Monday, October 27, 2014

Suamiku

Assalamualaikum.
Post kali ni bukan ingin menunjukkan perasaan riak.sekadar ingin menitip peringatan buat diri ini.
Andai suatu hari nanti aku terlupa..ada ia di sini mengingatkn aku.
Pasal dia..cinta hati aku..
Pasal indahnya hidup aku dengan dia...

Andai suatu hari nanti kami diduga.. ak punya ini ingatkn aku kebaikannya..
Supaya aku terus sedar betapa dia berharga dalam hidup ak...

Belum sampai setahun kami bersama sebagai suami isteri..
Alhamdulillah kami sudah dikurniakan cahaya mata yang cukup berharga.. amanah yang perlu kami jaga..

Sepanjang kami bersama.. terlalu banyak pengorbanan dia untuk aku..

Duit gaji dia banyak dihabiskan untuk aku..
Pulang untuk jumpa aku..
Bawa ak jalan-jalan makan-makan..
Beli baju, tudung, beg n makan aku..
Tak pernah berkira.. biar duit dalam poket tinggal seringgit..nafkah untuk aku tak pernah tak cukup..
Alhamdulillah aku punya dia yang bertanggungjawab terhadap ak sebagai isterinya..

Masa dia yang dulu sering bersama kawan tidak lagi sekarang sejak ada aku..
Biar ada kawan yang merungut dia rela.. demi meluangkan masa untuk aku..
Ya kerna kami pjj.. masa cuti yg ada perlu dimanfaatkan sepenuhnya untuk kami saling kenal..
Kemana dia pergi dia akan bawa ak kalau ak nak ikut..
Ya..aku seperti budak kecik yang inginkan dia sepanjang masa.. dia rela..

Sejak lahirnya anak kami...bertambah tanggungjawab bagi dia..
Alhamdulillah...bila dia ada.. banyak membantu aku..uruskan anak.. siapkan barang2 anak.. paling aku bersyukur dia sanggup berjga mlm bila ank kami meragam mlm2 xnk tdo..
Syukur dia byk mmbntu ak hadapi sindrom baby blues.

Setiap sentuhannya mampu buat duniaku yang serabut jadi setenang air di tasik..sehingga bila berjauhan darinya buat aku hilang arah.. terasa hilang separuh dari jiwa ku..

Sayang, terima kasih di atas setiap pengorbanan u.. semoga i mampu jadi isteri yang lebih baik untuk u pda masa akan datang.. dan semoga i xkn jadi queen control.. i hrap kita boleh ddk sebumbung secepat mungkin..jga bby zhafran n future adik2 dia sebaik yg boleh.. semoga perasaan cinta dan sayang yg wujud sekarang terus bercambah sepanjang hayat kita.. i love u sayang.. we both miss u..

Love u,
Mama and zhafran.

Salam awal muharam.

Monday, October 20, 2014

terima kasih

Assalamualaikum.

Hari ni nk story moray sket pasal bnda simple yang ramai dah lupa nk buat.
Podia??

Secebis ucapan terima kasih.
Yes. hanya nk cerita pasal dua perkataan tu je. Terima kasih.
Satu ucapan yang simple tapi ramai yang dah lupa pasal ni.
Satu ucapan yang simple yang mampu membuat insan tersenyum.
Satu ucapan yang simple bila tak diucapkan boleh menyebabkan sakit hati yang teramat sangat.
Kenapa nak sakit hati? bukan bererti setiap perlakuan inginkan penghargaan…tapi sebuah ucapan terima kasih sebagai tanda berbudi bahasa dengan setiap penat lelah yang dihulurkan….

Contoh simple.

Kalau hang tolong hantar orang ke suatu tempat yang sepatutnya hang xlalu pon sana dalam perjalanan hang balik kerja..pastu orang tu pon turun dengan selamber bila dah sampai blah mcm tu ja. Apa hang rasa? syok dak? terasa mcm driver teksi yang xdapat gaji kan…camtu la maksud aku.. macam tak dihargai pon ada…macam emm macam… macam nak cari gaduh pon ada…

Ok. aku tau ada orang akan cakap…buatlah kerana Allah..dpt pahala apa.. mmg pon la dapat pahala…ikhlas sungguh aku ikhlas..tapi kalau tlg org yang xdak budi bahasa..yang ikhlas pon bleh jadi xikhlas..

Ok lagi. Aku plak bukan baik sangat nk 'menghambakan' diri aku untuk orang lain.

Kalau semua orang dalam dunia ni punya budi bahasa..ada ucapan terima kasih yang keluar dari mulut yang rajin bebicara ni..mesti perasaan kasih sayang sesama insan tu akan bercambah dan terus bercambah…maka dunia ini mesti tak jadi perang sana sini.. kan? kan? kan? ok. aku tau aku over tetiba nak kaitkan word terima kasih dengan perang.
Tapi jom lihat contoh simple ke dua. Haha.

Seorang isteri didapati mengandung anak hasil perkahwinan dengan suaminya. Selama mengandung tu suami sentiasa ambik berat keadaan si isteri tu. Walaupun tu sememangnya tanggungjawab dia..tapi kalau isteri tu selalu ucapkan terima kasih atas setiap penat lelah suami penuhkan kehendak isteri yang pelik2 time prgnant tu..mesti suami akan bertambah sayang kan.

Sama jugak la kisahnya, bila si isteri selamat lahirkan baby mereka..suami dtg jenguk isteri, ucap terima kasih atas kesudian isteri bertarung nyawa untuk melahirkan zuriat dia, mesti isteri hilang rasa sakit yang ditanggung tu. Walaupun sekejap je la kan hilang rasa sakit tu. Hehe..lpas tu sakit tetap la rasa..
Cuba kalau si suami dtg jenguk baby je tanpa peduli si isteri tu…time baru lpas bersalin dgn sakit segala urat sendi semua…mesti ada perasaan nak kecik hati semua kan..kes tu nak jadi meroyan segala bagai tu..
Haa…bila dah start nk meroyan tu..mula la nak berperang ja sentiasa…
see… nampak tak perkaitan ucapan terima kasih dengan perang..haha

Kesimpulan kat sini, ringankan mulut ucap terima kasih walaupun pada perkara2 kecik macam terima kasih dkt pakcik bus yang bawa bus ekspress tu bila kita selamat sampai ke destinasi.. mungkin pada kita xnmpk pekdahnye kan..tapi mesti berbunga2 hati pakcik bus tu bila kita menghargai penat lelah dia dok tukar gear bw bus tu kan..

Sekian.. terima kasih.
haha.


Thursday, October 9, 2014

Hate this!

Today's post. About HATE! EMOTIONAL!

I really hate it when I eagerly wait for 'something' to come.. then there are something come in between.

