lebih baik berdiam diri dan membiarkan apa yang akan berlaku terus berlaku.
lebih baik berdiam diri dan menanti waktu.
lebih baik berdiam diri dan berdoa semuanya seperti yang dirancang.
lebih baik berdiam diri dari manusia.
kerana berbicara dengan ALLAH adalah lebih baik.
kerana hanya Dia yang mengerti.
Hanya Dia yang mampu memberi.
Hanya Dia yang menentukan.
Hanya Dia yang mengetahui segalanya.
Hanya Dia tempat bergantung.
ya. Hanya Dia.
"Ya Allah, aku memohon kepadaMu. Sesungguhnya Engkau yang Maha Mendengar setiap luahan hatiku yang tak terungkap. Hanya Engkau yang Maha Mengerti setiap bicara hatiku yang terdalam. Hanya Engkau yang Maha Mengetahui setiap sebab yang aku luahkan kepadaMu. Hanya Engkau yang Satu. Semoga Engkau membantu hambaMu yang lemah ini. HambaMu yang sering melupakanMu. Tunjukkanlah aku jalan yang terbaik. Untuk aku dan semua. Amin Ya Rabb."
No comments:
Post a Comment