Showing posts with label mengadu hal. Show all posts
Showing posts with label mengadu hal. Show all posts

Thursday, January 17, 2013

think before u act.



Assalamualaikum.
Blog session hari ni, sesi meluahkan perasaan. Bukan nak mengutuk mengata, cuma nk memberi sekeping pandangan untuk difikirkan. Kalau masih anda rasa anda betul, teruskan lah. Kalau boleh terima teguran dari insan lemah lagi hina ni, harap berubah ke arah lebih baik. Bersama-sama.

Dah lama tak update blog tetiba mai ngan entry penuh emosi. Oh tahun 2013 yang penuh beremosi.

Back to the main topic.
Aku bukan siapa2 nak menegur kalian semua yang lebih hebat, yang lebih baik dari aku...ini hanya pendapat aku ya. jangan pula melenting bila aku berbicara. Tak suka, diam. Suka, terima. =) simple kan.

Ok. Sebenarnya, aku pelik dengan insan-insan bergelar hawa ni. Ye la kebanyakan kawan aku kaum hawa, so aku perasan apa yg kaum sejenis dgn aku buat la. Bagi mereka yang dah berpunya, tak kisah la sama ada dah kawin atau dah berboifren kan, aku pelik bila nk hapdet status kat fb bukan main lagi rindu boifen la, boifren tak msg la, boifren kuar makan la..itu yang berboifren, yang dah berlaki pon sama.

"Sayang rindu ayang. Suamiku yang jauh di sana"

uweeekkk!!!
muntah hijau ok. Tak perlu kot. Pada pendapat aku la kaannnn...Kot ko nk mencanang cerita kau dah berlaki,aku tak tau la kan.


Bukan aku yang single ni nk jeles atau dengki. Kalau anda rasa begitu. Anda silap. Aku cuma nk menegur, bagi yang dah berkahwin, bukankah hal rumah tangga lebih baik disimpan sja dalam rumah anda yang bertangga tu. Tak perlu nak cerita segalanya syg....nanti bila gaduh, ko nk cerita juga? Ko buka aib sendiri tau. Fb bukan tempat ko meluahkan rasa rindu kat suami kau yang jauh di mata dekat di hati tu. Fb juga sekarang dah jadi macam tempat meluahkan perasaan. Kalau berkaitan dengan org lain aku boleh la trima lagi, mungkin nk luahkan perasaan tak puas ati ke, rindu kawan2 ke, aku boleh la juga trima. Bagi insan2 kesunyian macam aku ni xde org melayan, fb ja yg redha dgr luahan hati aku.haha. So pathetic kannn...=(
Tapi bagi mereka yang dah punya insan setia, p la bercerita kat suami/boifren tercinta korang tu. Kalau rindu cakap trus kat dia, tak perlu post kat FB. Aku meluat nk tgk. jeles pon ada gak. hahaha...tapi lebih kepada menyampah. macam ko sorang berlaki. Semua kebaikan laki ko nk bgtau seluruh dunia. Keburukan xmau crita? Ko kan ramai peminat nk tau kisah rumah tangga ko. So, stop the nonsense. Ko menyebabkan org meluat tau. ok, teremo plak.

Itu la luahan aku sebenarnya. Kalau rindu boifren kau, p la habaq kat dia, aku xmau tau. Kang aku remove fren kata aku cari gaduh. Kalau rindu sgt nk dengar suara laki hang tu, p tepon dia..takkan ngan laki pon kedekut kredit?
Xmau naaa...xyah dok post kat FB lagi dah. Kalau nk post crita pasal ang dah pregnant ka, mau jugak aku dengar...yela, berita gembira mestilah dikongsi ramai2 kan. Ko post g makan tempat best, aku suka la tgk, kot2 aku bleh p jugak nnt. Tak pon ko post la ko g holiday kat mana2 yang best, bleh gak aku menambah pengetahuan. Share bnda yang bukan personal plz my dear fren. Kita xmau buka pekung di dada. So keep ur personal to your own. =)
Peace yaw!!!


tak mau jadi cam natang ni. @.@

Monday, January 14, 2013

kasihan

Assalamualaikum.
Sesi meluahkan perasaan. Siapa yang tak nak stress better jangan baca..haha...ada ka yg baca?
Memulakan tahun baru 2013, bukan tahun yang baik untuk aku. Terlalu banyak isu berkaitan aku, buat aku lemah semangat, buat aku down untuk teruskan perjuangan. Tetapi masih juga aku bangkit, masih juga aku terus berjuang, bukan demi kepentingan aku, tetapi demi cita-cita aku.
Cita-cita aku bila saja aku sign kontrak dengan KPM, bila aku tekad untuk terus bergelar seorang guru. Aku ingin melihat anak didik aku berjaya, berjaya melebihi apa yang aku jadi sekarang. Bukan setakat anak didik aku di sekolah, tapi juga sesiapa yang pernah berguru dengan aku. Bekas pelajar masa aku praktikal, sentiasa aku harapkan yang terbaik untuk mereka. Kini, aku punya ramai anak2 didik di sekolah ni, yang aku amat-amat kasihi, sayangi dan aku akan berusaha untuk kepentingan mereka, untuk kejayaan mereka masa depan.