Menyampah pon ada. Meluat pon ada. Tapi yes. Ak xde cara lain nk buat kecuali SABAR. Tapi sampai bila ak mampu menahan tahap kesabaran ak.

I'll try my very best.
Yes. Very best of me.
K bai.

Friday, September 19, 2014

Kesuntukan

Cuti sekolah yang dinanti bakal melabuhkan tirai.
Yes. Cuti yang amat dinanti konon nk menghabiskan masa dengan en suami.. nasib la ak xplan nk p bercuti kat mana2..ala2 honeymoon kali kedua gitu.. cuma niat nk menjadi seorang isteri sepenuh masa ja sepanjang cuti ni memandangkan mak ayah ak xdak..so ada la peluang ak masak makan kt laki ak kan.. al maklumla pjj..bila masa la sgt ak ada masa nk masak kt dia..
Tapi dlm dua tiga hari sblm cuti laki ak habaq ada projek baru plak nk settle time cuti ni... maka semua niat baik ak hanya tinggal niat. Jadi kelaut dan kelain pulak..
Bila dah start projek sungguh la masa tak byk tuk ak.. nk balik mkn pon jenuh.. ada la skali balik mkn umah mak mertua ak..dua kali trmasuk ari ni..
Tu yg mak mertua ak masak la ofkos..
Ak masak kt umah pon ada la dia sempat balik makan kejap..tu pon dh ptg br smpai umah.. xberkesempatan nk mkn sesama.. mkn luar je sesama tu pon ngn kwn2 dia skali..
Itu pon sbb ak gagahkn diri ikut dia kerja..walaupun badan lenguh2 sakit2 yg xde org paham... xpe la.. cuba ak ikhlaskn hati...betul la dia bt tuk cari rezeki tmbh.. dh ada ank nnt.. byk nk gna duit..
Tapi hati ak frust gak la sbb niat baik ak xmampu dilaksanakan.. lpas ni dh ada ank mst lain jadinya..masa yg ada skrg xkn sama dan xkn berulang lagi...
Selamat tinggal masa tuk berdua-duaan.. im looking forward for a better future..
InsyaAllah.

Friday, August 15, 2014

Aku stress hari ni.

Assalamualaikum,

tgk tajuk dah tau. Aku mmg stress sgt hari ni.. bukan sebab apa..sebab semalam aku balik tgk kucing aku terlantar berdarah… trus aku angkat dia bawa pegi klinik.. nk dijadikan cerita 2 klinik swasta aku p dr tak dak…emo btoi aku..last2 bawa g klinik kerajaan.. kalau aku tau ak p trus je…jauh aku drive sorang2…dengan hati yang risau sgt sbb bila aku angkat Chubby darah menitik2..aku igtkn sebabkan tmpt jahitan kasi tu..huhu…

Sampai ja klinik tu aku angkat masuk bilik rawatan Dr tu ckp ni sebab batu karang dia.. dia kencing berdarah. Dr tu picit perut dia kuarkan semua air kencing dia..sedih sgt tgk Chubby mcm merintih kesakitan.. bila dah abes air tu dibuang, dr cucuk ubat bg lawas kencing. Ada vitamin tuk dia and aku tau vitamin tu bagus sbb family aku dah lama guna vit tu tuk kucing2 kt umah..

Balik terus aku bg mandi dia buang semua air kencing yang melekat kt badan dia..and bg dia mkn vitamin tu..aku suapkan dia minum air sbb mmg dia dah xmau makan… xlama pas tu aku dgr dia nanges..rupanya dia nk kencing lagi…sian sgt aku tgk..lpas kencing dia mcmlembik ja..nak angkat kepala pon ketar2…

Malam semalam ak bg dia minum air rebusan ikan..aku campur ngn kurma..lenyek2 bg kuar jus kurma tu aku bg dia minum..harap mknn sunnah tu dpt bg tenaga kt dia n membantu sembuh kan dia…

Pagi td aku bgn pagi salin paper lapik dlm cage dia sbb dah byk air kencing dia..aku suapkan air kurma+ rebusan ikan tu lagi… pastu aku bg dia mkn ubat yang ak dpt time g vet swasta last week.. ada ubt cair batu karang, kurang bengkak pundi kencing dan antibiotik.. first aku bg ubt cair batu karang tu..tp mcm half je kot masuk sbb dia xnk buka mulut..aku sumbat gak then dia terkunyah… aku bg air bg dia tertelan ubat2 yg dpt masuk dlm mulut tu..then aku bg antibiotik sbb ubt tu kecik ja.. tp sama gak keadaan nya.. hancur ubt tu tp xmasuk semua dlm mulut dia..ak sumbat air gak..tpi xlama pastu dia mcm tersedak n muntah..huhu… paling kritikal nk bg ubt hilang bengkak pundi kencing sbb besar sgt..aku sumbat dia luah balik.. last2 ak patahkan dua and sumbat ngn air..half ja ak bt sbb nk masukkan half lagi dia dah cakar2 aku..so aku pon give up sbb dah lewat nk siap g keja…
 br ja aku nk masuk bilik air nk mandi aku tringat Chubby masih lagi penuh ngn air kencing..aku kuar balik ambik dia n jirus ngn air paip buang air kencing yg kt badan dia…time tu dia mmg dah xgerak mana2 dah…dok je dlm bakul dia tu… sian sgt tgk..bila aku mandi air terpercik kat dia pon dia redha ja…kesian xyah ckp la..nk menitik air mata aku tgk keadaan dia..time aku angkat dia masuk cage balik tu sayu ja mata dia tgk aku…

Aku harap balik japgi dia still ok…xde jadi pape yang teruk lagi dah… paling harap sgt kencing dia dh xde darah..huhu…

Bila aku dtg sek aku on fb tgk dunia kucing ada sorg ahli tu post kucing dia meninggal sbb batu karang..kejap sgt pas kucing dia kencing berdarah.. aku harap sgt Chubby xjadi mcm tu..sbb chubby masih bertahan lagi smpai skrg…semoga dia sembuh…kalau boleh nk sgt aku bw dia tido ngn aku peluk dia spya dia tenang dan kuat tahan sakit tu… tpi xboleh sbb keadaan bdn dia xsuci dr air kencing tu…aku basuh pon sebelah yang terdedah ja..aku xde plak alihkan dia sebab kesian sgt nk angkat dia…

Ya Allah..dugaan kali ni buat aku rasa stress yang xpernah aku rasa… syg aku kt Chubby xde org len paham… dia dah mcm anak aku, sanggup ak buat apa saja tuk dia.. walaupun ramai yang komplen.. dia teman aku paling akrab, teman aku yang paling setia, pendengar setiap masalah dan kejayaan aku selama dia dok ngn aku setahun ni…bg la aku peluang tuk jaga dia lebih lama dan kenalkan anak2 aku dengan dia…

*nanges*
sedih dengan keadaan Chubby dan stress sbb aku xmampu nk tlg bt apa2 bg dia xsakit.

