Monday, October 20, 2014

terima kasih

Assalamualaikum.

Hari ni nk story moray sket pasal bnda simple yang ramai dah lupa nk buat.
Podia??

Secebis ucapan terima kasih.
Yes. hanya nk cerita pasal dua perkataan tu je. Terima kasih.
Satu ucapan yang simple tapi ramai yang dah lupa pasal ni.
Satu ucapan yang simple yang mampu membuat insan tersenyum.
Satu ucapan yang simple bila tak diucapkan boleh menyebabkan sakit hati yang teramat sangat.
Kenapa nak sakit hati? bukan bererti setiap perlakuan inginkan penghargaan…tapi sebuah ucapan terima kasih sebagai tanda berbudi bahasa dengan setiap penat lelah yang dihulurkan….

Contoh simple.

Kalau hang tolong hantar orang ke suatu tempat yang sepatutnya hang xlalu pon sana dalam perjalanan hang balik kerja..pastu orang tu pon turun dengan selamber bila dah sampai blah mcm tu ja. Apa hang rasa? syok dak? terasa mcm driver teksi yang xdapat gaji kan…camtu la maksud aku.. macam tak dihargai pon ada…macam emm macam… macam nak cari gaduh pon ada…

Ok. aku tau ada orang akan cakap…buatlah kerana Allah..dpt pahala apa.. mmg pon la dapat pahala…ikhlas sungguh aku ikhlas..tapi kalau tlg org yang xdak budi bahasa..yang ikhlas pon bleh jadi xikhlas..

Ok lagi. Aku plak bukan baik sangat nk 'menghambakan' diri aku untuk orang lain.

Kalau semua orang dalam dunia ni punya budi bahasa..ada ucapan terima kasih yang keluar dari mulut yang rajin bebicara ni..mesti perasaan kasih sayang sesama insan tu akan bercambah dan terus bercambah…maka dunia ini mesti tak jadi perang sana sini.. kan? kan? kan? ok. aku tau aku over tetiba nak kaitkan word terima kasih dengan perang.
Tapi jom lihat contoh simple ke dua. Haha.

Seorang isteri didapati mengandung anak hasil perkahwinan dengan suaminya. Selama mengandung tu suami sentiasa ambik berat keadaan si isteri tu. Walaupun tu sememangnya tanggungjawab dia..tapi kalau isteri tu selalu ucapkan terima kasih atas setiap penat lelah suami penuhkan kehendak isteri yang pelik2 time prgnant tu..mesti suami akan bertambah sayang kan.

Sama jugak la kisahnya, bila si isteri selamat lahirkan baby mereka..suami dtg jenguk isteri, ucap terima kasih atas kesudian isteri bertarung nyawa untuk melahirkan zuriat dia, mesti isteri hilang rasa sakit yang ditanggung tu. Walaupun sekejap je la kan hilang rasa sakit tu. Hehe..lpas tu sakit tetap la rasa..
Cuba kalau si suami dtg jenguk baby je tanpa peduli si isteri tu…time baru lpas bersalin dgn sakit segala urat sendi semua…mesti ada perasaan nak kecik hati semua kan..kes tu nak jadi meroyan segala bagai tu..
Haa…bila dah start nk meroyan tu..mula la nak berperang ja sentiasa…
see… nampak tak perkaitan ucapan terima kasih dengan perang..haha

Kesimpulan kat sini, ringankan mulut ucap terima kasih walaupun pada perkara2 kecik macam terima kasih dkt pakcik bus yang bawa bus ekspress tu bila kita selamat sampai ke destinasi.. mungkin pada kita xnmpk pekdahnye kan..tapi mesti berbunga2 hati pakcik bus tu bila kita menghargai penat lelah dia dok tukar gear bw bus tu kan..

Sekian.. terima kasih.
haha.


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...