perasaan yang tidak dapat ditafsirkan.
sukar untuk diceritakan.
ia hadir tanpa dipinta.
namun ia juga mampu pergi tanpa dipaksa.
tanpa sebarang sebab.
ia berlalu seperti air yang mengalir laju.
meninggalkan kesan yang amat mendalam.
perasaan ini menghantui aku.
semakin aku inginkannya.
semakin jauh ia meninggalkan aku.
sudah puas aku mengejar.
kini aku hanya mampu menanti.
menanti sebuah jawapan darinya.
jawapan yang mungkin sama macam pernah kuterima dulu.
atau mungkin jawapan yang lebih baik.
aku terima.
bukan.
aku perlu terima.
aku perlu redha.
segala yang terjadi dan bakal terjadi adalah yang terbaik untuk.
dariNYA.
selagi tiada kepastian.
aku masih mampu mencuba.
dan aku xkn mengalah.
akan aku terus mencuba.
selagi aku mampu.
selagi kudratku bertahan.
kerana hati ini terlalu degil untuk terus dengan perasaan ini.
untuk terus bersamanya.
mungkin selamanya.
ya.
ini kali terakhir barangkali.
maaf kerna aku sangat degil.
tapi ini adalah aku.
No comments:
Post a Comment