Wednesday, August 13, 2014

Cucur cempedak

Assalamualaikum..
Rini nk cerita pasal ak yang tetiba mengidam nk mkn cucur cempedak yg bru grg panas2.. sedapnya..dh beberapa hari..ke dh smpai seminggu dh ak dok lalu tepi jln tgk org juai buah cempedak..  dh terdetik di hati nk beli..tp kalo ak beli xkn nk bt cucur smpai sebijik ak mkn sorg..kalo dh buka mst kn abeskn..kalo dah rosak la nnt...

So ak pon plan la nk beli ari jumaat ni sbb husband ak kata nk balik weekend ni.. so bleh la ak bt cucur n balance tu dia mkn abeskn sbb dia xmkn cucur cempedak..huhu

Tapi td...
Ada ustaz kt sek sedekahkan cempedak kt kantin suh masak n bg cikgu2 mkn... alhamdulillah ak dpt mkn yg panas... happy sgt dpt mkn td..

TAPI...lpas tu ak dpt plak berita husband ak xjadi balik sbb ada camp apa tah kt sek.. huhu.
Sedih.
Down.
Lost.

Xtaw nk bt pa.
Tu ja nk cerita.
Bad mood truih.
K bai.

Wednesday, August 6, 2014

B.A.D

Assalamualaikum.
Siapa sangka aku kembali lagi padahal semalam ak baru ja post kan. Haha..abes xde keja sangat ke hoii…
Ada ja keja menimbun sebenarnya tapi kemalasan melanda diri sebab hujan turun renyai-renyai terasa  membuai-buai ja perasaan ni…perasaan ingin kembali ke pangkuan bantal dan katil.. huhu..

Sayu. Sedih. Mudah sangat air mata ni menitik skrg. Eyh. Padahal aku mmg cenggini pon.. skit2 nk nanges..tapi kali ni bertambah-tambah kesayuan di hati. Bukan sebab apa bukan jugak salah siapa. benda ni xde kaitan dengan sesapa kecuali diri aku sendiri. Lepas ckp ngn husband pon aku bleh nanges..bukan sebab gaduh..tapi sekadar perasaan rindu yang tak terbendung..tak tau nk ckp kt sapa n cmna..ak luahkan dengan nanges je la..huhu.. terasa indah bila bersama sepanjang cuti..so bila dah start kerja ni semua bnda rasa xkena… masuk kelas kerana sebuah tanggungjawab yang perlu dilaksanakan..mengharap baby pon mendapat berkat dari ilmu yang dicurahkan..huhu

Sedih memang sedih..lagi 6 minggu aku kerja then aku akan start cuti bersalin..seminggu awal tu husband ak ada la kt umah dah start cuti sekolah kan..tapi pastu…huhu..sian ak sendiri ja kt umah uruskan diri sendiri..mak ayah aku xdak p haji… harap sgt segala kesusahan aku skrg btkn ank aku jadi taf…dijauhkan dari penyakit…dan segala macam bnda len yang memudaratkan…

Hmmmm… entah la..xtaw nk ckp cmana lagi dah.. kadang-kadang aku rasa sedih and i feel very bad sebab terasa mcm menyusahkan husband aku ja sepanjang aku prgnant ni…tah la..aku pon pening.. mood tah kemana.. serabut.. nk lena la cmni. k bai.

Tuesday, August 5, 2014

tik tok tik tok...

Assalamualaikum…
baru berkesempatan nak buka blog setelah sekian lama.. masa berlalu pantas sangat xsempat aku nk jenguk2 perkara lagha ni…haha.. xde la lagha sgt kn… sket2 ja kan..kan..kan…=)

Bila jenguk td rupanya last post bulan June n now dah Ogos… aku dah termiss sebulan post kt sni…dlu rasanya ada buka nk post pasal posa tapi xmampu pulak la kan…byk bnda lain nk buat..termasuklah tidurrrrr….hehe…

Kali ni nk post pasal apa tah..byk bnda yang bermain di fikiran ak sebenarnya ni…pasal orang sekeliling dan pasal diri sendiri.. ada yang best ada yang xbest..biasalah kan..dah nama pon kehidupan…mana ada senyum sokmo…nanges tu kena ada gak skali skala..hahak…

So, meh ak nk cerita bnda best dlu la…xdak kaitan ngn kome pon.. bnda best ni terjadi kat aku ja…
Sebabnya, ak berjaya memaintainkan berat badan ak sepanjang bulan posa ni…yehuuuu!!!
cepat ucap tahniah kt aku..igt senang ka nk maintain berat badan…satu usaha yang gigih diperlukan untuk menolak segala godaan di bazar ramadhan… dan paling berjaya sekali seminggu cuti raya pon berat aku maintain aje uols… best x dgr???
Best kan?? tapi xtaw la apa jadi kt baby aku dalam perut ni..harap dia sedut semua berat aku jadi berat dia..so biar la ak tggl sisa2 berat je so cpt sket aku kurus lpas bersalin nanti..haha… so my precious baby, plz grow well inside mama ye… membesar bagai juara tu pastinya sebab bila dah start main bola sepak tu mama dah rasa nk terkuar isi perut semua kn free kick ngn baby tau… but i love the feeling coz i know my love dah besar kan….=))

Perkara best lagi…sekarang dah masuk bulan Ogos…so next month aku dah nk start cuti…haha.. from 12 Sept smpai hujung tahun..Alhamdulillah..great timing kan..=P
So i have about 6 more weeks to be here in school finishing my kerja2 yang basal ditinggalkan termasuklah kertas soalan utk Peperiksaan Akhir Tahun Tingkatan 4. Alhamdulillah juga ada teman2 yang sangat memahami keadaan ak dan sudi membantu aku tanda exam paper nanti..kalo dak jenuh la jugak ak xtaw nk bt cmana..nk rajinkn diri dtg ambik kertas kt sni mmg idok le kan…alang2 cuti baik aku gunakan sepenuhnya utk bersama bby tercinta n husbnd tercinta dok umah je kan..=))
First time kot..teruja lebih sket… org nk ckp aku keciwi pon ckp je la…i dont mind n i dont care…hidup aku n janji aku bahagia.. hehe

