Monday, January 14, 2013

kasihan

Assalamualaikum.
Sesi meluahkan perasaan. Siapa yang tak nak stress better jangan baca..haha...ada ka yg baca?
Memulakan tahun baru 2013, bukan tahun yang baik untuk aku. Terlalu banyak isu berkaitan aku, buat aku lemah semangat, buat aku down untuk teruskan perjuangan. Tetapi masih juga aku bangkit, masih juga aku terus berjuang, bukan demi kepentingan aku, tetapi demi cita-cita aku.
Cita-cita aku bila saja aku sign kontrak dengan KPM, bila aku tekad untuk terus bergelar seorang guru. Aku ingin melihat anak didik aku berjaya, berjaya melebihi apa yang aku jadi sekarang. Bukan setakat anak didik aku di sekolah, tapi juga sesiapa yang pernah berguru dengan aku. Bekas pelajar masa aku praktikal, sentiasa aku harapkan yang terbaik untuk mereka. Kini, aku punya ramai anak2 didik di sekolah ni, yang aku amat-amat kasihi, sayangi dan aku akan berusaha untuk kepentingan mereka, untuk kejayaan mereka masa depan.

Macam-macam terjadi buat aku frust, buat aku hilang semangat. Aku terus berdoa semoga anak-anak didik aku kat sini terus mencipta kecemerlangan walau di mana mereka berada, walau apa pun dugaan yang mereka terpaksa tempuhi. Doaku sentiasa bersama kamu semua.

Untuk renungan bersama, jangan lah kerana mengejar keuntungan dunia sehingga menutup periuk nasi orang lain. Nak berjaya biarlah bersama-sama, susah senang bersama harungi. Bila nak terjatuh, ada yang menyambut, bila gembira, tidak terus di awangan mengukir mimpi indah.

p/s: Setiap langkah, ingatlah kita ditakdirkan menjadi guru untuk mendidik anak bangsa menjadi pemimpin masa depan yang berjaya. Lebih baik dari kita sekarang.



2 comments:

meazrynn said...

salam perkenalan..:)

sabar ye shezz...stiap ujian pasti ada hikmah..:)

shezz said...

thanks ya, semoga mampu terus bersabar. =) thanks sudi singgah.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...