Thursday, June 30, 2011

kerajinan melampau

Selamat pagi.
Awal-awal pagi sudah belajar menipu. sejak bila plak ko rajin ni syaza. Bukan malas je ke selalu?
Hehe. Tahu pun diri tu malas. Takkan la nak bermalasan sepanjang masa kan. Aku tengah berusaha untuk merajinkan diri tapi bukan rajin buat kerja sekolah la buat masa sekarang. Mood belum sampai. Haha. Dah nak masuk sekolah for praktikal pon masih tak ada mood ke?
Erm. Perlu diubah Syaza sayang......

Eyh, lari tajuk nampak. Boleh gagal exam BM kalau macam ni. Lain ditanya lain pula dijawab. Tapi tak ada soalan pun, cuma tajuk ja.

Cerita hari ni, mau bangga diri sikit. Haha. Biasa la kan, kalau bukan diri sendiri mau puji siapa lagi kan. Hehe. Hari tu aku pernah cerita aku masih menanti nak masuk rumah kan. Sekarang mau cerita pasal rumah baru. Flat di luar, kondo di dalam. Wahh..mau bangga-bangga lagi kan.

Disebabkan kami hanya bertiga mau menyewa rumah, sebab itu pilih untuk tinggal di flat saja. Tapi tak kisah sebab bilik dapat sorang satu, lagi seronok, lagi privacy, lagi mudah menguruskan diri. Lagi best boleh gayut telefon dengan jayanya tanpa perlu fikir ganggu kawan sebilik kan. Hehe. Berapa lama sangat la kan bergayut di telefon tu. Bukan lama sangat pun, tapi ada la juga kalau dah dapat free call kan. Jangan biarkan Celcom kaya begitu saja, perlu menggunakan sepenuhnya. Hehe.

Wahhh..
Macam panjang saja intro nya. Maaf ya. Ok.Ok. Mau cerita pasal kerajinan sudah. Sejak masuk rumah baru ni, semakin rajin kami MEMASAK. Haha. Niat dihati mau berdiet, tapi apakan daya, telur goreng sama sayur tumis pon sedap rasanya. Hanya perlu kuat hati untuk menahan nafsu makan. Tak mau makin gemuk la. Ini pun sudah susah hati. Ini pun sudah terlebih. Jangan tambah lagi la. Stress. Tapi, seronok sebab makanannya dijamin selamat, InsyaALLAH.

Kerajinan kedua. MEMBASUH BAJU. Hoyeah! Tak perlu basuh guna tangan lagi. Sudah ada mesin basuh baju. Kerja makin mudah, banyak masa boleh jimat tapi tidak jimat wang sbb perlu guna elektrik. wiwiwi. Tapi tak pe. Duit boleh dicari, masa jangan dibuang begitu saja. =)
Setiap dua hari basuh baju. Kongsi saja, kami bertiga campur saja baju mudah sikit nak basuh. Tak perlu tunggu sampai seminggu baru cukup satu kali pusingan. Hehe.

Kerajinan ketiga. Ini bukan sengaja dirajinkan, tetapi perlu rajin. Kalau tidak nanti rumah kondo kami tidak cantik sudah. Rajin MENGEMAS rumah. Hari-hari perlu sapu sampah, cuci sinki, lap dapur, mop lantai. Eyh, mop lantai tak perlu setiap hari, boleh selang sehari. Hehe. Toilet pon kalau boleh perlu disental setiap hari sebab tuan rumah yang sebelum ni tinggal lama sangat, kekotoran dalam air melekat pada toilet bowl. Sudah tuang clorox, tapi belum hilang semuanya. Kena berusaha lagi la, baru seronok mau membuang. =)

Apa lagi rajin ya? Haha.
Rajin MENONTON TV. Haha. Hari Selasa hari tu niat di hati nak siapkan kerja sekolah. Tapi start dari pukul 9 sampai pukul 12 tengok tv ja. Lepas tu kerja semua tak buat. Tertunggak lagi semestinya. Semalam baru siapkan sambil tengok bola di TV1. Itu pun tertinggal di rumah. Esok baru boleh hantar. Huhu.

