tapi bukalah hati...
Ada yang mampu dijadikan pembimbing..
Alhamdulillah aku kini bersyukur dgn hidup ini.. walau kadang ada kala hati termakan bisikan syaitan yang sering menyuntik rasa iri pada manusia... semoga hati ini lebih bersih hari demi hari...