Macam-macam terjadi buat aku frust, buat aku hilang semangat. Aku terus berdoa semoga anak-anak didik aku kat sini terus mencipta kecemerlangan walau di mana mereka berada, walau apa pun dugaan yang mereka terpaksa tempuhi. Doaku sentiasa bersama kamu semua.

Untuk renungan bersama, jangan lah kerana mengejar keuntungan dunia sehingga menutup periuk nasi orang lain. Nak berjaya biarlah bersama-sama, susah senang bersama harungi. Bila nak terjatuh, ada yang menyambut, bila gembira, tidak terus di awangan mengukir mimpi indah.

p/s: Setiap langkah, ingatlah kita ditakdirkan menjadi guru untuk mendidik anak bangsa menjadi pemimpin masa depan yang berjaya. Lebih baik dari kita sekarang.



Saturday, October 20, 2012

marah

saya bukan orang yang suka marah. Tapi kadang-kadang bila kesabaran aku diuji, iman aku tidak kuat untuk terus bertahan. Maka aku marah. Dan malang sekali pada yang kena marah. Sebab mmg teruk kalau kena marah dengan aku. Aku sakit hati sekali, sampai mati aku ingat. Yes. Sampai Mati!!! Bukan bererti aku sempurna sehingga tak pernah membuatkan orang lain marah pada aku. Tapi aku juga tak sempurna untuk memaafkan semua maaf yang orang mintak dari aku. Biar pun ikhlas. itu aku tak dapat nak pastikan. Tapi beri aku masa. Sehari, sebulan, atau setahun atau bertahun2..itu aku tak pasti. Depends on how life can really change me to a better person.
Aku cuba untuk bertahan, terima diri dibuli. Tapi aku bukan bodoh untuk terima setiap penipuan yang aku tak tahu kenapa perlu ada. Oh d**m. Aku semakin kejam kah?

I feel bad. but I really cant do it. fullstop.

Thursday, October 18, 2012

ubat

saya sakit.
kong..kong..kong... dari malam tadi lagi..sobsob..batuk non-stop. abes semua makanan yang aku makan kuar balik...wuwuw...tido mmg la mcm tak tido bila dah asyek terbangun je sebab batuk..huhu...kepala rasa macam panas je...berat sangat...seperti urat-urat kepala ditarik-tarik..huhu...
masalah nya aku tak suka makan ubat. ada aku beli cekelat woods tu. tapi hampeh aku xmakan...malas!
so smlm punya la teruk aku batuk, nk cari woods tah mana aku letak. aku teringat ayah aku penah bagi aku ubat paling mujarab time aku batuk teruk aritu. rasanya baru je last year kot aku sakit..ke early of this year. time tu batuk aku bakal mengganggu tidur dia sbb aku tdo dlm bilik mak ayh aku..hehe...so tiba2 ja ayh aku bg sudu. Igtkn ape ada dlm sudu tu. sebab dah gelap. hanya ada lampu tivi je..so aku igtkan ubt batuk mcm biasa la...cap ibu dan anak ke...woods ke...rupa-rupanya ubat batuk sepesel punya. Mak ai...tajam gila menusuk tekak aku. Aku tanya la ayh aku, pekebenda tu...pastu dia ckp, cuka + garam.



garam


Ohhh!! Terbaik. Sakit habaq hang...


Pastu semalam aku pun ambek la sudu, cedok sket garam n tuang cuka. Untung aku ada cuka. aritu beli time nk try bt roti. tapi tak jadi pon roti seperti yg dikehendaki. huhu..
Pagi tadi bangun aku trus minum air, tekak rasa perit sgt sbb smlm ambek ubat tu. kepala masih berat lagi, so aku pon tak pegi sekolah. Berehat je atas katil smpai pukul 11 gak la. Tak boleh nak tido pon sbb sakit kepala. So golek-golek je la..

Tgh hari dlm kul 1 lebih aku kuar jap g beli makanan kat kedai kubur tu. makan lalu je even demam. hehe... So skrg dok melayan Adam dan Hawa sambil tgk muka aku yang dah hitam legam kat cermin..sedih. T.T

Tuesday, June 19, 2012

walk away.

for the last time, i see..
deep into your eyes,
just to say,
silently,
i love you.
whisper from my heart,
thank you my dear.
for the great experience ever.

and with great smile on my cute face,
i'll just walk away.
no goodbye,
so you'll feel how bad it is.
hope you'll have the greatest smile like i do.
always n forever.