Cukup-cukupla ye membangga diri sampai di sini. Nanti orang menyampah pulak. Haha.

p/s: Sejak di rumah yang punya segala barang memasak, kami sudah tak pergi cafe. Sanggup menahan lapar sampai tengah hari nak balik masak. Biar lambat, tapi boleh jimat dan makan sedap. Hehe.

Tuesday, June 28, 2011

morning brainstorming. bukan minum pagi.

Pagi-pagi lagi sudah diajak berfikir. Memang satu keperluan kita berfikir sejak bangun pagi lepas dengar bunyi jam loceng yang membingitkan telinga. Bukan bangun pagi-pagi cari makan je, banyak perkara perlu difikirkan. Itulah yang seringkali mak aku bebelkan. Bangun awal pagi, fikir apa perlu dibuat. Plan for the day supaya hidup lebih terurus dan tidak ketinggalan.
Tapi apa aku buat, tetap juga bangun fikir nak masak apa untuk breakfast je. Lepas tu blur xtau nk buat apa. Walhal rumput banyak nk dicabut, pokok banyak nak siram, sampah banyak perlu disapu.*sigh*

Ok. Bukan ini yang ingin dibincangkan. Tapi tadi dalam perjalanan dari Mutiara Rini ke Larkin, aku dengan housemates aku, Didi dan Fiqs bersembang-sembang la. Mula-mulanya perkara biasa ja. Dan tiba-tiba terkeluar la topik PERPADUAN, suara semua orang sekarang seronok melaungkan 1Malaysia.

Apa yang difikirkan 'teori' 1Malaysia ni?
Adakah isu ini membantu dalam memajukan Malaysia?
Semua orang berusaha ke untuk mencapai apa yang dilaungkan ke?
Adakah perbuatan seiring dengan apa yang dikata?


Itulah yang bermain difikiran aku.Sekarang aku di Malaysia, belajar di sebuah institusi yang mempunyai pelbagai kaum. Belum sempat mengkaji keberkesanan laungan 1Malaysia di sini sebab kelas aku hanya punya seorang pelajar berbangsa Cina dan nampaknya dia ok je join kitorang dalam kelas. Dalam komuniti yang lebih besar di institusi ni aku sendiri tak pasti.

Minggu depan, aku bakal masuk ke sekolah untuk praktikal. Setelah aku jalan-jalan di kawasan sekolah yang bakal aku masuk, aku nampak ramai penduduk India, Cina mungkin ada. Aku tak pasti. Tapi Melayu mesti ada. Teringin aku mengkaji keberkesanan laungan 1Malaysia yang selalu kita dengar. Benarkah laungan yang seringkali diucapkan, dijadikan panduan untuk menjalani kehidupan di bumi Malaysia ni.*sigh*

Fikir-fikirkanlah. Benarkah kita semua sentiasa mencuba untuk merapatkan jurang antara kaum? Atau masih ada yang bersikap menyediri, sering kali bersama kaum sendiri? Sukar sekali mendekatkan diri dan mengenali dengan bangsa lain yang semestinya punya prinsip hidup yang berlainan.

Bukan masalah perpaduan di kalangan kaum yang berlainan. Melayu sendiri sudah berpecah belah. Mengapa tidak diusahakan menyatukan satu bangsa dahulu sebelum menyatukan bangsa yang berlainan cara hidup? Bukankah itu lebih sukar? Mana satu kah yang lebih penting?

