Wednesday, May 25, 2011

syok sendiri



entry syok sendiri sket arini.
terbaca blog oney aka awek adek aku.
so cam best nk membaca pasal diri sendiri.
betul atau tak aku pon xpasti
sebab bukan aku yang menilai diri sendiri.
tapi orang lain yang menilai diri aku ni.
kalau harapkan penilaian aku.
semua negatif saja.
haha..
sangat negative thinker.
wutever.
come and look at something interesting(??) about myself. hehe


panas sket yaaa....~

OCTOBER=HOTTIE
Trustworthy and loyal. Very passionate and dangerous. Wild at times. Knows how to have fun. Sexy and mysterious. Everyone is drawn towards your inner and outer beauty and independent personality. Playful, but secretive. Very emotional and temperamental sometimes. Meets new people easily and very social in a group. Fearless and independent. Can hold their own. Stands out in a crowd. Essentially very smart. Usually, you ever begin a relationship with someone from this month, hold on to them because their one of a kind.


nk komen sket la.
sexy tuh macam tak je physically..tapi xtaw la kot ade maksud sexy lain kan.haha
passionate n dangerous..mungkin ya..nak something smpai menyusahkan diri sendiri. lantak la kan. janji aku dapat apa aku nak..selagi aku mampu..hahah...
yang last tuh aku xtaw nk kkomen cmana..ahaks.

hurm..
so nilailah sendiri kebenarannya..peace

p/s: nk tgk anda punya. sila klik SINI.

Tuesday, May 24, 2011

sebab-sebab aku menulis blog

blog aku bukan untuk commercial.. bukan juga untuk meraih peminat...
aku menulis blog sekadar suka-suka..
mula-mula aku mengenali blog bila aku tgk kawan aku berblogging.,,
dia bukan blogger yg aktif pon..
dia menulis apa yang berlaku dalam kehidupan seharian dia...
disebabkan aku berblogging nih sebab dia..
so aku pon mengikut jejak dia..
aku tulis blog untuk bercerita tentang apa yang terjadi dalam kehidupan aku seharian..
walaupun aku tidak lah menulis setiap hari sebab xdak masa...
kadang2 tuh sbb xdak benda yang menarik nk ditulis..

so, itulah tujuan utama aku menulis blog..
Untuk bercerita sebab aku kesian kt org2 sekeliling aku nk menadah telinga mendengar cerita aku yang xbest nih...

ok..sebab kedua pulak.
sebab aku xnk lupa apa yang terjadi dalam hidup aku...
kalo yang happy2 mesti kita susah nk lupa kan...
tapi yg sedih2 mesti semua xnk igt kan...
tapi bagi aku..
yang sedih2 tuh aku nk igt..
bukan sebab nk meroyan ke ape..
sebab nk jadikan ia sebagai satu pengajaran dalam kehidupan aku nanti..
supaya aku tak melakukan kesilapan yang sama...
kesilapan aku atau pun kesilapan orang lain..
xkesah la kan..
yang pasti..aku akan berusaha supaya tidak melakukan kesilapan..
tapi..
semua orang xkn lari dari melakukan kesilapan...
mungkin masih banyak yang aku lakukan..
aku masih berusaha...
dan ia sangat mengambil masa...
so doakan la aku menjadi yang terbaik....untuk semua..
=)

sebab yang ketiga..
aku memang suka menulis..
dulu guna diary..
time muda mudi dulu..
ye la laptop xdak lagi...
xkenal lagi dunia blogger nih...
aku guna diary...
smpai adek aku bleh baca n gelakkan aku..
ahh...
xkesah pon...
atleast diorng tau bnda tuh xpatut buat..
aku xmalu mengaku kesalahan aku...
walaupun depan adik2 aku...
sebab aku bukan a perfect sis...
banyak aku belajar dari diorng...
bukan aku yang mengajar diorng..
hehehe..
xkesah kan...
belajar la dari sesiapa pon..
xrugi..
bukan kita lebih tua kita paling byk pengalaman...
kita mungkin punyai pengalaman yang dia xdak
dan dia mungkin punyai pengalaman yang kita xdak..
apa salah nya share kan..
sharing is caring...

ok..itu sebab keempat..
untuk share pengalaman aku dengan sesiapa saja yang terbaca blog ni..
sama ada dengan sengaja atau pun xsengaja...
semoga pengalaman aku yang sedikit nih boleh memberi pengajaran kepada orang lain...
kekuatan aku yang kuat ini boleh menguatkan org lain...
kelemahan aku boleh dijadikan sempadan...
semoga apa yang tak baik berlaku kat aku...
tidak berlaku dekat orang lain...
=)

ok.
sebab kelima.
apa ek?
sebab nanti bila aku bosan2 aku baca balik..
aku bleh senyum sendiri...
muhasabah diri...
menceriakan balik hidup aku time tak ceria...
nanges bila baca part sedih2..
haha...
menangis adalah satu terapi tau!
at least bleh buang perasaan yng xelok tuh...
puas hati!
bleh teruskan hidup dengan gembira..

ok..sudah2...
merepek plak...
kerja banyak...TMK yang xeti buat tuh..
huhu...so cne nk buat..dah xeti..
demam lagi..
xleh nk pikir..kaki sejuk..
tangan tak sejuk sbb dok menari atas laptop yang panas nih...
dah2..
wa blah dulu naa...
adios amigos.

p/s: senyum selalu dan ingat ALLAH sentiasa ada.