Sunday, May 6, 2012

sayu.

terasa sayu bila otw pulang ke Taiping tadi.
slow je bawa keta.
melayan perasaan hati ini yang terumbang ambing.
terasa goyah.
mudah sangat memikirkan yang bukan-bukan.
tapi aku cuba meyakinkan juga diri ini.
walaupun bukan sepenuhnya.

i miss my happy family.
walaupun asyek kena bising sebab keja kami adik beradik hanyalah tidur.
pantang ada masa terluang je mesti cari bantal.
hehe.
best sgt balik berkumpul sama2 walaupun sekejap.
rindu lagi.
sobsob.
T.T

sabar syaza. lagi 3 minggu balik dah kan..=S
lagu for today. T.T

Monday, April 30, 2012

a walk to remember.

one day,
we met.
we talk.
we smile.
we laugh.
we walk together.
we compliment each other.
we complain about each other.
we hate.
we love.
i feel bad, u always there.
u feel sad, i'll be by your side.
we spent our times together.
we went for window shopping.
we have our lunch together.
we laughed again.
we had movie day.
we followed dramas.
we commented on those actresses and actors.
we talked bout them.
we had a very long night gossiping bout everyone.

there are times,
we shared our problems.
we cried together.

we had everything together.
from the day we met until now.
even we have no more time to spend,
we still remember each other.
we still keep missing each other.
that is what a friend for.
being there forever.
not a must staying together.
but in heart stays forever.

there is a day we don't really want it to come around.
a day when everything done.
a day when we need to be away.
a day when we need to say goodbye.
it is hard for me to say that.
And I won't say that.
because i know, i will never say goodbye to my friends.
because i know, once we are friends, we are friends forever.

all the best in the future. hope everyone will be great teachers. =)





masa yang pantas berlalu.

Beberapa minggu kebelakangan ini terasa masa berlalu dengan sangat pantas.
berada di sekolah terasa cepat je masa.
lepas abes satu kelas.
baru ja mau buat kerja.
ada lagi kelas kena masuk.
aiyak.
kerja bertangguh lagi.
sabtu ahad pun bekerja.
bila cuti banyak kerja di rumah.
nk menguruskan rumah.
yang tak terurus sepanjang hari kerja.
macam mana mau kawin ni.
masih belum mampu bahagi masa.
kerja dan personal.
aiyak.
perlu banyak lagi belajar.
one step a day.
dari tiada apa2 langsung.
usaha juga kan.
esok cuti hari pekerja.
mau belajar masak special.
baru ja niat2.
ada sudah org nk dtg makan.
insyaALLAH bangun awal esok.
g cari bahan nk masak.
semoga berjaya.
=)
berjaya menjadi yang lebih baik.
insyaALLAH.

Thursday, April 12, 2012

MC


perut sakit memulas-mulas.
malam asyek kena bangun pegi toilet.
erghh..
kenapa tah tiba2 ja.
aku makan ape tah tak kena.
huhu.
maaf.
aku terpaksa MC arini.
bukan sengaja.
kalau demam selsema aku pegi lagi.
sampai ramai yg berjangkit.
tapi ini problem tak leh pegi sekolah.
takut memberi bahaya.
huhu.
sayangnya kelas Fizik dan Sains tak masuk arini.
tapi tak de la syg sgt kelas BI aku xleh masuk.
haha.
harap2 dah makan ubat smpai 4 biji skali ok la perut ni nnt.
gila btoi.

oh ubat!
terasa ubat tersangkut di tekak aku.
wuwuwuwu...
T.T

Sunday, February 6, 2011

owh IPGKTI...


wahai IPGKTI...
bukan aku xsuka akan dirimu...
tapi kau terlalu jauh dengan kampungku...
kau buat aku terlalu rindu...
bila kau terlalu sunyi menyepi...
berbanding rumah ku yang sentiasa bising...

esok bila klas dah start harap xsunyi lagi...
bila dah jumpa kawan2 mesti gembira...
boleh bergelak ketawa...
boleh bergurau senda...
semoga tiada lagi duka...

bersemangat waja aku nk belajar...
sebelum diri bergelar pendidik...
bakal membentuk generasi baru...
sangat xsabar...
:)