Ok. Selamat berfikir dan berkongsi pendapat. =)

Monday, June 27, 2011

hari pertama sekolah

hari pertama sekolah adalah hari ini.
pftttt~!
tipu gila. aku salah tarikh sudah.
sepatutnya seminggu lepas adalah hari pertama, tapi disebabkan aku menumpang di rumah kak nan dan sibuk mencari rumah. Maka, persekolahan aku bermula hari ini setelah half way settle pasal rumah.
Hari ini, ada perhimpunan yang as usual, boring.
Penyerahan watikah JPP ke-46, Pelancaran Minggu Penghayatan Islam dan Majlis Persaraan.
Aku hanya bersembang di belakang ja. Nasib baik boleh duduk so xde la penat sangat.
Abes je perhimpunan, masuk kelas. Tunggu lecturer. Ingatkan En Nazaria. Rupanya En Norizan, so sukanyaaaa...hehe
Dia masuk bincang pasal minggu inovasi sains pe tah. Now tengah bincang pasal bnda tuh as kitorang jadi urusetia.
hurm..what should i say eyh?
A good program but yet tak cukup masa nk settle down all those things.
*sigh*
En Norizan dah keluar pergi meeting, tinggalkan kami di sini berbincang dan berfikir sendiri.
Lepas ni boleh terus balik ek? Itu je yang bermain di fikiran aku. =)
Cepat2 buat perlantikan, mau pulang sudah.
Not in the mood, banyak kerja sekolah tertunggak.
Rimas!
Serabut!
bukan sebab malas. Cuma bila kerja yang tidak berkaitan dan tidak menarik minat. Buat hati langsung tak tergerak untuk melaksanakan. *sigh*
Nak dibuat dengan seikhlas hati, dijadikan sebagai ibadah. Tapi, haruslah sukar benar kan.
Teruskan mencuba syaza sayang. Percaya pada diri. =)

p/s: Otak seringkali ligat memikirkan sesuatu yang berilmiah, lebih berbentuk Islamik, dan melibatkan semua orang. Bukan seperti intro filem-filem yang mengatakan setiap babak tidak berkaitan dengan yang hidup atau yang telah meninggal dunia. Masih mencari info sebelum berani berkata-kata.

Sunday, June 26, 2011

menanti nak masuk rumah.

sekarang aku dah xduduk umah kak nan lagi dah..
aku dok homestay tuan rumah yang aku sewa...teres dua tingkat..besar gell rumah ni.
complete plak tuh. dapur sume da periuk. so aku ngn didi bersemangat memasak.
haha. nk diet pun susah sbb masak ikut selera sendiri. sedap je rase..hua3..
first day smpai sini kitrng xmasak lagi sbb dah sesat smapi malam. balik penat tidur je la.
the next day baru masak bihun tomyam. itu pon for dinner, sbb lunch kat jusco sbb nk g beli barang sume. first belanja dah menjangkau rm80. xpe first time. byk yang perlu.
then smlm aku melepak je kat umah. baca novel. abeskan novel rahsia perindu then sambung dgn 9nyawa. haha. both ramlee awang murshid aka RAM punya buku. bagi aku rahsia perindu mmg superb la. aku suggestkan la korang baca. dah 7 kali cetakan since dia kuar.
yang 9nyawa tuh ok. cuma stress ngn satu character dalam buku tuh. itu pon last yer sampai 3 kali cetak. dia baru kuar last yer. so bru 4 kali cetakan. not bad la kan. penceritaan dia best.


well~
RAM yang tulis. mesti best n sgt banyak info. novelS yang bagaikan puteri n sequel dia aku xsempat nk buat review lagi. rumah pon masih dalam status menumpang.
hurm.
dah puas melepak smlm. lepas asar, dlm kul 6.30 ptg camtuh aku ajak didi kuar jalan2 area2 sni. nk berkenalan la kan, xpenah tahu. pusing2 sampai la kitrng kat satu mall iaitu SUTERA MALL.