Monday, May 23, 2011

a few more days.

haha..
still counting the days.. but yet all the assignments were left behind...
i dont have any strength to do all the works.
me myself still here but my soul had fly to my hometown already..
huhu..
after all..
i'm waiting for my frenS...yes..my frenS wedding..
kak mai's on 28..
then my kazen's on 29..
Kay n dirah on 4 n 5 June..
wahhh...
everybody are settling down..
how about me?
hahah...
too young to ask for this maybe....
need more time..
alot more to learn...
alot more to change...
alot more people to meet...
haha...
whatever it is...
just be the best of myself...
and lets time decide everything...
=)
all the best syaza...
selamat bercuti dan menjadi yang terbaik.

Wednesday, May 18, 2011

another two weeks.

wah...lama gila aku xupdate blog nih..macam2 benda terjadi sepanjang kehilangan aku nih.
benda yang best semestinya la kan.
and ada jugak beberapa perkara yang xbest berlaku.
sebab tuh aku mood swing sket kadang2.
niat nk menulis blog pon terbantut.
huhu.
sian blog nih bersawang ditinggalkan.
sebenarnya.
selama aku menghilangkan diri ni.
aku bukan sengaja.
aku busy dengan bermacam2 aktiviti kat IPG ni.
aku nk senaraikan pon aku xlarat.
yang salah satunya ialah camping unit beruniform pengakap yang paling best.
ok.
best dalam erti kata lain.
4 hari 3 malan sepatutnya.
tapi jadi 4 hari 2 malam ja.
cmana tah hilag satu malam.
sabar mungkin hilang kalo hilang lagi satu malam.
seb bek lecturer pandai ambik ati ktrng.
ok.
ni crita basi.
mlas nk crita pnjang.
crita terbaru.
hmmm.
lpas camping tuh ape ek.
owh.
busy ngn kelas ganti.
haha. ganti la sangat kan.
sibuk menyiapkan tugasan kelas ganti.
yang super banyak.
lecturer mintak tetiba.
dah la aku plak jenis bt keja last minit.
honeymoon sket kat maktab ni.
padan muka.
mau nya xserabai jadinya.
skrg tggl lagi 2 minggu.
pastu cuti 3 minggu.
tapi.
paham2 je la.
keja semua kena submit sebelum cuti.
tak tido malam la aku.
ok.ini tipu gila.
mana boleh aku korbankan masa tido aku.
rugi beb. cukup2 la dulu kt NZ xtdo bt lab report.
no more ok.
haaaaa!
lupa nk crita.
aku busy bukan sebab apa.
bila weekend aku menghilang dr IPG nih.
last two weeks aku balik perlis.
yes PERLIS!
from johor ok.nek bus ok.
xkira. aku serabut dok sni.plus bosan. so aku balik walaupon sekejap.
then.
last week aku g kl.
jmpa family lagi.
kali nih semua big family ada.
sebab ABANG CIK aku KAWEN!!!

one happy family dengan pengantin =)

yeay!!
im happy for him and his wife.
alhamdulillah.selesai sudah.
eyh.blom lagi.
ada lagi satu kenduri.
sebelah laki plak. on 28 May ni.
salah2. 29 May la.
28 aku bru smpai Alor star. mana bleh kenduri tanpa aku.
wah! macam aku plak pengantin.
xkesah la.
dia dah mcm abg aku.
so mcm xbest plak kenduri dia aku xpegi kan.
hope everything berjalan lancar nanti.
xsabarnya nk balik.
dan bercuti.
pastu nk jalan2.
tapi konfem aku org yg paling miskin nanti.
haiyaa!
buat muka kesian depan mak ayah la nanti.
hahaha...
aku sangat hepi.
bleh jmpa adik aku yg stdy kt UPNM tuh arituh.
ntah bila akn jmpa lagi.
nnt dah da keta i'll go n meet him kat KL.
haha.
panjang nye entry ni.
keja banyak cik kak oi.
sila siapkan.
jangan rajin sangat menulis di sini.
sebab anda bukan rajin sangat nk menulis kerja sekolah yang mengejar anda tuh.
ok.
babai.
*senyum sampai telinga*
ok.lupa nk gtaw.
arituh isnin ada sambutan hari guru.and aku men netbal bersama pensyarah.
sangat suka.lamanya xmain.