Sesungguhnya aku mmg xsabar nk tunggu bby nk keluar..walaupun aku tau sakit yang teramat sgt dan aku pasti kelam kabut uruskn diri sendiri disebabkan keadaan aku yang jauh dari suami..mak ayah aku pula dpt rezeki lebih tahun ni bleh g bt haji…so harap semoga semuanya dipermudahkan dan doa mak ayah aku kt tanah suci Mekah nanti diperkenankan… biarlah Allah bg peluang suami aku ada masa aku bersalin..sekurang2nya ada teman sakit xleh nk share pon tenang la sket hati ni… kalo sorang2 aku yang nmpk kuat dan taf ni pon bleh sayu n lembik…huhu… plz sesapa yg baca post ni doakan ye..=)

Wauweee….panjang gila post kali ni..bosan dak?
kalo bosan kita stop sampai sini je la… usha sket gmbr2 raya nooo…
pasal bnda tak best yang berlaku tu malas la nk crita dulu..biar la dulu..kalo aku rajin aku cerita next time naa..kalo dak biar la hanya ak yang tau n simpan dlm kamus hidup aku..hehe..
beraya di rumah in law. sedondon tahun ni.

ala-ala famous amos. SEDAP ok!!!

jelas nmpk tak sama-sama tembam? =)

Thursday, June 19, 2014

Kerinduan

Assalamualaikum...
Topik hari ni pasal kerinduan..haha..
Biasa la bila dah mula kerja balik ni hati mula nk merindu.. sapa suh letak laki aku jauh2..skali ngn ak keja xtenang tau dok igt laki di kejauhan..
So kali ni nk cerita la serba sedikit pasal kerinduan ak ni... hahak.. nk baca dak? Kalo nak sila teruskan.. kalo xmau ttp je browser anda ye.. xpaksa pon..

Sepanjang 3 mnggu bercuti bersama husband tercinta byk bnda kami lalui bersama... so bila dia xdak ni terasa sgt kehilangan...cemana la kan perasaan org yg kehilangan suami lepas berpuluh tahun kawen..msti setiap ceruk alam dok trbyg ja dia... ak yg br kejap ni pon dok teringat...nmpk pinggan mangkuk kat dapur pon igt laki... tringat dok masak2 ngn laki..makan sama2...syok la sket makan ada teman..bnding skrg ni..mkn roti ditemani tv dan anak2 bulus je la...

Tgk rumput keliling rumah tringat laki ak prnah tlg gunting rumput..walaupun setompok je tempat dia gntg tu tp bersyukur la gak dia sanggup tlg.. igt mudah ka nk gnting rumput..bukan mesin oiii...gna gunting ja...gnting plak bkn besar mana..lenguh gak la klo nk bt keliling umah.. huhu..

Tu baru tgk rumput.. masuk mai ruang tamu..tringat plak dok melepak ngn dia tgk tv pas mkn... pastu ak dok bsing kt dia pgi2 bgn mengadap ipad dia depan tv tu.. smbil order nk minum kopi suam..xmau yg panas..kdg2 ak lupa p tuang ayaq panas semua..dia bt muka gak..tp dia xmarah pon..tegur je..hehe.. sorry la syg..wife u ni pelupa sket..hehe...

Tempat paling mengingatkan ak kat dia of kos la bilik kami.. xmau la crita apa yg bt ak tringat... tp tiap kali masuk bilik mmg dok trbyg je dia kt dlm tu.. huhu

Skrg ni ak sendirian ja kt umah..ditemani ank2 bulus ak..kesian depa..bila ak sedih kerinduan mcm ni..ak xdak mood nk men ngn depa..depa pon mcm paham ja.. depa lena ja sepanjang hari xkacau sgt aku...

Tambah bila ak demam ari isnin selasa aritu.. sakit2 badan xdak sapa nk tlg sapu ubat.. kat kaki bleh la ak bt sndri..kt bdn xtercapai tgn ak..nak nanges pon xmampu nk bt apa.. ak peluk ja chubby cerita kt dia..mcm dia paham ja...tp at least dia mau gak tgk muka ak dengar ja ak dok membebel...hehe...

Bila nk tidur...xdak dh laki ak nk tlg letak kaki bg tinggi sket..walaupun nmpk mcm...alah..angkat je la kaki tu letak sndri atas bntal..tp bila dia yg bt..trasa trharu menusuk ke kalbu tu...xdpt nk habaq...

Bila dah abes cuti ni...xleh dh la nk merempit ngn laki ak...p beli teh ais kedai depan umah mak mertua ak..ptg2 merempit pusing kampung... malam pon penah gak kami merempit..sbb panas sgt dok dlm umah..so kami kuar la ambik angin..hihi...

Kesimpulannya..byk sgt bnda yg bt ak rindu kt dia..rindu nk merajuk sbb tau dia nk gak melayan ak bila ak merajuk..hehe.. rindu nk mkn sama2...rindu nk suh dia tumbuk sambal belacan.. rindu semuanya... rindu sgt...padahal bru hari rabu kot... last jmpa ahad ritu...over dak...haha..

Baby pon rindu abah dia tau... dok gerak2 ja mcm paham mama dok crta pasal abah dia..hehe.. :)

Love u sayang..
P/s: sorry post terover emosional. Tiada yang lain dalam ingatan kecuali si dia bt masa sekarang..

Saturday, June 7, 2014

Kecewa

Assalamualaikum
Pernah tak korang rasa kecewa dgn kehidupan yang korang hadapi? Acewahh..ayt bm abes la kn..
Paham ke dak tu maksud pertanyaan aku?
Xde la..ak tya..pnh x korang rsa kecewa dgn apa yg trjadi dlm life korang? Wewiitt...korang la uols.. key ell habes aiiii...
Meh ak bg Contoh kekecewaan paling sng nak faham...
Korang ni gemok..pastu niat la beria2 nk kurus..so korang pon smngt2 g jogging mkn pon ciput ja.. jenuh ni tahan perut xmau mkn mekdi kepsi lg dah.. selepas seminggu korg pon dgn yakin nya nek la penimbang..tup tup..nek lagi 2kg.. apa korg rsa? Nk bunuh diri ka nk baling penimbang tu...huhu

Macam tu la ak rasa sekarang.. ak rasa mcm aku dh cuba jadi yang terbaik... ak cuba penuhi apa yang diperlukan..cuma ak ada buat satu kesilapan yang xpatut pon ak buat..tp assyaitonnirajim dok menghasut ak smpai ak lupa diri terbuat la jugak... sehingga ak terjerumus ke lembah paling hina di mata semua orang...smpai ak terasa nk melarikan diri sembunyi dlm lubang cacing.. *macam muat je kan*

Nak dijadikan cerita.. ak plak down la smpai skrg.. smpai ak terasa diri ini sungguh xberguna..tak diperlukan lagi disisinya.. dan kedudukan ak dalam carta kehidupan marhen ni menjunam jatuh ke bawah... dari konon2 perasan dok no 1...skrg dah xdak dlm carta dah..

ke mmg sebelum ni ak xpnh masuk crta pon..ak ja yang perasan lebih.. syok sndiri la katakan..ak mmg suka SS ni..sbb tu dok perasan comel lg walau badan dan macam panda..

