Wednesday, August 29, 2012

new housemate. =)

assalamualaikum...
after raya post.
heh
Puas sgt beraya. having  a very very good time with family and friends at my very hometown. Perlis. This year first time kena bagi duit raya and dah tak dapat lagi dah duit raya. Its ok, bersedekah rezeki yang ada. Walaupun sikit, tapi cukuplah dengan ikhlas hati untuk menggembirakan orang lain. =) *senyum*

Selepas puas beraya, tiba masa untuk berpisah, pulang ke tempat bertugas masing-masing. Mak cik aku balik paling awal, hari raya ke4..ye ke? xigt sbnrnya. rasanya la kot sebab dia sempat makan sup gearbox mak aku hari rya ke3 tu. Then  paklang aku and  mak su balik hri rya ke 4 n 5..tggl la adek2 aku je kat rumah.

Ok. cerita sebenarnya pasai hari nk antar adik aku. kami p la padang besar sbb adik aku nk cari jersey untuk kawan2 dia. yang dipesan. Pastu balik dari Padang adik aku bru igt nk gunting rambut dia. So p la kedai gunting rambut kat Kangar. Sambil2 tunggu adik aku gunting rambut, aku merayap kat kedai sebelah, kebetulan ada kedai barang elektrik masih buka. pusing dan pusing. macam besar je kedai tu kan. padahal kecik je. Asalnya xdak pape pon nk tgk, tpi tiba-tiba aku teringat pasal niat aku nk beli oven nk blajar baking cake. Aku pun usha-usha tgk xdak pon oven, pastu aku ckp la kat mak aku. Trus dia tunjuk kotak oven kt tepi aku..haha. mata cap ayam, tak nampak pon benda alah tu dok sebelah aku je. Aku pon tya je la amoi jga kedai tu, bpe harga nya..skali dia jwb RM115 je. ok fine! aku terkejut sbb aku expect sgt mahal harga oven. Mula la tergugat aku nye iman nk membeli. Amoi tu busy melayan customer len bt aku melangkah keluar.
Rupanya ada mamat ni ikut aku.. trus mempromote. aku pon melayan je la...tanya punya tanya, skali ada lagi oven yg murah lagi, dia bgi RM110, tapi aku mintak RM100..igtkan dia xbagi. skali dia kata ok! Terpaksa la ambek. takkan xnk kot. dah tawar menawar kan. Aku pon bayar je la. Bwa balik rumah baru check sbb xsempat nk check kat kedai. dah lewat.

Esoknya aku bw balik ke Taiping, and really happy to have my new housemate, Mr Chichibi. Semoga dengan kehadiran Mr Chichibi ku tersayang, bleh la aku belajar bt pelbagai jenis kek. hehe.
And today, aku telah merasmikan Mr Chichibi dengan kek gula hangus. The taste is great but yet the presentation not really great sbb aku perap sekejap je. masih berongga cuma rongga dia kurang cantik menarik.

Mr Chichibi

kek gula hangus b4 msuk oven
Of all, im happy now! i got what i want in life. Semoga masa yang ada ni aku gunakan sebaik mungkin untuk terus belajar. Walaupun bukan untuk dapatkan master mcm org lain, tapi aku nk dptkan degree sbgai suri rumah dulu. hehe. =)


my sweethearts 

Saturday, August 18, 2012

preparation for raya.

hello. lama xjumpa kan. =))
disebabkan cuti start awal kali ni. ramai la yang pulang ke kampung. sepupu aku pun ramai yang balik. tapi diorng sampai tu rumah sgt tak kemas sebab xsempat siapkan mengecat rumah.
halal je la kan. diorng tido umah pak ngah aku kat sebelah. ok la. teruskan keja mengecat rumah.
kelmarin bru abes, semalam mak aku ajak tok n wan aku buka kat umah. mak aku masak simple je. tapi adik aku seronok g shoping kat bazar penuh gak la satu meja.
lepas berbuka aku buat biskut yang paling simple. cornflakes madu.

cornflakes madu

hari ni, pagi2 aku bgn goreng kacang nk bt kuah kacang makan dgn nasi impit time raya esok.
goreng tu xdak hal. tapi letih bila kena tumbuk kacang. sekilo lebih kot. nk blend nnt hancur sgt plak, and ada part yg cm xblend langsung. terpaksa la menggunakan tenaga empat kerat ni.


