Showing posts with label makan-makan. Show all posts
Showing posts with label makan-makan. Show all posts

Wednesday, October 17, 2012

muka burn

Seharian berada di padang. Walaupun berteduh di bawah pokok, tapi disebabkan asap-asap yang digunakan untuk memasak tu telah membakar muka aku yang comel ni, maka berbelang la jugak. Sobsob. Langsung aku tak terfikir pasal menda ni, so no make up for today, langsung xdak prevention. Of coz la xleh pikir, terbangun lewat arini. Smlm seronok dok blajar pasal phone baru. Hehe. Pastu mau tak kelam kabut pagi ni. Hadoi la kan.....

membantu.

bukan aku yang besar ye. budak tu yg sgt kecik. =)
Seronok tgk macam-macam cara student tu nk memasak. whole picture nanti akan diupload. Aku upload gambar masakan yang paling cantik hiasan...kot...kat sini. Tapi di page ni aku nk upload muka buruk aku yang dah kena asap...sobsob.

Langsung la tak terpikir...bila dah balik baru perasan, teruk nya la bau asap dah aku..bru teringat apa jadi ngn muka aku. huhu..terus aku bergegas pulang ke rumah untuk mengemaskini muka comot aku. Mandi siap kali ni. Melekit beb dok membantu mereka masak. Ahaks.

Sekarang mengupdate blog. Rasanya nk buat blog sekolahku tercinta. Tapi kena bt email lain la plak. Malehnya den raso...so mungkin esok. Ahaks. Kerja bertangguh itu hobi. Jangan komen. Doakan aku berubah je. Hehehe...

Sambil updat blog sambil dok menyanyi konon2 suara sedap. Padahal sengau sampai anjing sebelah rumah pon jerit-jerit ckp jangan nyanyi...Dia pon sakit telinga nak dengar. Mana taknya, dah tak sihat pon masih nk nyanyi....tapi kalau sihat pon adakah suara aku sedap? kuikuikui...
btw, Demam n Selsema aku dah ok. Tinggal batuk je. Tapi aku ada selsema ke? demam ek? ke batuk je? ntah la...rasa-rasa ada kot demam sikit-sikit aritu. Tapi malas nk melayan.

Woo....banyak plak aku tulis...syok sgt kot...semua hajat aku dah tercapai. Short term list la...tunggu long term list lambat lagi la nk tercapai..dah namanya pon long term list. Tunggu la dulu naaa....chek nk berehat sat..sakit orat dah ni...chow chin cau...

Friday, September 14, 2012

having fun in my kitchen

esok ada Family Day for SABK MAAHAD AL TARBIAH AL ISLAMIAH. iaitu sekolah aku tercinta..hehek. Family Day bt kat Teluk Senangin. Sapa yang tak tau tu, aku nk explain pon xtaw...dekat dengan area Teluk Batik la kot. aku pon xpernah pegi lagi sbnrnya..hehe.

So kalau dah Family Day mesti semua bw family masing2 kan.. tapi aku bawa kekasihku je la. PERUT. hehe...makan je la keja aku...*OMG*

Tapi..tapi...tapi..
aku baik sket...aku terasa nk bawa sesuatu yang special sket...*ahaks*
Special ke?
ntah la..
special la kot sbb ni resepi mak aku.
tapi malang sekali, aku pgi beli barang tadi, lupa nk beli serbuk kari.
maka, aku pun bt la perencah kari sndri. untungla pernah belajar. walaupun xsama, tapi boleh la jugak rasanya. ahaks. *puji diri sendiri*

so bermula la proses aku menyediakan "karikut" resepi asal dr mak aku tapi telah diubah suai ikut suka aku. Nama tu diberi oleh kawan2 aku time kt NZ dlu sebab main diaa guna biskut n isi dia mcm inti karipap. hehe.

so aku pon buka radio era kt laptop, n having real fun memasak karikut tuk dibawa ke Family Day esok. hoyeah!