Selain dr kesilapan yang ak nyatakan secara tersembunyi di atas...ak tak tau lagi mana silap ak..smpai ak trbuang begini.. mungkin benar ak ni tak punya apa2 kelebihan utk trcalon nek carta.. kekurangan seribu satu.. pon ada hati nk pnjat tangga carta kehidupan manusia.. sampai trkadang ak trfikir...adakah ak ni dilahirkan utk menguji kesabaran seseorang..bukan seperti yang ak nak..menjadi penyeri hidup seseorang... teringin skali ak menjadi seorang yang amat diperlukan ketika senang dan susah..bukan di cari hanya ketika diperlukan saja...
Sedih oooo... bila senang ak dilupakan..bila susah ak la kedek2 tlg.. ak kn baik hati..org xbg tlg pon ak nk tlg gak...syg punya pasai..last2 apa ak dpt..sakit hati ja.. org dh senang..mna nk nmpk kita dah.. bleh dak ak harap dia ssh ja slalu..bru asyek ada ja ngn ak kn..haha..jahat gila..mcm selfish ja kn.. tp ye la..ak manusia yg bergelar wanita..perempuan yang berhati lembut..tmbh2 dlm keadaan sekarang..sepatah perkataan bisa membuatkan ak menangis berhari2... bukan ak mintak jadi begini..ak ign menjadi wanita yang kuat..tp ak xmampu.. ak tetap lembut dlm hati... tu yg kecewa sgt... bukan xnmpk kebaikan org bt kt ak.. tp bila skali trabai..mcm dicampak jauh beribu batu yang ak jenuh nk merangkak mai balik tu..betapa payahnya ak nk lupakan keignoran org terhadap ak.

Huhh..
Puas bleh luah kt sni.. hope kengkorang doakan kebahagiaan ak n ank ak skrg ye.. ank dlm perut lagi...hehe

Friday, May 23, 2014

hapdet lagi.

Assalamualaikum…
amboi mak buyung ni rajen pulak hapdet blog kali ni ye.. nk bt cmana…dah keja minggu ni mengadap laptop aje..alang2 dah buka tu..update la skali…internet free la kan…sambil menyelam minum air la kannnn…rugi kalo xbuat..bukan slalu bleh buat..

Okay..stop explaining things yg mengarut.

Kembali kepada tajuk utama…*jeling sket tajuk* opss…mcm xde tajuk penting la pulak…Haha…
tapi agak2 bleh tau dak apa kebenda nk update kali ni?
ngeee~~~~
semestinya perkembangan pregnancy aku beserta pengembangan aku..haha..siapa lagi berkembang kena tunggu bulan 10 nnt la tgk ye..hehe..

Buat masa sekarang ni dalam kotak pikiran aku nak balik kg je…nak jumpa laki sebenarnya..ahaks..
petang ni laki ak sampai..hoyeahhh~!!

Malam ni ak nk masak spageti tuk jualan hari kantin esok…so dia kena tolong la sket2…bru cpt siap..baru bleh nk bermanja lama sket..hehe

Esok hari Kantin pon ak nk heret dia mai sekolah..hehe..harap dia xbosan la ikut aku..kalo bosan pon kn tggu gak..xkn nk suh dia balik umah dok ngn adik aku kot…sbb adik aku pon nk mai gak..bukan nk mai tlg..mai pow aku nk mkn secret recipe…=))
Apa2 pon aku happy je sbb ada org kt umah instead of kucing je selama ni..hehe..
Rumah dh siap mop kemas semua kecuali dapur tu ada sket2 lagi nk simpan..hehe..sbb ak rajin sgt memasak..so sentiasa ada brg la kt dapur tu…even masak kentang goreng je pon kan..ahaks…

Dah almost 3 pm..ak ngah tggu bebudak ak memotong sosej n bawang tuk masak mlm nnt.. pastu nk balik mandi n get ready..yehuu…happy xterkata.. ada agenda sebenarnya tu yg xsabar sgt tunggu…agenda apa..mana bleh reveal kt sni…rahsia rumah tangga…haha..ops~ jgn pikir bukan2 ye…

haaa…satu lagi nak habaq…
Aku nk p scan bby Isnin ni..nk tgk jantina baby..harap npk lerr..so that aku bleh la shopping cuti sek nnt..hahaha…seronoknya baby dah makin besar…bila scan bleh la nmpk apa mslh aku lagi kan..tapi harap xde la mslh dah…semoga uri aku nek atas dah la…

Doakan lah semoga anak aku dan aku skali sihat.. Semoga aku lebih sabar dalam menghadapi dugaan hidup…especially dengan macam2 jadi kt sekolah skrg…i really need ur pray…=)
5 months a few days. Bulat x? =)

Thursday, May 8, 2014

19 WEEKS

Salam…
My pregnancy dah nak masuk 5 bulan..hehe..Seronoknya.. having my first baby is the precious time of life… dengan takda alahan yang teruk, cuma sakit kepala n xlalu makan skali skala tu…bukan la xlalu nak makan..cuma makan tapi xkena ngn tekak…aku telan jugak sampai abes, nnt cari mknn len yg kena ngn tekak…ak kn xsuka membazir makanan..hehe…

Start from last week ak dok usap je perut yang dah membuncit ni..pusat dah nk timbul sket2..seronok dok usap2 perut yang dah membesar sket ni.. selama ni perut buncit je ada..haha.. sekarang bila baring nmpk la perut bahagian bawah lagi besar dari bhgian atas..so konfem la baby membesar dengan jayanya…=)

Alhamdulillah semua masih selamat walaupun aritu ada sikit bleeding…kelam kabut cikgu kt sekolah ak bila aku kol ak ada bleeding.. terpaksa la kak ola dtg ambek ak bw g hospital..nk g check kt klinik majid dr plak xde…terpaksa la ak jumpa pakar O&G kt KPJ…kena RM82..xpe la..demi keselamatan baby…

So, next in list, nak pegi Raub before cuti ni makan ikan patin Temerloh dulu..pastu baru balik bt scan..pastu baru balik rumah..2 hb ada knduri bestie ak kt Penang.. 6hb jadi dulang girl..haha..boyot pon org nak jugak..=) 8hb kenduri umah mak lang suami aku..skarang i dok countdown nk cuti…students ngah exam azhariah skrg, so ak pon baru nk bt soalan tuk exam KBSM..minggu depan mengajar macam biasa…sempat la soalan ak siap..=)

Kerja banyak sebenarnya..petang ni nk meeting plak… Sabtu ni keja lagi.. letih gak la…

But Im happy with my life now..
Doakan saya sentiasa sihat.

