Monday, August 15, 2011

keindahan PUASA di MALAYSIA


Tujuan post ini ditulis untuk mengingatkan semua insan yang berada di mana-mana saja mengenai keindahan berpuasa di tanah air kita, Malaysia. Sempena perayaan Hari Raya Puasa pada tahun ni berkemungkinan jatuh pada tarikh keramat negara kita mencapai kemerdekaan, 31 Ogos mari kita sama-sama menaikkan semangat patriotik di samping semangat nak beraya kan. Haha.


First thing first. Bila berpuasa:
  1. Sebelum start puasa lagi dah boleh pilih jenis kurma yang ingin dimakan semasa berbuka dan sahur. Ada seribu satu jenis kurma dijual dimana-mana. Mau yang kering, yang basah, yang luar kering dalam basah atau apa-apa saja jenis, boleh didapati di pasaraya terdekat. =)
  2. Untuk sahur, diberi jadual imsak daripada masjid terdekat. Namun jangan risau siapa yang tak dapat, sebab mudah nak tahu waktu imsak dan berbuka hanya dari TV plasma anda. =) semua channel akan menayangkan slot waktu imsak dan berbuka dengan tajaan daripada pelbagai jenis jenama makanan.
  3. Bila kerja banyak di ofis atau sekolah (untuk guru seperti aku), paling tak sempat masak, BAZAR RAMADHAN banyak untuk dilawati. InsyaALLAH dapat makan berbuka dengan indahnya. contoh ayam percik yang mudah didapati di bazar.
  4. Waktu berbuka, tak perlu risau jam siapa cepat atau lambat sebab yakin masuk waktu berbuka bila terdengar AZAN Maghrib di surau2 dan masjid2. Kalau di KL boleh dengar azan dari TV3 tajaan Yakult.
  5. Kalau rasa teringin nak makan bubur lambuk, sila pergi terawih dekat masjid, insyaALLAH ada rezeki anda. *dekat plaza Angsana JB setiap hari ada bubur lambuk free*
  6. Paling menarik ialah, keinginan untuk makan apa2 saja makanan di Malaysia dari pelbagai negeri sangat mudah didapati di bazar tanpa perlu melayari myresipi.com untuk belajar memasak kalau sekadar nk makan beberapa ketul kuih.*tapi ada juga makanan yang kat Perlis tak dak kat bazar Johor ni. Jauh sgt kot. T.T*
  7. Tapi kan, berpuasa di Malaysia juga sangat menguji kesabaran dan keimanan. Bagus untuk sesiapa yang inginkan pahala lebih. Sebab setelah beberapa tahun berpuasa di New Zealand pada musim yang waktu siangnya pendek, aku dan sahabat aku terasa sangat dehidrated bila petang menjelma. Lagi teruk kalau kelas banyak dan perlu menjerit2 dalam kelas. Rasa nak balik tidur and tak nak bersuara. *rasa je la.tido itu pasti, bila tidur mesti tak bercakap. Bila bangun aku non-stop juga cakap* Lagi bertambah stress bila nak berbuka di kedai makan perlu beratur bersama orang yang berpuasa start tengah hari atau petang. Sabar je la.
  8. Paling menarik dan tertarik pula, bila pergi mana-mana shopping complex untuk membeli belah for raya, mesti terdengar lagu-lagu raya yang menusuk kalbu*walaupun dapat beraya di kampung tahun ni, masih terasa sebak*.
  9. Menarik, tertarik, dan teh tarik bila sale sangat banyak walhal diorng naikkan harga melambung then tulis sale. Demmit! ops. Jangan mudah tertipu ya. Tapi perasaan ingin membeli tetap ada, cuma ongkosnya ngak ada. Barang Malaysia sangat mahal dan pendapatan sikit. Wuwu...=(
  10. Nak join menarik bila jiran-jiran dah mula pasang lampu kelip-kelip depan rumah sedangkan rumah sewa aku kosong tidak berhias. Nak beli rasa membazir. Sebab perlu mengutamakan perut yang comel.=) Tak pe, nanti balik kampung nak pasang pelita keliling rumah.*kat mana tah aku nak pasang, rumah dah tak dak tanah dah* Atas pagar macam ni mungkin.
  11. Bila terasa nak buat kuih raya tak sempat sebab terlalu busy tidur lepas balik sekolah, sila lawati blog-blog atau facebook rakan-rakan anda, yakin dan pasti ada iklan pasal kuih raya. Baju raya pon ada. Macam astro, macam-macam ada~

Cukup kot sebelas perkara menarik berpuasa di Malaysia. Nanti kalau rajin aku update perkara menarik beraya di Malaysia plak ye. Tunggguuuuuu~~~!

makan sate di Majlis Berbuka Puasa bersama anak yatim SMK Mutiara Rini, Skudai.

p/s: Yang tak menariknya, bila nak balik raya ja kena servis kereta*pening pikir duit lagi*,kena drive all the way long from Johor to Perlis dalam JAM. Harap-harap tak sangkut jam lama-lama nanti. Semoga selamat sampai ke kampung halaman. Amin. Plz doakan saya ya. I'm going home on 26 August right after school.*ni untungnya jadi cikgu, boleh gerak awl balik kampung* =)

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...