yang merasa sedihnya, hati aku.
yang merasa bahagianya, hati aku.
kalau aku sedih bukan kau datang membantu,
kalau aku gembira bukan kau ambil tahu.
biar aku pilih jalan aku sendiri.
biar orang kata salah.
tapi salahkah aku untuk mengecap bahagia.
mungkin salah kerana ada yang bakal terluka.
tapi aku juga insan biasa.
aku punya rasa.
aku punya perasaan.
yang bukan aku pinta.
ia hadir cukup sempurna.
untuk hatiku menerima.
maaf kerna mencinta.
2 comments:
napa ni shaza..sedeh je nukilam
HAHA. itu la tujuan tulis blog. yg sedih kongsi ngn blog..yg happy kongsi ngn teman...so that teman2 kita sentiasa happy ngn kita...biar blog ja tahu kesedihan kita...=)
Post a Comment