Monday, April 21, 2014

4 months sudahhhh...

Salam…
Blog berabuk itu sudah pasti….
nak cerita sket la pengalaman pregnant ni..nanti anak kedua bleh jadi rujukan je kat sini..hehe..
Hari tu waktu 12 weeks start buat buku…check HB ok je selamat 12.. semua pon ok ja.. alhamdulillah..
Seminggu pastu kena bt test air gula…walaupun semua orang cakap air gula xsedap..tp nasib ak baik je sbb ak rasa macam sedap jee…hehe…and the results was good tooo… cuma kena berjaga2 la takut nnt jdi truk plak kan..

Then pegi scan on week 14…dah nmpk bentuk bby..alhamdulillah baby dlm keadaan sihat..=)
So ak pon sukanya la hai trus xjaga makan..ubat skip2.. pastu melantak xigt apa…

Skali jumaat bru ni 18 April g  check, berat naik 3 kg. Hb rendah…jadi 10.3 ja… mula2 cek kt jari dpt 10.8…pastu kena ambik darah kt lengan, darah xnk kuar..g hntr kt kuala perlis, makmal xmau trima sbb xcukup darah.. ambik lagi skali.. bru cukup 3ml..trus hntr makmal dpt la result 10.3 tu… so kn double triple pengambilan iron tablet tu… pagi 2 biji mlm 2 biji.. tpi pagi ak mkn obimin so mlm je ak ambek iron tu..=)
Hasil dari berat badan bertambah, ak kena g bt test tekanan darah every 2 days kt changkat ni haaa….jenuh la jugak…semoga xde pape..sbb kalo ada xkena lagi takut kena sawan nurse cakap…
pastu kalo hb drop lagi kn g klinik 2 3 jam skali masuk ubat tmbh darah,…..huhu..xsanggup ai….kalo dok perlis xpe la gak..bleh ak cuti…ni dok taiping n nk kn berubat kt taiping..xsuka nyaaaa…serabut ramai org n tempat dia xselesa…

ok demand sila p swasta.. haha.. perlis always the best la…=) kerajaan pon cantik molek je kan…
pastu kawan ak kata kalo nk tau jantina bby g scan kt colombia asia tu 4d scan umo bby 5 mnths dh bleh nmpk…syok nyaa… b4 balik cuti sek bln 6 nnt nk g la ajak en suami tercinta g cek sana..hehe..=)

So tu la setakat ni progress…stop minum susu utk elakkan berat naik melampau…jgn skip ubat spya sihat sejahtera…=))))

p/s: doakan saya dpt bby girl…amin

Tuesday, February 25, 2014

2months

Assalamualaikum..
sekarang ni ak nak lambakkan cerita pasal pregnancy aku ja.. kalo jemu nk baca tu maaf ler…saja nk bt post pasal ni supaya bleh dikenang balik nanti..

Alhamdulillah sekarang dah masuk bulan kedua.. alahan pon xde la teruk sangat cuma pening bila menanda buku then muntah..tu je la..tido petang tu kewajipan utama aku la tu..kadang2 tu smpai dah nk dekat maghrib baru bangun..trok btoi..kena ubah la mama oiii… kang anak jadi pemalas baru tau…

Haritu ak menggila sat sbb laki xleh balik.. nasib la kawan ak ajak g kl, so ak dapat la jumpa laki aku kat sana… kalo dak bleh meroyan ak..hujung minggu baru ni laki ak balik, happy la skrg… then minggu ni ak nak balik kampung la pulak…  lama xjenguk kampung..hehe..

Erm,,, apa perkembangan sepanjang dua bulan ni ek.
Setakat ni yang paling ketara is my body la..berat nek mendadak smpai semua org tegur..huhu..tapi minggu ni ak asyek makan muntah je, so xde la naik lagi dah..maintan je la..
Then suss pon ak dah tukar ke yang mahal dan berkualiti sket..dulu minum dumil mama perisa oren yg harganya rm19.90 je.. skrg ni try enfamama plak.. harga rm26.00.. perisa choc sbb ada dua perisa ja..choc n vanila… dari aku terpaksa telan yg perasa vanila, baik aku minum yg choc ni..rasa macam dutch lady choc tu..tapi ada beberapa kali aku minum then muntah…xtahu la kenapa..baby ni xnak terima kot susu ni…tapi sebab susu ni baik sgt tuk perkembangan baby sbb ada dha, so mama nk paksa gak bby minum…hehe…

Ok. tu ja la setakat ni update ye.. nak balik umah dah.. mlm ni ada kelas plak.. so nk kn prepare la… perut dah besar sket..xsabar mama and ayah nk tgk baby bulan depan..cepat la masa berlalu..n baby be strong dlm perut mama ye.. membesar dengan sihat… mama n ayah love u always. =)

Thursday, February 13, 2014

Perbaiki kehidupan

Assalamualaikum.

Hari ni nk post simple2 je. Sebab nak masuk kelas.. Tetiba teringat pasal benda ni..
Ntah la kenapa.. tapi aku selalu risau aku menyusahkan orang. Bukan sebab apa, mungkin sebab kadang-kadang ak terasa disusahkan orang lain jugak..So, sekarang macam nak cuba hidup sendiri, takut menyusahkan orang dan menyakiti hati orang lain. Kadang-kadang nampak orang tu baik dengan kita tapi bukan semestinya hati dia sentiasa senang dengan kita.

Maaf, ak terlalu sensitif sekarang. Mudah terasa, so I gonna keep calm and stay alone. Biar ak sendiri merasa apa yang aku rasa sekarang, tidak lagi mahu mengadu pada sesiapa.. selagi aku mampu bertahan, akan aku teruskan. Im a big girl kan.

So, off for now. Be strong n masuk kelas. moga xdak lagi penning tgk students ramai2.

Tuesday, February 11, 2014

counting days.

Assalamualaikum.

Saya ada bawa berita gembira… untuk saya dan keluarga je… hehe.. almaklumla kan..pasangan baru kawin… haaa..tau x ape berita gembira tu?

Agak2 bleh tau kot kan…
Haaa..!! betul la tu..

