Thursday, January 17, 2013

think before u act.



Assalamualaikum.
Blog session hari ni, sesi meluahkan perasaan. Bukan nak mengutuk mengata, cuma nk memberi sekeping pandangan untuk difikirkan. Kalau masih anda rasa anda betul, teruskan lah. Kalau boleh terima teguran dari insan lemah lagi hina ni, harap berubah ke arah lebih baik. Bersama-sama.

Dah lama tak update blog tetiba mai ngan entry penuh emosi. Oh tahun 2013 yang penuh beremosi.

Back to the main topic.
Aku bukan siapa2 nak menegur kalian semua yang lebih hebat, yang lebih baik dari aku...ini hanya pendapat aku ya. jangan pula melenting bila aku berbicara. Tak suka, diam. Suka, terima. =) simple kan.

Ok. Sebenarnya, aku pelik dengan insan-insan bergelar hawa ni. Ye la kebanyakan kawan aku kaum hawa, so aku perasan apa yg kaum sejenis dgn aku buat la. Bagi mereka yang dah berpunya, tak kisah la sama ada dah kawin atau dah berboifren kan, aku pelik bila nk hapdet status kat fb bukan main lagi rindu boifen la, boifren tak msg la, boifren kuar makan la..itu yang berboifren, yang dah berlaki pon sama.

"Sayang rindu ayang. Suamiku yang jauh di sana"

uweeekkk!!!
muntah hijau ok. Tak perlu kot. Pada pendapat aku la kaannnn...Kot ko nk mencanang cerita kau dah berlaki,aku tak tau la kan.


Bukan aku yang single ni nk jeles atau dengki. Kalau anda rasa begitu. Anda silap. Aku cuma nk menegur, bagi yang dah berkahwin, bukankah hal rumah tangga lebih baik disimpan sja dalam rumah anda yang bertangga tu. Tak perlu nak cerita segalanya syg....nanti bila gaduh, ko nk cerita juga? Ko buka aib sendiri tau. Fb bukan tempat ko meluahkan rasa rindu kat suami kau yang jauh di mata dekat di hati tu. Fb juga sekarang dah jadi macam tempat meluahkan perasaan. Kalau berkaitan dengan org lain aku boleh la trima lagi, mungkin nk luahkan perasaan tak puas ati ke, rindu kawan2 ke, aku boleh la juga trima. Bagi insan2 kesunyian macam aku ni xde org melayan, fb ja yg redha dgr luahan hati aku.haha. So pathetic kannn...=(
Tapi bagi mereka yang dah punya insan setia, p la bercerita kat suami/boifren tercinta korang tu. Kalau rindu cakap trus kat dia, tak perlu post kat FB. Aku meluat nk tgk. jeles pon ada gak. hahaha...tapi lebih kepada menyampah. macam ko sorang berlaki. Semua kebaikan laki ko nk bgtau seluruh dunia. Keburukan xmau crita? Ko kan ramai peminat nk tau kisah rumah tangga ko. So, stop the nonsense. Ko menyebabkan org meluat tau. ok, teremo plak.

Itu la luahan aku sebenarnya. Kalau rindu boifren kau, p la habaq kat dia, aku xmau tau. Kang aku remove fren kata aku cari gaduh. Kalau rindu sgt nk dengar suara laki hang tu, p tepon dia..takkan ngan laki pon kedekut kredit?
Xmau naaa...xyah dok post kat FB lagi dah. Kalau nk post crita pasal ang dah pregnant ka, mau jugak aku dengar...yela, berita gembira mestilah dikongsi ramai2 kan. Ko post g makan tempat best, aku suka la tgk, kot2 aku bleh p jugak nnt. Tak pon ko post la ko g holiday kat mana2 yang best, bleh gak aku menambah pengetahuan. Share bnda yang bukan personal plz my dear fren. Kita xmau buka pekung di dada. So keep ur personal to your own. =)
Peace yaw!!!