waktu nmpk banner dia kt divider jalan tuh igtkan mall biasa2 ja. skali smpai, wahhhhh.....besar gak. dalam tuh ada carrefour. ape lagi. lepas solat maghrib, kitrng g soping lagi la...smlm je abes rm57.wiwiwiwi...beli udang plak ngn buah. n macam2 la semestinya kalo tgk ke harga tuh. tapi bagi aku murah byk la kan dari belanja kt jusco. hehe. bila aku buat perbandingan harga. skrg kena start balik kehidupan dekat Welly dulu. bila shopping pilih yang paling murah, kecuali something yang betul2 perlu n lebih baik yang mahal sket. mcam syampu rambut ngn pencuci muka tuh. haha. mestila kena memilih yang terbaik bab2 tuh kan. kena jaga kesihatan diri, biar belanja mahal sket jangan nnt rambut gugur truk, kang nk kena g yun nam hair care plak. xpon muka pecah, kan dah kena g bt treatment kat new york skin solution. mahal tuh....jangan cari pasal. take good care of ur health ok. kalo kena berpantang makan tuh ikut ye. jangan degil sangat. makan jangan lebih2. nnt gemuk cam aku susah bro. stress tau nk kurus balik. ok. dah2 stop crita pasal kegemukan aku.
aku sepatutnya kuar g ambek barang2 didi kat hostel nih bw dtg sni. sian dia dah abes stok baju. tapi masing2 malas nk gerak. pagi2 dah makan berger buat sendiri. so cam sedap bermalas2an di rumah yang selesa ni. ade jugak yang kuar time tgh hari japgi. haha.
ok2. kena stop menulis. siap2 nk g ambek barang. xbaik berlengah. bertangguh amalan syaitan tuh.jangan ikut.binasa badan nanti.

gua blah lu ar bro.

p/s: doakan aku berjaya kuruskan badan dan keep healthy selalu ya. risau sudah.

Wednesday, June 22, 2011

Nine requisites for contented living

Health enough to make work a pleasure.
Wealth enough to support your needs.
Strength to battle with difficulties and overcome them.
Grace enough to confess your sins and forsake them.
Patience enough to toil until some good is accomplished.
Charity enough to see some good in your neighbor.
Love enough to move you to be useful to others.
Faith enough to make real the things of God.
Hope enough to remove all anxious fears concerning the future.
— Johann Wolfgang von Goethe

Tuesday, June 21, 2011

rumah baru~

finally..
setelah beribu kali pegi usha rumah untuk disewa..akhirnya dapt jugak rumah yg best dan murah.
murah la jugak kan..fully furnished rm650...umah baru cat..kaler hijau lagi tu..
tapi barang-barang belum angkat masuk lagi..sebab owner rumah tuh baru abes cat umah...
rumah tuh sgt dekat ngn skolah aku...xsampai 5 min pon..mmg terbaik la...
if tertinggal barang time practikal nnt pon senang nk pusing balik...
i love it~
kitrng mintak nk masuk by this week jugak sbb dah segan menumpang umah orng lelama...
even kawan sendiri kan..tapi org tua2 cakap..kita kena ada adab..kot ye pon nk menumpang..sekejap2 dah ler...mengganggu ketenangan tuan rumah plak rasenya...

so, hari khamis ni kami sepatutnya masuk umah tu..tapi kalo abg tuh cakap rumah tuh xsiap isi barang suma lagi, dia bagi ktrng stay kat umah dia yg satu lagi yg dia bt homestay...cantik woo umah tu..teres double storey...stay free sampai umah kitrng siap masuk sume barang...
baik kan? baik kan?
terharu rasanya...
bagus tol dapat jumpa org camni...semoga rezeki dia bertambah...

all in all, aku dah rasa tenang...bleh tarik nafas lega sudah...
tinggal nk kemas barang ja nnt...xpe..kelas xde ari jumaat...
tiap ari tgh hari dah bleh balik...
so xde masalah kot nanti insyaALLAH..
semoga semuanya dipermudahkan..
amin.

alhamdulillah.

p/s:gambar nnt dah masuk akan diupload..=)

Thursday, June 16, 2011

P.I.L.U

Dalam aku gembira petang tadi dapat jmpa kawan2 skolah dulu, ada pilu di hati ini.
Aku terasa sangat la happy walaupun just jumpa minum-minum dan makan-makan di gerai depan library. Update dengan semua cerita yang aku ketinggalan buat aku sangat teruja.
Tapi tetap wujud rasa sayu di hati.