*homesick mode*

Thursday, January 20, 2011

malas

halohalohalo...
aku ade terpikir tentang sesuatu yang menjadi satu perkara yang penting dlm hidup kita..hidup semua orang...
dan aku masih terpikir byk perkara pasal menda tuh...
kenapa? mengapa? dan macam2 lagi la persoalannya...huhu...
tapi malang skali..aku skrg nih dalam keadaan yang malas untuk menulis dan mengarang...
niat aku untuk menulis sebua cerita pon terabai...
byk je buah fikiran yang melayang2 dlm kepala aku nih..yela...dok umah saje je...xbt pape pon..byk bnda la bleh pikir..
tapi itu la...nk menulis panjang2 malas lagi...xpe2...pikir2 je dulu..nnt kalo rajin aku tulis la...
xlama lagi dah nk g johor for KPLI...itu yg buat aku rasa lagi malas tuh...so aku nk bermalasan sepuasnya di rumah...haha...
ayah aku cuti arinih ngn esok...so best sket dok umah ade org...xde la bosan sgt kn...
ptg nih nk g umah nurul...plus b4 tuh nk kena g fotostat sume borang2 yang patut...sok nk g sahkan...kalo tidak jadi mslh plak nnt...
gmbr je xleh nk ambek lagi...sbb mulut aku masih cedera...kang buruk plak gmbr aku...dah la mmg buruk pon..sobsob...
brg2 sume dah masuk beg..tggl beberapa makanan asasi je blom masuk lagi...
megi dan nescafe...yg le xde pape pon sbb aku bukan nya dok NZ...
kt sane t mkn kt cafe je la...xyah masak2 dah..haha..
makin berkarat la otak aku bab masak2 nih nnt...adey~
abes la aku...xpe2...slow2 la...hik3...
ok3...sebelum aku merepek pnjang2...
bek aku mengundurkan diri dulu...nk kena p mandi manda...
nk kuar...adios~


Thursday, December 30, 2010

gembira

aku lihat dia tersenyum...
aku juga tersenyum...
aku lihat dia bahagia...
aku rasa bahagia...
aku lihat dia gembira...
aku juga gembira...
alhamdulillah...
benar perhitungan ILAHI...
dia yang terbaik untuk dia...
aku bersyukur...
jalan yang terbaik telah dia temui...
kebahagiaan yang dicari ada disisi...
semoga sentiasa dilindungi...
agar hati tenang sentiasa...
bahagialah dikau bersama nya...
aku turut tersenyum melihatmu...
=)

aku...
masih di sini...
masih yang sama...
tiada yang berubah...
aku tetap aku...
hidup yang penuh warna warni...

senyumku bersama keluarga...
ketawaku bersama sahabat...
tangisku ada yang memujuk...
hidupku terasa amat bermakna...
walau masih ada gerimis...
setiap detik kulakarkan pelangi...
indahnya sang suria aku nikmati...
segalanya atas kasih ILAHI...

Terima kasih ALLAH kerana memberi peluang aku merasa setiap kesusahan dan keperitan...agar aku lebih menghargai setiap kebahagiaan yang tercipta untukku..

Friday, September 3, 2010

salam...
hari ni dah masuk hari Sabtu..maka lagi 2 hari bakal berakhirnya cuti Spring aku...maka dengan itu juga bermula la kembali masa2 yang tiada masa aku nanti...first week buka skolah dah da smpai 2 tests..seb baik la lab tunda..kalo tak mau pening kpla aku...tp perlu pening kepala jugak pikir pasal testS yang bakal menjelma...nk raya pon rasa xsampai hati...dan masalah paling besar skrg..aku ngah pressure plus stress..sbb byk sgt benda yg xterurus...and aku pening memikirkan cmana nk buat....huhuh...dah la aku nih rajin terlampau...adoiyai~
cuti ni mmg aku cuti abes- abesan la...keja makan tido ja...esaimen aku buat la..tggl yg aku xeti ja lagik...at least kn..xdak la aku sok nk start skolah bru nk kedek2 buat...tp aku still xpuas hati sbb part yg aku xeti tuh aku xtaw nk korek mna nk buat...huhu...dah la da test xabes stdy lagi...ahhhh~!
aku kononnye nk tdo..td...nk bt esaimen xeti..nk stdy aku rasa cm tensen je...so aku menghabiskan masa aku ngn melalak je la...huk3...then dah puas melalak..aku nktdo..tp mmg konfem la aku xleh tdo....selagi aku xsiap keja aku penah plak aku sesedap mentega kacang je tido kan...maka dengan itu berjagala aku smpai sekarang...tggu sahur lagi bberapa minit...hurmm...
sabar je la...xlama dah nk abes...aku pon xtaw pa nk jadi...hope aku bleh belajar btol2 n score for tests n final nnt...then grad..kalo balik pon xpe..kalo dpt smbung pon best jugak...yg penting testS yang menimbun nih dulu...
semangat belajar...datanglaaaa~~
*sigh*
~LOVE is a little HAPPINESS, with a few SACRIFICES, and it gives a lot of PAIN~
FALL in LOVE with ALLAH and you will get the BEST of ALL

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...