Tuesday, May 10, 2011

gembira dalam tangisan

setiap perkara yang sedih berlaku.
pasti ada gembira akan datang menjelma.
jangan meratap sedih.
cubalah untuk memperbaiki diri.
kerna ada bahagia menanti.

harus redha.
itu saja.

suatu perasaan

suatu perasaan yang sukar digambarkan.
perasaan yang tidak dapat ditafsirkan.
sukar untuk diceritakan.
ia hadir tanpa dipinta.
namun ia juga mampu pergi tanpa dipaksa.
tanpa sebarang sebab.
ia berlalu seperti air yang mengalir laju.
meninggalkan kesan yang amat mendalam.

perasaan ini menghantui aku.
semakin aku inginkannya.
semakin jauh ia meninggalkan aku.
sudah puas aku mengejar.
kini aku hanya mampu menanti.
menanti sebuah jawapan darinya.
jawapan yang mungkin sama macam pernah kuterima dulu.
atau mungkin jawapan yang lebih baik.
aku terima.
bukan.
aku perlu terima.
aku perlu redha.
segala yang terjadi dan bakal terjadi adalah yang terbaik untuk.
dariNYA.
selagi tiada kepastian.
aku masih mampu mencuba.
dan aku xkn mengalah.
akan aku terus mencuba.
selagi aku mampu.
selagi kudratku bertahan.
kerana hati ini terlalu degil untuk terus dengan perasaan ini.
untuk terus bersamanya.
mungkin selamanya.
ya.
ini kali terakhir barangkali.
maaf kerna aku sangat degil.
tapi ini adalah aku.

Sunday, May 8, 2011

kegagalan



salam.
kalau tgk tajuk entry je dah xbest kan.
yes! memang xbest pon entry kali nih.
cerita mengenai kegagalan seorang aku.
iya. aku!
seribu satu kegagalan aku pernah tempuh.
bukan bererti kegagalan dalam exam bila dapat results D.
kehidupan aku selama ini penuh dengan kegagalan.
bila aku xmampu untuk tunaikan impian aku.
waahh! impian dah macam puteri.
pastu mmg gagal la kan kalo xbuat betul2.
ya!
mmg aku yang salah.
xpernah aku menyalahkan orang lain atas kegagalan aku.
xpernah aku menyusahkan 'kau' bila aku gagal.
maka xperlu 'kau' nk mengata tentang kegagalan aku.
yang hanya aku tahu betapa peritnya.
yang hanya aku tahu sukarnya untuk terima kenyataan.
yang hanya aku tahu seksanya untuk bangun semula.
'kau' yang xpernah gagal.
tak perlu nak pandang aku sangat loser ok.
xperlu aku cakap!
mungkin aku banyak kali gagal.
tapi salah ke aku untuk terus berusaha.
salah ke aku untuk terus mencuba.
aku juga ingin berjaya seperti yang lain.
seperti 'kau'.
seharusnya kau beri sokongan untuk aku.
andai aku ni kawan kau kan.
bukan menjatuhkan aku.
sebab aku xpernah berniat nk merosakkan hidup kau pon.
aku doakan kau bahagia dengan hidup kau.
aku xpernah kacau bahagia kau.
kenapa mesti kau mempertikaikan kebahagiaan yang baru aku nk bina?
andai aku gagal lagi.
itu mungkin takdir aku.
tapi banyak aku dah belajar dari kesilapan aku yang lalu.
banyak perkara aku cuba baiki.
aku punya banyak kelemahan.
sampai sekarang aku punya seribu satu kelemahan.
yang mungkin kau xde.
kau mmg bagus.
tapi bukan aku.
aku seorang yang tidak sempurna.
terlalu banyak perkara yang perlu dibaiki.
aku masih mencuba.
walau diri terasa perit.
tapi aku usahakan jua.
aku gagahkan kaki melangkah ke hadapan.
walau sudah berkali aku hampir jatuh.
mungkin berkali aku sudah jatuh.
syukur aku punya sahabat lain selain kau yang membantu aku untuk terus berdiri.
yang memapah aku ketika aku lemah.
yang pegangi aku ketika aku hampir tersungkur.

ya!
aku banyak kali gagal.
banyak perkara aku belajar sepanjang kegagalan aku.
'kau' xkan pernah tahu.
sbb 'kau' xpernah ambek tahu.
dan aku xrasa 'kau' perlu tahu.
aku biarkan 'kau' dengan kenyataan2 'kau'.
semoga 'kau' terus berjaya selamanya.
kerna aku xnk 'kau' sakit merasai kegagalan yang pernah aku rasa.

aku bersyukur diuji.
kerna baru ku tahu sejauh mana kekuatan aku.
kerna aku tahu aku mampu bangun semula.
kerna banyak perkara aku dapat pelajari dari semua kegagalan aku.
aku xgentar untuk gagal.
aku yakin aku boleh terus berjuang.
kegagalan masa lalu buat aku lebih kuat sekarang.
walau tidak ku pinta untuk terus gagal.
namun aku sentiasa bersedia andai ujian ini terus diberikan untuk aku.
mungkin lebih banyak perkara perlu aku pelajari.

biar aku gagal seribu kali.tapi aku tetap mampu tersenyum.
semoga setiap kegagalan membawa aku kepada satu bahagia yang abadi.
insyaALLAH.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...