Soooooo, jom usha gmbr dulu tgk apa itu karikut...=))

biskut layered with daging n kentang.

cheese sebagai penambah perisa. =)



my all time fav! dinner for tonight

p/s: aku rasa mcm masin sket aku bt kali ni. xtaw nk bt cmana nk baiki. sobsob.


Wednesday, August 29, 2012

new housemate. =)

assalamualaikum...
after raya post.
heh
Puas sgt beraya. having  a very very good time with family and friends at my very hometown. Perlis. This year first time kena bagi duit raya and dah tak dapat lagi dah duit raya. Its ok, bersedekah rezeki yang ada. Walaupun sikit, tapi cukuplah dengan ikhlas hati untuk menggembirakan orang lain. =) *senyum*

Selepas puas beraya, tiba masa untuk berpisah, pulang ke tempat bertugas masing-masing. Mak cik aku balik paling awal, hari raya ke4..ye ke? xigt sbnrnya. rasanya la kot sebab dia sempat makan sup gearbox mak aku hari rya ke3 tu. Then  paklang aku and  mak su balik hri rya ke 4 n 5..tggl la adek2 aku je kat rumah.

Ok. cerita sebenarnya pasai hari nk antar adik aku. kami p la padang besar sbb adik aku nk cari jersey untuk kawan2 dia. yang dipesan. Pastu balik dari Padang adik aku bru igt nk gunting rambut dia. So p la kedai gunting rambut kat Kangar. Sambil2 tunggu adik aku gunting rambut, aku merayap kat kedai sebelah, kebetulan ada kedai barang elektrik masih buka. pusing dan pusing. macam besar je kedai tu kan. padahal kecik je. Asalnya xdak pape pon nk tgk, tpi tiba-tiba aku teringat pasal niat aku nk beli oven nk blajar baking cake. Aku pun usha-usha tgk xdak pon oven, pastu aku ckp la kat mak aku. Trus dia tunjuk kotak oven kt tepi aku..haha. mata cap ayam, tak nampak pon benda alah tu dok sebelah aku je. Aku pon tya je la amoi jga kedai tu, bpe harga nya..skali dia jwb RM115 je. ok fine! aku terkejut sbb aku expect sgt mahal harga oven. Mula la tergugat aku nye iman nk membeli. Amoi tu busy melayan customer len bt aku melangkah keluar.
Rupanya ada mamat ni ikut aku.. trus mempromote. aku pon melayan je la...tanya punya tanya, skali ada lagi oven yg murah lagi, dia bgi RM110, tapi aku mintak RM100..igtkan dia xbagi. skali dia kata ok! Terpaksa la ambek. takkan xnk kot. dah tawar menawar kan. Aku pon bayar je la. Bwa balik rumah baru check sbb xsempat nk check kat kedai. dah lewat.

Esoknya aku bw balik ke Taiping, and really happy to have my new housemate, Mr Chichibi. Semoga dengan kehadiran Mr Chichibi ku tersayang, bleh la aku belajar bt pelbagai jenis kek. hehe.
And today, aku telah merasmikan Mr Chichibi dengan kek gula hangus. The taste is great but yet the presentation not really great sbb aku perap sekejap je. masih berongga cuma rongga dia kurang cantik menarik.

Mr Chichibi

kek gula hangus b4 msuk oven
Of all, im happy now! i got what i want in life. Semoga masa yang ada ni aku gunakan sebaik mungkin untuk terus belajar. Walaupun bukan untuk dapatkan master mcm org lain, tapi aku nk dptkan degree sbgai suri rumah dulu. hehe. =)


my sweethearts 

Saturday, August 18, 2012

preparation for raya.

hello. lama xjumpa kan. =))
disebabkan cuti start awal kali ni. ramai la yang pulang ke kampung. sepupu aku pun ramai yang balik. tapi diorng sampai tu rumah sgt tak kemas sebab xsempat siapkan mengecat rumah.
halal je la kan. diorng tido umah pak ngah aku kat sebelah. ok la. teruskan keja mengecat rumah.
kelmarin bru abes, semalam mak aku ajak tok n wan aku buka kat umah. mak aku masak simple je. tapi adik aku seronok g shoping kat bazar penuh gak la satu meja.
lepas berbuka aku buat biskut yang paling simple. cornflakes madu.