Malam tadi sahabat aku dari NZ called. Bercerita panjang lebar. Bergelak ketawa. Berkongsi suka duka terpisah buat sementara. Bergosip sudah semestinya. Tapi masih ada perkara buat hati aku pilu. Jiwa ku merintih pedih.

Baru tadi aku bercerita dengan si dia. Niat di hati ingin berkongsi kegembiraan aku hari ni. Ya. Aku terasa amat gembira. Bercerita. Bergelak ketawa. Bertanya itu dan ini.
Tapi ada juga berita yang menggores hati.

Aku kah yang terlalu sensitif?
Jiwa kacau ke?
Mungkin aku perlu lebih kuat. sebab aku tahu ini semua dugaan untuk aku lebih tabah mengharungi liku-liku hidup ini.

Sudah berkali-kali aku terjatuh. Sudah berkali-kali juga aku terluka.
Pastinya sudah berkali-kali aku tetap bangun kembali.
Ku sapu ubat di setiap lukaku sendiri.
Kerna kalau bukan aku yang perlu menahan segala sakitnya, siapa lagi?
Kerna kalau bukan aku yang perlu terus bangkit semula, siapa lagi?
Kerna kalau bukan aku yang terus berdiri teguh, siapa lagi?
Kerna ini hidup aku. Hidup yang perlu aku harungi.

Biar seribu kekesalan,
Biar sejuta kesalahan,
Bukan salah siapa-siapa,
Melainkan diriku sendiri.

Kerna aku sedar siapa diriku ini,
Penuh dengan ketidaksempurnaan.
Yang mengajar aku erti sebuah kehidupan.

Hanya Allah tempat aku mengadu dan bergantung harap.
Semoga aku terus diberi hidayah untuk terus berjuang di jalan-Nya.
Walau seringkali aku terpesong.
Namun masih Dia menyayangi diri ini.
Alhamdulillah.

Wednesday, June 15, 2011

lagu xbest sangat tapi lirik menusuk kalbu.

salam..

aku xleh nk tgk oknsert final af9 arituh sbb astro tetiba xde service plak mlm tuh..

satu kampung aku sunyi..so aku tgk je la mentor nye extra episod dia..

aku xkisah sgt sbb aku xlyn pon af9 kali nih..

aku bru ja dengar lagu2 finalis af9..and bila dengar lagu fina nih..

aku terasa cam touching sket..cam berkaitan sket2 la kan..

biasala..dah lagu cinta..lagu frust..ada la pengalaman xbest kan..hmm...

aku xleh nk upload video kat sni..xtaw pesal...

so jom usha link lagu fina ni la...

tajuk dia menangis lagi...memang menangis kalo baca lirik kat bawah..

kalo penah rasa la kan...tapi bgi aku lagu dia xbest pon...


Source: www.rapidrnc.com

drama best di Malaysia.

fuhh!!
baru habis tgk fuhh!! kt tv3..
owh awal ashaari yg semakin taf..i loike~
terubat rinduku..haha.
bengong.. dia xkenal pon kau..sibuk melayan scha tuh..
aiyok..