cara tradisional hancurkan kacang

dah siap!!

habis je menumbuk kacang, aku sambung bt rendang daging. aku ada ckp kat mak aku teringn nk mkn aritu. igtkan mak aku lupa dah. tgk2 dia g pasar td beli dging. ayh aku tya tdi nk bt ke tak rendang? ape lagi, aku on je la. dah aku yg nk makan kan. so, menumis la aku sorng2 sambil tgk khabi kushi khabi gham kat dapur. mak aku masak tuk berbuka japgi. arini mak aku ajak mak su n mak cik aku semua buka kat rumah.
inilah bahan2 yang aku guna tuk bt rendang. bahan2 tumis mcm biasa la, ada halia, lengkuas, serai, bawang dan sedikit kunyit.

bahan tumis untuk rendang


daging setengah kilo
 pastu letak kerisik n santan bila daging dah empuk. jadi ghupenye begini.
proses pengeringan =)
 goreng sampai kuah dia kering,so jadi lah rendang daging. rupanya ada, tapi rasa xpasti lagi la sbb puasa. =)
rendang daging
alhamdulillah, raya kali ni meriah. semua yang diidamkan akan dapat.
insyaALLAH raya ketiga mak aku bt open house ada sup gearbox. hari raya kedua, sapa yg dtg mak aku masak laksa. hari raya pertama beraya kt kg, so mlm je mak aku msk nasi. =)
jemputlah dtg yg jauh dan yang dekat. 

Tuesday, August 7, 2012

self confidence

aku punya masalah yang tak dapat aku nk atasi. iaitu sangat low self confidence. aku tak pasti kenapa aku selalu rasa insecure. terasa macam diri ni terlalu banyak kekurangan sehingga tak ada orang yang mampu menerima kekurangan diri aku ni.
boleh dikatakan setiap malam aku nak tido je aku terfikir pasal benda ni. Muhasabah diri la konon. tapi tak berubah pon. Im trying but it really hard. mungkin mudah org len berubah kepada yang lebih baik. tapi aku ni hati batu,kepala batu.. susah sikit nk melakukan perubahan. mungkin ada sikit tapi aku sndiri pon tak pasti ade ke tak. well. org lain lebih baik membuat penilaian tentang diri kita. tapi takkan nk tya kot kan. konfem org bg komen yang baik je. nk jaga hati la konon. yg buruk tuh simpan buat kutuk kat blakang. *sigh*
kadang2 aku sedih memikirkan diri aku, aku sendiri pon tak leh terima apa yg aku buat. i mean perkara yg tak sepatutnya la. yela kan. bukan semua org sntiasa buat baik. tapi aku masih tak puas ati dengan diri sendiri. banyak buat salah dr yang betulnya. bukan tak cuba, tapi makin cuba makin besar dugaan. last2 aku give up. mudah sgt kan. jelas sgt iman senipis kulit bawang. aisey. teringat karangan bahasa melayu time sekolah dulu ke kak..heheh..
bila memikirkan diri sndri, aku terasa macam takut nk ada close relationship with someone..takut aku menyusahkan orang tu..aku membebankan dia..menyakiti dia.. which at last aku juga yang menanggung sakitnya. So better be alone, macam sekarang. Harapnya aku tak menyakiti sesiapa. Tapi aku masih punya kawan2, yang mungkin tersakiti dengan kata2 n perbuatan aku. Susah!
Aku pohon semoga kesalahan aku sama ada sengaja atau tak sengaja diampunkan. Aku susah nk ucapkan maaf depan2. bukan ego.takut nanges je. nanti org ckp over plak kan. tapi jujur, aku pohon semua sudi maafkan aku segalanya. Aku juga pohon, insan yang aku sayang dapat menerima aku seadanya. kekurangan aku yang banyak dan kelebihan aku yang super sedikit ni. Doakan aku menjadi insan yang lebih baik pada masa akan datang. aku teringin buat semua org di sekeliling aku gembira dengan kehadiran aku, dan merindui aku bila aku tiada nanti. Aku perlu kuat untuk berubah. banyak sangat cabaran.

"Ya ALLAH, bantulah hambaMu yang lemah ini untuk terus berdiri di jalanMu yang lurus. Pimpinlah daku menuju syurgaMU. "

p/s: semoga aku dikurniakan teman yang soleh sebagai imamku di dunia dan akhirat. amin.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...