Tuesday, August 7, 2012

self confidence

aku punya masalah yang tak dapat aku nk atasi. iaitu sangat low self confidence. aku tak pasti kenapa aku selalu rasa insecure. terasa macam diri ni terlalu banyak kekurangan sehingga tak ada orang yang mampu menerima kekurangan diri aku ni.
boleh dikatakan setiap malam aku nak tido je aku terfikir pasal benda ni. Muhasabah diri la konon. tapi tak berubah pon. Im trying but it really hard. mungkin mudah org len berubah kepada yang lebih baik. tapi aku ni hati batu,kepala batu.. susah sikit nk melakukan perubahan. mungkin ada sikit tapi aku sndiri pon tak pasti ade ke tak. well. org lain lebih baik membuat penilaian tentang diri kita. tapi takkan nk tya kot kan. konfem org bg komen yang baik je. nk jaga hati la konon. yg buruk tuh simpan buat kutuk kat blakang. *sigh*
kadang2 aku sedih memikirkan diri aku, aku sendiri pon tak leh terima apa yg aku buat. i mean perkara yg tak sepatutnya la. yela kan. bukan semua org sntiasa buat baik. tapi aku masih tak puas ati dengan diri sendiri. banyak buat salah dr yang betulnya. bukan tak cuba, tapi makin cuba makin besar dugaan. last2 aku give up. mudah sgt kan. jelas sgt iman senipis kulit bawang. aisey. teringat karangan bahasa melayu time sekolah dulu ke kak..heheh..
bila memikirkan diri sndri, aku terasa macam takut nk ada close relationship with someone..takut aku menyusahkan orang tu..aku membebankan dia..menyakiti dia.. which at last aku juga yang menanggung sakitnya. So better be alone, macam sekarang. Harapnya aku tak menyakiti sesiapa. Tapi aku masih punya kawan2, yang mungkin tersakiti dengan kata2 n perbuatan aku. Susah!
Aku pohon semoga kesalahan aku sama ada sengaja atau tak sengaja diampunkan. Aku susah nk ucapkan maaf depan2. bukan ego.takut nanges je. nanti org ckp over plak kan. tapi jujur, aku pohon semua sudi maafkan aku segalanya. Aku juga pohon, insan yang aku sayang dapat menerima aku seadanya. kekurangan aku yang banyak dan kelebihan aku yang super sedikit ni. Doakan aku menjadi insan yang lebih baik pada masa akan datang. aku teringin buat semua org di sekeliling aku gembira dengan kehadiran aku, dan merindui aku bila aku tiada nanti. Aku perlu kuat untuk berubah. banyak sangat cabaran.

"Ya ALLAH, bantulah hambaMu yang lemah ini untuk terus berdiri di jalanMu yang lurus. Pimpinlah daku menuju syurgaMU. "

p/s: semoga aku dikurniakan teman yang soleh sebagai imamku di dunia dan akhirat. amin.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...