hmm..
malam nih aku tgk tv dr kul 9 lebih2 smpai kul 12 td..igt nk smbung tgk cinta melody on air skrg ulangan yg ptg tadi..tapi macam malas la plak. sbb cite indon lembab sgt..tensen je tgk.
best melayan cite melayu lagi.. contohnya..
nora elena tuh..walaupun aku xtgk dr start dia..tapi aku bleh folow la jugak smbil2 dok dgr org2 bercerita pasal cite tuh..best wooh...skrg dah nk abes..sedih la plak..bila dia dah tau org yg rogol dia tuh is her husband. walaupun husband dia yg selamatkan dia time tunang dia tgglkan dia bila nk kawen tu. still dia marah sbb mesti dia pikir sbb pa yg husband dia buat tuh la tunang dia buat camtuh.
episod arinih plak dok crita pasal kawan dia yg kena pukul ngn husband dia merangkap kawan seth tuh. overall episod hari ni macam nk menunjukkan kat penonton yang berkaitan bahawa kes penderaan nih ada tempat untuk mengadu dan sangat diambil berat oleh pihak berkuasa. so sesapa yang terasa didera oleh suami sendiri tuh jangan takut2 untuk menegakkan hak sebagai seorang wanita yang memerlukan perlindungan dari lelaki xde hati perut tuh. jangan mudah mengalah!
wahh!!
emosional plak aku..
mestila kan..aku pon wanita apa.
kena blajar seni mempertahankan diri nih.
xnk kena pukul.
ko pukul aku, aku pukul ko balik.
haha..cakap macam berani gilos!
btw.
aku igt nk ulang tgk crita nih kat website tv3..tu pon kalo aku punya berukbeng ni ok la kan..sebab crita nih best mcm adamaya dulu.
tapi mmg dari dulu aku suka slot akasia nih.. semua crita dia menarik..n sesuai plak timing tuh..mostly org dah smpai umah dah dr tmpt keja..cuma xbest sbb kaco time smyg magrib..hmmm...kena betulkan lagi nih..

pelakon yang comel dan hensem..cair aku~


satu lagi cite yg aku suka is annisa slot samarinda..tu pon best..tambah plak ngn pelakon yang superb macam farahdiya bila blakon watak jahat..rozita che wan yang hot gitu...
walaupun hero dia so-so ja...tpi jalan crita dia quite good buat aku nk tgk tiap ari...even bru episod 7 malam nih..tpi plot crita sgt best...n cepat la..every day ada story...so kalo miss sehari akn terasa lost sket la..one of my faveret slot jugak..dulu kat nz penah aku email tv3 suh letak slot samarinda nih kat website sbb aku dok balik msia tgk tpi xleh continue tgk bila aku kt nz..frust jugak sbb crita dia best2 sume walaupun just 30minit kan..tak tolak iklan lagi la..dan aku happy sbb diorng terima cadangan aku tuh..xlama lepas tuh trus ada kt website tv3..hehe..
gud job tv3..i love u!

mantap!

crita melayu lagi best la bagi aku berbanding crita indon..kalo crita indon ko miss sebulan pon cam xmiss langsung...xde efek pon setakat tak tgk sehari..tmbh cite indon slot tgh hari kul 2.30 tuh...kalo xdisebabkan aku xde keje lain nk buat konfem aku xtgk...tuh pon aku tgk gitu2 je...
yang cite cinta melody plak aku tgk sbb melody tuh cun...kalo tak malas jugak aku nk tgk..
crita melayu xmeleret dgn plot2 yang xpenting n lembab..everything ada flow yang baik dan plot crita yang best..

tak dapat dinafikan lagi kecomelan melody ni!

tapi sorry ye peminat sinetron! aku lagi sokong crita melayu! haha..

banyak plak aku bercerita..
saja ja..
dah tgk crita ja keja aku cuti2 nih..
tu yang seronok nk bercerita plak kan..
hehe..
tapi next week dah masuk maktab balik dah.
ntah bleh tgk ke tak dah kan..
huhu..
aku pon xtaw la.
harap2 ada harapan lagi aku nk tgk crita2 nih..
tapi xpa.
nora elena dah abes this week.
next week crita baru plak.
fasha sandha ngn iqram.
fasha best gak la dia blakon by ignoring her gossip k.
iqram hensem la~!
awww~*mode gedix*
ok..jgn komen.
itu kebiasaan wanita single.
haha. cuci mata sket~
ok.back off!
nk melawat blog org plak.
chow cincau!
<3