Im gonna be a mother soon.
Alhamdulillah..
Tapi masih baru lagi untuk teruja sang at…baru 7 weeks..baby masih fragile.. ak plak malas nk g bt check up lagi tuk nk tau keadaan baby macam mana.. for now i just enjoy a lot of rest n sleep.. Im sorry for those who annoyed with me this time. I can't help it. Mula ja jam menunjukkan kan pukul 11 ke atlas, kepala terasa pusing ja.. kalau berserk banyak rasa nam muntah…So I just keep calm and relax. Kelas pon dah madam tunggang langgang…kerja sekolah pon terbengkalai… I can't focus on something that stress me out… marking buku budak pon ak nak muntah..over kan…

So untuk menghilangkan rasa pelik2 ni ak akan pegi ke kantin untuk makan bagi menghilangkan rasa mual. Alhamdulillah makan berselera ja..jenuh la ak nk control berat badan ak ni…dah la dekat nk overweight dh.. ke dah overweight ek..hahaha…

Tpi kalo tahan makan mcm mana baby nk membesar kn…skrg ni kena makan byk mknn berprotein sbb sel2 sedang membahagi dengan rancaknya.. semoga terbentuk dengan sempurna…

Ak ada juga tanya kawan2 ak yang dah beranak kan..pengalaman diorng time pregnant tu.. ak mengadu la kt depa sbb ak ni keja nk lena or dok saja ja… mengantuk n malas memanjang.. tapi depa ckp awal2 mmg cmtu..mcm badan baru dok betulkn perubahan keadaan ni kot… harap2 lepas2 ni xde la malas sgt…kang ank ak jadi malas plak..xnk laa i…lagi i xnk kalo malas pastu mkn byk..gemok la aku..jenuh nk kuruskan badan pas beranak nanti…

Buat masa sekarang xde pape aku rasa lagi la kn..my precious tu baru ja besar kacang..nnt dah masuk 3 bulan baru ak nk p scan n nak p bt first check up kat klinik kerajaan je… walaupun mampu untuk menyimpan nk beranak kat hospital swasta..tapi ak tetap nk pilih hospital kerajaan nnt sbb ak rasa duit yg ada tu bleh simpan untuk kegunaan masa akan datang.. bak kata mak ak..sakit sama ja brnak kt mana pon..huhu.. so doa byk2 semoga dipermudahkan…

eheh… baby pon kecik lagi dah plan nk beranak mana.. nama pon dah ada tau..baby ni adalah yang ditunggu2…teruja terlampau nk ada baby sndri bila tgk cikgu2 sekolah ni asyek beranak je..hihi…

Doakanlah semoga baby berjaya member dengan sihat dan sempurna. Amin..

p/s: suamiku..pulangla tgk isterimu ni.. rasa lost bila suami xde di sisi dalam keadaan xbrapa betul skrg ni..

Friday, January 31, 2014

Tips kehidupan

Acewaaahhh.. topik mcam hebat je kan.. lpas ni dr fadhilah kamsah xleh cari makan laa.. xde la.. nk berkongsi tips sket2 untuk kebahagiaan rumah tangga.. almaklumla iols kn dah kawen uolss.. lpaa kawen ni ramai plak cikgu cikgi yg bersahabat baik di sekolah tu share tips...
Ok move to main topic plz...
Tips pertama: bukan pasal malam pertama tau.. haha.. ni psal tahun pertama.. ahkak sorg tu ckp it is normal bila tahun pertama perkahwinan kita sebagai perempuan air mata menjadi teman paling baik... aik? Dah kawen pon nanges ke? Yes adik2 tersayang  ko hengat kawen tu seronok je semua? Mana ada kehidupan xde dugaan syg ku... kenapa begitu? Meh sni ahkak nak bercerita kat adik2.
Contoh ok!
Bila kawen semestinya si isteri akan ikut si suami.. ikut p mana? Ikut p dok umah mertua laaa... abes tu apa mslhnya.. masalahnya keluarga mertua tu xsama cara hidup dgn kita... so mungkin akan ada perkara yang xsebulu.. bak kata org la kan.. kalo dpt mertua yg cam best ja untung la kan.. macam ahkak ni haa... tapi sapa xsedih meninggalkan family.. sbb bila apa2 jauh nk cr tempat mengadu.. nasib la ahkak ada grup wechat fmly..so yg jauh didekatkan.. hehe.. ok adik2... yg perempuan nmpk x apa yg perlu kita korbankan lepas kawen? Xnampak lagi? Haih laaa... sebagai seorng isteri.. perkara utama kita adalah suami.. kita terpaksa korbankan masa dengan family tercinta sbb nk bahagiakan suami.. dok umah mak dia.. sian x? Maka kalo adik2 lelaki sekalian yg nk kawen.. nnt jgn plak bila dh kawen dok umah mak sndri. Pastu lpas bini tdo mlm ja keluar p dok berlibur ngn kawan2..tgl la bini tu sorg2 kt umah mertuanya... kalo p lepas bini tido...blik b4 bini bgn.. ok lagi la.. ni bini br dok syok lyn tv..mai plak habaq nk keluar ngn kwn xtaw lagi balik pukul brapa... tak ke sedih bini tu dgr... br plan nk bermnja2 dh jdi lagu tu... pastu kalo bini bebai kata bini xsporting... hello cik abang di luar sana.. bini hg tu dh korbankan masa ngn FAMILY dia kot... xkan hg xleh korban masa ngn KAWAN kot.. nk keluar pon agak2 la kan.. xyah la keluar mlm buta..
Tudiaa haa..contoh penuh lengkap ngn nasihat lagi...

Ok.
Come to second tips.
Ni paling masalah... sebab lain orang lain cara dia dibesarkan.. so lain cara pemikiran dia... ada yg xkesah apa berlaku..bg dia bnda kecik ja tu... semua pon bnda kecik.. agak2 kalo bini keguguran pon hal kecik kot.. ye la..bleh try next time... tapi igt ye.. bkn semua mcm tu..ada orang yang super sensitif.. tmbh2 bila berkaitan family.. slalunya pompuan la kan.. so lelaki2 yang budiman sekalian.. sila blajar jiwai wanita.. kalo pompuan tu bleh consider habit korang yang suka enjoy ngn kwn2 n xromantik tu.. apa salahnya korang cuba memahami jiwa pompuan yg lmbut ni kan.. bnda kecik bg lelaki kadang2 merupakan benda paling besar dia trpaksa tanggung... so beware of ur words.. it hurts more than a knife cut.

Tips ketiga.
Bahagilah masa untuk kedua family dengan baik...kalo yg pjj tu cari la masa untk berdua jugak..jgn dok peram bini kt umah family ja.. xkisah la fmly mana.. contoh la kn.. kalo cuti 6hari.. bg la 2hari kt umah mak sini.. 2 hari umah mak sana.. lagi 2hari masa berdua.. baru semua pihak akan happy..hidup pon bahagia.. tpi kalo mertua satu kat perlis satu kat sabah..jgn la bt cmtu..jenuh la nk korek duit.. kalo jauh.. kerap2 balik cuti pendek kt umah mertua yg pling dekat . Then bila cuti pnjang blik yg jauh.. bila2 weekend ke pgi la bercuti berdua.. bercuti berdua tu perlu tuk kembalikan kehangatan honeymoon dlu...