cornflakes madu

hari ni, pagi2 aku bgn goreng kacang nk bt kuah kacang makan dgn nasi impit time raya esok.
goreng tu xdak hal. tapi letih bila kena tumbuk kacang. sekilo lebih kot. nk blend nnt hancur sgt plak, and ada part yg cm xblend langsung. terpaksa la menggunakan tenaga empat kerat ni.


cara tradisional hancurkan kacang

dah siap!!

habis je menumbuk kacang, aku sambung bt rendang daging. aku ada ckp kat mak aku teringn nk mkn aritu. igtkan mak aku lupa dah. tgk2 dia g pasar td beli dging. ayh aku tya tdi nk bt ke tak rendang? ape lagi, aku on je la. dah aku yg nk makan kan. so, menumis la aku sorng2 sambil tgk khabi kushi khabi gham kat dapur. mak aku masak tuk berbuka japgi. arini mak aku ajak mak su n mak cik aku semua buka kat rumah.
inilah bahan2 yang aku guna tuk bt rendang. bahan2 tumis mcm biasa la, ada halia, lengkuas, serai, bawang dan sedikit kunyit.

bahan tumis untuk rendang


daging setengah kilo
 pastu letak kerisik n santan bila daging dah empuk. jadi ghupenye begini.
proses pengeringan =)
 goreng sampai kuah dia kering,so jadi lah rendang daging. rupanya ada, tapi rasa xpasti lagi la sbb puasa. =)
rendang daging
alhamdulillah, raya kali ni meriah. semua yang diidamkan akan dapat.
insyaALLAH raya ketiga mak aku bt open house ada sup gearbox. hari raya kedua, sapa yg dtg mak aku masak laksa. hari raya pertama beraya kt kg, so mlm je mak aku msk nasi. =)
jemputlah dtg yg jauh dan yang dekat. 

Monday, July 9, 2012

menanti hari.

countdown rupa mcm nk tggu beranak ja.
haha.
tapi bukan itu ya
aku belum kawen lagi.
masakan boleh punya ank kan.

ni countdown puasa.
tak lama lagi dah.
lagi 19 hari.
tolak ari ni.
tggl la 18 hari.
sikit je lagi.
ramai yang berlatih berpuasa bulan Syaaban ni.
slow2 supaya nanti bila tiba Ramadhan lebih terasa nikmatnya.
sbb dah xrasa letih lagi.
n lebih banyak ibadah bleh bt.
insyaALLAH.

tapi ada lagi satu countdown.
nk pergi konvo bt kali kedua.
hehe.
IPGM nye konvo.
walaupun terasa mcm pelik sbb bt on weekdays sdgkan semua yg terlibat adalah guru.
hmmm.
tapi layan je la..
bleh jmpa kawan2.
walaupun my mum xbleh pegi.
tapi my dad ikut..
=)
gerak on Wednesday early morning.
sebelum Subuh.
katanya,
hehe.
So excited.

So tadi men masak2 lagi.
bw balik ketam dr Perlis.
n masak lomak cili api ketam.
too bad daun kunyit yg dicurik di kebun mak tertinggal mana tah.
tapi masih sedap.=)
menu berbuka hari ni.=)
ikan temenung tu pon import dari Perlis. =)

p/s: baru terperasan recently aku update bab makan je. harap maklum kalo tgk aku dah mcm belon nnt ye.=)))