Thursday, June 9, 2011

Cameron Highland =)


before ni aku da cakap nk g cameron kan.
meh sni nk crita sket pasal percutian aku.
bercuti bersama family.
plus mak chaq ngn kak cik qilah.
family jugak. besar sket.
hehe.
tapi terasa xcukup lengkap sebab xseramai as before ni.
adik aku yg laki tu xdak.
n family mak chaq pon xdak semua.
huhu.
tapi xkesah.
kereta luas sket.
selesa.
boleh la mak beli pokok banyak2.
ak p nek citra.
bila half way.
kat sg perak.
mak chaq dah xlarat drive.
so aku drive keta toyota altis mak chaq smpai ke destinasi.
first destinasi semestinya
hotel!
hotel apa?
rosa passadena.


tgk dalam website cam gempak.
tapi bila sampai xde la gempak mana pon.
biasa2 ja.
sampai2 ja trus menggelabah kelaparan masing2.
buka bekal yang ada.
apa lagi. makan dengan lahapnya la.
tapi bukan aku. sebab aku kena makan slow2.
kalo makan laju2 nnt aku nk tambah nasi lagi.
no way! on diet la. sedar diri tuh syaza!
lepas smyg sume.
kami kuar g shopping.
first g ladang teh bharat.
duluuuuuuuu...
xleh turun tgk pokok teh.
tapi kali ni dah boleh.
lepas puas bergambar as usual,
start la shopping teh.
macam2 jenis teh mak aku beli.
ye la. mak aku je la yang beli.
aku tgk saja.
tumpang rasa nnt. hehe..
lepas tuh kami gerak g tempat yg kedai banyak2 tuh.
hehe.ape lagi.
shopping pokok2 la.
aku g cameron xbawa duit pon.
ade xsampai 20 hengget pon.
bukan apa
sebab aku xnk membazir bnda yg xperlu.
hehe. dan misi aku berjaya. walaupun terbazir sket. kot.
mak aku semestinya telah berjaya membeli banyak gila pokok kaktus.
fuh!
berladang kaktus la umah aku.
then aku yg xtaw nk bt apa bersama adik2 aku.
apa lagi.
dok bergambar je la.

duta nescafe =p

macam2 aksi terlarang kami buat.
konfem aku xnk publish kt sni.
hahaha
balik nya lepas tuh.
singgah pasar malam.
aku nk membeli.
tapi aku xtaw nk beli apa.
sebab duit da sket ja.
kalo tersalah beli.
rugi plak.
last2 aku beli jugak.
bantal cameron.
kui2
nk letak dlm keta aku.
haha.
kereta aku telah banyak menghabiskan duit aku.
walau baru ja guna.
haiyya.
eyh. salah topik sudah.
smbung crita cameron.
puas aku dok merayap kat pasar malam tuh.
balik tuh dlm keta suma org dh penat.
dah pikir2 xnk masak nasi for dinner.
tapi adik aku nk jugak makan nasi.
balik tuh.
aku mandi2 n mak aku masak nasi.
lepas siap mandi2, aku g bilik mak aku baring2 trus tertido.
then diorng kejut.
makan la..dah semua org ngah makan nasi.
seb baik la masak lebih.
konon2 nya semua xnk makan.
last2 semua makan nasi.
podaaa~
lepas makan kami melepak tgk tv.
sejuk woo...terasa macam kt nz sudah.
masing2 berbungkus.hehe.
tido main tarik2 selimut la malam tuh. ape lagi kan...

di taman bunga.

esok hari nya.
lepas breakfast sedap di hotel even belum sempat mandi pagi lagi.
semua berkemas2 nk balik sudah.
bukan balik direct la op kos.
singgah2 semua kedai yang boleh singgah.
sebab nk beli sayur2 segar.
yang susah nk dapat kt kedai biasa.
bukan sayur je yg dibeli.
bila mak aku dah jumpa pokok bunga yang best2.
mesti beli punya.
penuh la but citra yang dah dilipat krusi blakang tuh.
dah macam taman bunga pon ada keta aku tuh.
seb bek aku drive keta mak chaq.
so terselamat la dari daun2 pokok tuh.
hehe.
xde la berhutan pon.
saja ja hiperbola sket.
as usual.bila lalu ja sg perak mesti singgah punya.
untuk lunch dengan masak lemak tempoyak ikan patin yg best.
hehe..
masing2 makan sorang seketul.
mmg puas ati.
then drive all the way balik.
smpai alor star.
singgah jap umah mak chaq.
pastu kami yng muda mudi ni pegi tgk Xmen.
hoyeah.
best!
balik perlis smpai dlm kul 11 camtuh.
yang pasti bila smpai umah kemas2 suma.
penat tido lena.
recharge~
walaupun just a short trip.
tapi best sbb pegi melepak2 ja.
berehat melihat keindahan alam.
hehe.