Ok la..cukup la 3 tips bt msa ni.. penat dh nulis ni pon.. smlm umah mertua ada knduri..letih melayan tetamu.. hehe..

Semoga tips ni berkesan tuk kebahagiaan suami isteri hingga ke syurga.. amin.

Monday, January 13, 2014

happy weekend.

Assalamualaikum…
Bismillah…

Weekend over.. Hari Isnin yang tak berapa nk menarik sebab jadual banyak dan masa akhir yang penuh sampai balik…xbest tau ajar masa akhir sebab semua pon dok ingat balik dah..bukan nk kata students.. cikgu pon sama..haha.. trok btoi la!!!

Btw, topik hari ni adalah berkaitan dengan weekend yang super fun. Bukan p melancong mana pon..cuma kegembiraan super duper sebab en suami pulang ke Taiping. Lagi teruja sebab en suami ckp, dia balik sebab nak merasa duduk rumah bersama isteri tercinta.. Hehhe..so xperlu la bersusah payah nk pikir minggu ni nk p mana.. dok umah je la.. pastu g Tesco beli barang dapur n masak bagi suamiku buncit.. sbb payah benor la hai nk gemok..ak ja yang gemok…*sigh*

So, sesampainya dia kat umah ptg tu…agak cepat la.. xsempat abes kemas rumah lagi dia dah sampai.. so terpaksa la dia mengadap muka isteri xmandi n bersiap lagi ni ha…

Malam tu makan di rumah, ak masak ikan keli goreng as requested by him n smbal belacan yg hanya guna cili hijau…suka sgt! pastu op kos la ada sayur sket utk dptkan diet seimbang. hehe…

Then next day tu lunch ak masak ayam goreng berempah..neves tau.. sebab laki i ni jenis nk makan yang sedap ja..pastu kalo xsedap ada ja nk komplen. Neves kak melah tau… Lagi neves sbb awal2 lagi dah ckp dia expect high mcm aym berempah kat Nasi Kandar Yasmeen yang terkenal kt Perlis tu.. haih la….
Makanya terjadi lah peristiwa yang tak memberangsangkan...
Sebelum goreng tu berpusu-pusu ayat aku baca nk "santau" suami sndiri…haha… mulakan dengan bismillah bila basuh ayam tu…time nk letak segala macam rempah ratus tu, bca la ayat2 apa yg teringat… Mak ak pesan suh baca alfatihah n ayt kursi…so baca je la.. kalo xmembantu dlm masakan pon menbantu dalam nk mengumpul pahala ye idok.. kira okay la kan.. so sebelum masuk dlm kuali nk goreng, berselawat lah ke atas junjungan kita, Nabi Muhammad S.A.W… pastu goreng sila ambek shield kot2 kena tembak ngn minyak nnt..haha...


And PoooFF!!! 
ni dia ayam goreng berempah! 



And…and..and… 
I got a compliment from him. Rasa nak lompat atas langit akibat keterujaan tersebut.. Ingat senang ke nk dpt markah kepujian mcm tu… 

Lagi nk lompat sampai ke langit ke tujuh bila dia kol mak mertua ku bgtau yg ak masak aym berempah sedap..Hahah…

tapi… mak ckp nnt ak balik kn masak kt umah plak… aduyai..ni yg xsyiok ni..bukan xmau masak..tapi aku ni jenis masak xsuka org tlg kat dapur..biar ak bt sndri ja..kalo dak nnt neves trus semua xmenjadi..huhu…

So doakan lah nnt kalo kena masak kt umah mak mertua, ak dpt bt yg terbaik sbb aym goreng berempah ak mmg resepi xdak sukatan..so men agak2 ja nk letak banyak mana..haha…

Then dah kenyang, kami pon sama2 jadi ular sawa smpai kucing aku hilang sbb syok sgt dpt keluar…main smpai xigt jln balik… huhu..sekarang ak bersedih laaa… sesapa yang sudi baca blog ni tlg doakan kucing kesayangan sya pulang ke pangkal jalan dalam keadaan selamat..huhu…

Walaupun kucing hilang, aktiviti menggemokkan suami belom berakhir…malam tu ak diuji dengan ujian baru plak..Kari bawal…Haih… ni mmg lemah sbb guna santan kotak, so rasa kureng sket..i just got a C for this dish. Bak kata suami ak, "bolehlaa..rasa dia lain sket dari mak bt."
Apo nak dikato…terima je la markah cenggitu pong…

So, smlm kami mkn luar ja.. rilek2 chill2 sebab arini dah keja..
Esok cuti lagi..kita sambung aktiviti len plak..

=)

All in all, Im happy. cuma sedih menanti kesayangan ku pulang ke rumah je la..huhu

manja gila budak nakal nii…rinduuu

Thursday, January 9, 2014

next phase of LIFE.

2014
Bismillah...
Start my new year with new status. A WIFE to my lovely encik Buncit. =)
done with akad nikah on 6 December, reception on my side on 7 December and his side on 9 December. What a relief. Everything went well.. very well.. million thanks to those really work hard to make my day a very special and most memorable day of the year 2013. A nice ending to the year of 2013. A year that bring a lot of memorable thing, start with merisik, bertunang and a very happy ending, nikah and reception. Woowww!!!
Alhamdulillah.

Done with kenduri, we're off to Bali. Honeymoon time and a good time for us to know each other. Have a very good time enjoying ourselves there and the best part this is the first time for my hubby to travel overseas and he chose me to be his travel guide. He trust me, alhamdulillah. =) A good start rite?
*big smile*

but now…..
its time to work hard…. and terpisah!!! Very bad for us but I just put my trust in Allah to protect our relationship. Hope there is nothing bad happen between us. And much much hope that we will stay together soon… Rindu-rinduan dulu la awal2 kawin ni org ckp… And I was given such a big huge patience to face this critical condition. Allah knows best.

There is always a silver lining behind every dark clouds. Just pray and put ur trust in Allah.

And yeayyyyyy!!!
He is coming this weekend. Can't wait for tomorrow. Friday..Friday..Friday…=))
Bertungkus lumus kemas rumah sekarang!!!
It's a good exercise too, Syaza.. I must do it, very well.
It's time to make ur husband proud of urself.
And love u more. =)

so, off ur lagha things, start doing ur job now so that u can kemas ur house balik nanti. No more Facebook today. Buat RPT Fizik bg siap!!

before that, here goes some pictures of the wedding. =)
mas kawin

family

goodies

flowergirl

pelamin sdn bhd

Photo Booth + candy bar

d.i.y board

baby pinjam

bilik pengantin =)

bajet princess

sanding on his side

makan time

sweet nice cake

suka ria

backbone of the wedding <3 td="">

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...