Thursday, September 12, 2013

towards the end of year 2013

salam.
skrg dah bulan september..tak sedar masa berlalu dengan pantas kan... sobsob..maam xde pape yang berlaku tahun ni..haha...
tipu agak2 la syaza oiii...macam2 kot berlaku...
contohnya..haha. Mood jawab exam nmpk..
bulan 3 ritu aku dah selamat jadi tunangan orang..my ex schoolmate.. bukan bercinta zaman sekolah ya...sya budak baik tau.. ahaks.. tipu lagi.

so sekarang ni sungguh la sibuk dengan persediaan nk kawen... serabut okay!
sapa penah kawen mesti lah paham apa yang aku maksudkan... serabut kerna tidak berwang macam org lain. Bukan la semua org berwang kan.. tapi kalau aku nk bt cara org tak berwang tapi org len mcm nk extra demand for more...mati la aku.... too much tapi kan.. fail BM kalau macam ni.

Masalah utama sekarang ialah duit dan perselisihan pendapat. Memang sering berlaku eh kalau nk buat kenduri. Sebab ada aku luahkan apa yang terjadi dekat seorang teman sekerja yang teramat baik hati. And thanks to her yang memahami dan sgt menenangkan.. She knows how I feel n yet I have to go through it and be strong to face it. Sebab katanya, bila semuanya dah selesai nanti aku akan berasa tenang sangat n happy sangat. Harap segalanya mcam tu la kan. Tenang mungkin la sebab dah selesai satu perkara tapi jangan lupa tanggungjawab semakin berat syaza oii..

Kadang-kadang aku sedih dengan diri sendiri bila tgk ada orang kawin fully sponsored dan senang sgt. Tapi siapa tahu kan masalah apa yang diorng hadapi sebelum n lepas kawen. Beruntunglah dengan jalan hidup yang Allah dah tetapkan untuk aku, sebab perkara ni yang akan mematangkan aku dan buat aku lebih kenal dengan dunia sebenar. Siapa yang boleh membantu dan siapa yang lebih senang berdiam diri. Tapi harap sangat yang sudi membantu seikhlasnya, tak mau pulak nanti mengungkit. Saya mengaku memang mengharapkan bantuan kalian, tapi bukan saya memaksa kalian untuk membantu. Terima kasih tak terhingga kepada semua yang sudi menghulurkan bantuan bersusah payah demi menjayakan majlis yang dah dirancang. maaf juga andai aku banyak menyusahkan kalian. Yang pasti aku bersyukur punya kalian dalam hidup aku. Alhamdulillah.

Tiada dugaan yang Allah turunkan untuk hambanya melebihi kemampuan seseorang tersebut. Maka berfikiran positiflah bahawa setiap dugaan yang mendatang pasti Allah dah janjikan yang lebih baik untuk aku.

So, towards the end of this year, im gonna get married to the person I was never expect to be my life partner. But now, Im falling in love with him each n everyday. Walaupun jasad kami terpisah jauh, tapi semoga hati kami terus bertaut. *jiwang*

off pegi hantar budak ke Kem Pelajar Halus.
All the best Syaza. Plz to those yang sudi baca blog picisan ni, doakan kebahagian aku saat ini sehingga selamanya..Hanya Allah dapat membalas jasa baik kalian.
Muah!

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...