Thursday, July 5, 2012

nifsu syaaban

hari ni aku berjaya berpuasa sempena nifsu syaaban.
berlatih untuk bekerja keras dan berpuasa untuk Ramadhan yang nk datang tak lama lagi.
Letih.
sungguh letih.
bila kelas penuh,
tgh hari ada meeting lagi
ptg pon ada kelas
asalnya sampai pukul 6 aku janji dgn budak2.
tapi pukul 5 lebih dah abes.
students pon mcm letih.
sbb ramai yg puasa.
al maklumlah sekolah agama.
ramai yang melaksanakan yang sunat.
=)
ptg tadi balik.
sangat letih.
lepas rendam je ikan tuk masak berbuka.
tertido kejap.
naseb ada kawan kol..
kalo tak mmg lajak dah la.
bgn2 aku siap2 masak nasi n lauk2 tuk berbuka.
alhamdulillah.
sempat aku masak seperti yang dirancang.
ikan pari asam pedas dan sayur mcm toge goreng.
hehe
puas ati dpt makan.
walaupun tak dapat rasa time masak.
tapi aku doa byk2.
so cukup asam garamnya.
paling best sbb guna daun kesum fresh from my tiny little garden.
=)
daun kesum yang ditanam sendiri =)

yummilicious.=)

Wednesday, July 4, 2012

berjimat dengan memasak.

sambungan dari entry sebelum ni.
disebabkan duit makin mencair,
perlu lah dan haruslah mencari cara untuk berjimat kan.
maka dengan itu,
salah satu caranya adalah memasak.
semalam dah melantak lamb chop kat kedai dgn teh ais yang berharga RM11..
so hari ni, kurangkan belanja untuk makan.
maka aku mengorek2 apa yang ada untuk dimasak.

sedikit kubis bunga,
makaroni,
ayam (bahagian dada)
dan kuah carbonara prego. =)

kemudian, terasa terliur memikirkan kesedapan kuah carbonara prego tuh.
tapi perlu di tokok tambah mengikut selera sendiri.
then,
terjadilah sesuatu yang menggembirakan hati.
dalam masa yang singkat.
walaupun dapur hanya ada satu tuk masak.
sebelah lagi dah tersumbat agaknya.

makaroni carbonara yang superb =)
sedap tak?
terliur tak tgk?
hehe..
sedap woo...=)
meh la rasa...

Friday, May 11, 2012

new recipe.

Chicken Mushroom and Potato soup.
yummy!!
isi lebih dari kuah.
makan dengan roti for dinner tonight.
ok. dh..nnt kn cuba add on perisa lgi..kurang sket dr apa yg tuan punya resepi ajar..huhu

Monday, April 30, 2012

makan sedap di bulan puasa.

walaupun berpuasa, diet tetap tak menjadi. bila berbuka terus tak sedar diri.
dalam masa seminggu, aku telah berkunjung ke 3 tempat menarik untuk berbuka.
hari pertama, makan mcD.
esoknya makan di rumah. beli di bazar.
esoknya lagi, makan di secret recipe sebab dibelanja orang. Kalau nk makan sendiri xdak duit la. hehe. thanks kepada org yang belanja.
then, esoknya lagi makan nasi di rumah saja. masak sndiri. didi masak butter prawn yg sedap bersama kerabu epal.
kemudian, semalam, hari selasa. lepas abis sekolah pegi shopping untuk raya.
terbeli baju kurung, bila balik tgk rase cm xbest plak. dah la mahal huk2...
selendang raya dah beli semua. siap extra satu lagi tuk jubah yang bakal disedekahkan oleh pak cik ku dari Sudan. tapi katanya nk beli kat KL ja..Sudan xmenarik sgt jubahnya..ntahlerrr...
jnji dpt jubah..bersyukur ya.
ok. salah topik dah.
lepas abes shopping kitrng gerak ke JUSCO BUKIT INDAH semata-mata mau makan kenny rogers roasters. Haha. ini dah lebih sebulan mengidam. before puasa lagi kot..terliur tgk iklan Balinese Roast Chicken. And bila makan, mmg sedap. berbaloi2...sgt sukakan Kenny Rogers. tapi hanya setahun sekali ja makan. tak mampu.



so next in list, Pizza Hut. ada orang ajak makan pizza plak. Hoyeah!
Alhamdulillah. murah rezeki di bulan mulia ini. Semoga sentiasa dimurahkan rezeki. Jangan jadi kedekut syaza. Memberi sebelum menerima. =)

Hari ni Diana dan Kak Sakinah senior Fiqs datang berbuka kat rumah. Meriah la sikit makan dan solat ramai2. Suka, suka, suka.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...