Monday, June 6, 2011

hilang bercuti


hoho.
cuti start on 28 May.
sekarang sudah 6 Jun.
baru igt nk berblog ke kak?
mana menghilang selama cuti nih?
seminggu sudah berlalu.
sobsob
ok.
start2 cuti ja trus busy kenduri my kazen dekat alor star.
mmg penat.
dah la smpai alor star, trus kena bt keja.
blom sempat rehat.
abes kenduri.
ape lagi.
jalan2 sket tgk perubahan kt perlis nih.
ok. xde la byk sgt pon.
tapi kena ambek tau.
kang nama ja org perlis, tapi xtaw pape.
makin cantik aku tgk perlis nih.
acewaahhh...puji sndiri nmpk..
haha.
lepas tuh apa aku buat.
start semalam smpai buka skolah ni.
setiap hari kenduri.
patutnya boleh gantung periuk dah.
tapi nk bt cmana.
kita dok kampung
mau cuti org semua balik kampung.
masak jugak la.
tapi seronok.
bukan apa.
tgk org mai makan byak2.
macam nikmat ja.
puas ati masak truk2 pon.
padahal bukan aku masak pon.
mak jugak yg masak.
hahahah...
seb bek sedara balik.
kalo dak ssh gak aku nk suh mak masak.
aku la kena masak kalo takat nk makan family ja.
hehe.
xlayak lagi nk jamu org.
kui3.

esok.
nk p cameron.
katanya gerak lepas subuh.
aku dah iron bju.
tapi makanan blom siap masak.
mcm terlewat jugak rasanya.
time nih xtdo lagi.
mau esok jenuh la nk mangkit.
apa nk jadi la hai ank dara liat bgn pagi.
xleh buat bini ni.
bila tah nk berubah.
tapi xdak la lewat pon mangkit.
tdo sat ja lepas subuh.
ambek tenaga balik.
muahaha...
sok konfem kena bangun awal gilos.
konfem dah!
xpa.
nk p jalan punya pasai.
ni pon online sbb nk cas ipod.
sbb radio myvi rosak
kena la siap alat2 apa yg perlu bg da sora2 sket.
mau mati jemu dok dlm keta lama2 sunyi ja.
hoho.
xpa2.ada novel.



all done! best. cerita yg lain dari yg lain. =)

novel bleh abes baca kot sok.
duit xdak nk beli sambungan dia.
ada sapa2 nk sponsor dak eh?
lambat2 sket xpa.
keja skolah byk lagi xsiap.
huhu..

dah la noo...
merepek byk2 bukan dpat pekdah pa pon.
bek lena.
aku dok pikir nk bt entry psal novel yg aku baca nih..
dah 3 siri dah.
yg tgh bca ni yg ke4.
best.
byk faedah bleh dapat.
baca la.
xrugi.
novel dia tajuk yg 1st, bagaikan puteri.
2nd: cinta sang ratu
3rd: hijab sang pencinta
4: cinta sufi
yang kelima: aku xigt.
semua nih ramlee awang murshid yang tulis.
semangat aku bca novel nih smpai mimpi jumpa penulis dia.
gila tak?

otw. tapi dah half way. xnk bca cepat nnt nk cari next pulak.duit makin menyusut.

haha.

eyh!
dah!
ok
bai!

p/s: thanks kepada yang syorkan buku ni. iloveu. (^_^)Y

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...