tak mau jadi cam natang ni. @.@

Monday, January 14, 2013

kasihan

Assalamualaikum.
Sesi meluahkan perasaan. Siapa yang tak nak stress better jangan baca..haha...ada ka yg baca?
Memulakan tahun baru 2013, bukan tahun yang baik untuk aku. Terlalu banyak isu berkaitan aku, buat aku lemah semangat, buat aku down untuk teruskan perjuangan. Tetapi masih juga aku bangkit, masih juga aku terus berjuang, bukan demi kepentingan aku, tetapi demi cita-cita aku.
Cita-cita aku bila saja aku sign kontrak dengan KPM, bila aku tekad untuk terus bergelar seorang guru. Aku ingin melihat anak didik aku berjaya, berjaya melebihi apa yang aku jadi sekarang. Bukan setakat anak didik aku di sekolah, tapi juga sesiapa yang pernah berguru dengan aku. Bekas pelajar masa aku praktikal, sentiasa aku harapkan yang terbaik untuk mereka. Kini, aku punya ramai anak2 didik di sekolah ni, yang aku amat-amat kasihi, sayangi dan aku akan berusaha untuk kepentingan mereka, untuk kejayaan mereka masa depan.

Macam-macam terjadi buat aku frust, buat aku hilang semangat. Aku terus berdoa semoga anak-anak didik aku kat sini terus mencipta kecemerlangan walau di mana mereka berada, walau apa pun dugaan yang mereka terpaksa tempuhi. Doaku sentiasa bersama kamu semua.

Untuk renungan bersama, jangan lah kerana mengejar keuntungan dunia sehingga menutup periuk nasi orang lain. Nak berjaya biarlah bersama-sama, susah senang bersama harungi. Bila nak terjatuh, ada yang menyambut, bila gembira, tidak terus di awangan mengukir mimpi indah.

p/s: Setiap langkah, ingatlah kita ditakdirkan menjadi guru untuk mendidik anak bangsa menjadi pemimpin masa depan yang berjaya. Lebih baik dari kita sekarang.



Wednesday, January 9, 2013

krisis.

Bila aku semangat nak buat kerja, ada yang menghalang. Buat aku down. Baru aku nak bersemangat waja memperbaiki kesalahan aku dulu2...memperbaiki kesilapan aku yang dulu. Tapi kenapa ada ja yang menghalang. Adoi. Frust menonggeng ni! Sedih, bukan hanya untuk diri sendiri, tapi ia juga melibatkan ramai pihak. Sedih, sayu, putus semangat. Namun aku perlu kuat untuk bangkit dan pertahankan apa yang betul. Demi anak bangsa aku. Ya pasti. Aku doa, aku juga harap aku mampu bersuara hak rakyat. hahaha.

So, untuk melarikan diri sekejap dari masalah aku, aku nk promote sket jualan aku yang tak seberapa ni. shawl labuh menutup bahagian dada untuk muslimah bergaya dengan syariat. Jangan biarkan diri terdedah, jom bergaya sambil menutup aurat. Hidup pasti lebih indah. =)








Sebarang pertanyaan boleh hubungi aku di 0194036553. =) jom soping.

Thursday, January 3, 2013

2013

Bermula tahun baru, banyak azam baru. Tapi baru 2 hari di tahun 2013, satu azam ku rasa tak mampu terlaksana...tapi never give up. akan terus berusaha untuk melaksanakan jugak.

Semoga tahun ini lebih baik walaupun hari kedua tahun ni dah ditimpa malang yang tak berbau.

Ku terus panjatkan doa supaya dilindungi Ilahi dari perkara yang tak elok, semoga terus mencipta kecemerlangan dalam hidup. Semoga lebih berjaya duniawi dan akhirat. Bersihkan hati, sucikan jiwa, jalani hari dengan senyuman. Biar dugaan datang bertimpa seperti tahun sebelum ni, aku akan terus gagah melangkah. Biar terpaksa merangkak untuk menghadapi hari mendatang, aku pasti mampu. POSITIF! Dugaan datang tanda Allah sayang, tanda Allah rindu. InsyaALLAH akan berjaya suatu hari nanti, mencapai niat di hati.

Satu perkara yang pasti, berhati-hati dalam setiap langkah kaki, berhati-hati setiap kata bicara, berhati-hati tiap perbuatan anggota. Semoga terus di jalan Nya yang diredhai.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...