Saturday, May 1, 2010

Jodoh..kita hanya boleh berusaha...selebihnya hanya ALLAH yang lebih mengetahui


Jodoh...
Topik yang paling hangat dibincangkan di kalangan anak2 muda sekarang....
even budak skolah menengah pon dah pandai fikir pasal benda nih....mungkin xserius mcm golongan 20-an..tp langkah permulaan dah ada kn...
skrg umur aku dah masuk 20++ tahun..so kawan2 aku pon di kalangan yang berumur cm aku gak la kan...dengan uncertainty +- 3 tahun..haha...so topik kawen n jodoh nih mmg hangat membara menjadi topic leisure kitrng la...kdang2 pendapat masing2 sering bercanggah...ye la..sbb masing2 dilahirkan dalam keluarga yang berlainan cara hidupnya kan...
so xsama la pemikiran sume org...
wah..wah...wah...
panjang lebar aku nye mukadimah nih...nges3..~

jgn bt mcm ni kecuali dah kawen~!!

Aim for this post is..haha...mcm nk bt lab report plak aku nih...tuh la...lab report smpai 2 due next week..mati aku maa~!!
Sebenarnya...aku nk cerita serba sedikit 'ilmu' yang aku dapat dari berkongsi cerita dgn kwn2 serta beberapa pengalaman hidup aku sebagai manusia dan hamba ALLAH yang sentiasa xpernah puas hati ngn kehidupan nih...

kisah jodoh nih kalau nk dikupas satu persatu..mmg penat jari aku nk berlari2 atas keyboard nih...tp demi menyampaikan sedikit ilmu yang aku ada untuk dikongsi bersama2 yang lain..aku relakan jari aku bengkak...hahah....

Aku rasa..sejak aku di bangku sekolah lagi aku dah dengar istilah 'COUPLE' nih...bukan sekolah rendah la of coz...bila masuk sekolah menengah je...mula la masing2 perasaan dah jadi remaja..n mula mencari pasangan masing2....yang konon2 nya akan di jadikan suami/isteri di hari tua kelak...fuh~!! tipu semua tuh....ops~! bukan semua...tp mostly tipu ja...semua tuh dugaan hidup semata...ujian ALLAH untuk hamba2nya yang sentiasa lalai dengan hal duniawi...termasuk aku...ya~!! aku mengaku aku juga lalai...
bukan aku nk memandang serong terhadap pasangan2 bahagia di luar sana...xkisah la berapa umur mereka...cuma ia nya sebagai peringatan dan menjadi panduan untuk sahabat2 aku yang aku sayangi...

Dari sisi ISLAM sendiri kita tahu couple nih menjurus kepada zina..mungkin nampak baik...kita xduduk berduaan..namun zina hati yang ramai orang lalai dan ambil mudah...dan hasilnya...bertambahlah kes2 buang bayi..bila hati yang suci terpalit dengan noda2 hitam...
bukan aku ingin menuduh semua yang bercouple itu melakukan penzinaan...tidak sama sekali...namun aku hanya ingin memberi peringatan...
JANGAN LAH KAMU BERKHALWAT SELAIN DARI DENGAN ALLAH~!
Penuhi masa terluang kamu dengan berduaan dengan ALLAH kerana hanya DIA yang kekal bagi kamu....

Aku yakin lagi pasti..kamu..kamu..dan kamu...yang pernah atau sedang 'berpasangan'...pasti banyak masa, duit dan pengorbanan yang kamu lakukan untuk pasangan kamu...indahnya hidup kan kalau dia la pasangan kamu selepas ijab kabul...kita hanya mampu merancang dan berharap semoga dialah yang akan menjadi suri hidup kita..peneman di hari tua kita...namun...sebelum diijab kabulkan...ingatkanlah diri kamu bahawasanya dia belum lagi menjadi milik kamu...dan belum tentu dia akan menjadi teman hidup kamu selamanya..jodoh itu telah ditetapkan oleh ALLAH..kita hanya berdoa agar hubungan yang terjalin berkekalan hingga ke syurga..

Salah satu perkara yang menjadi bualan ialah keadaan fizikal lelaki atau wanita yang akan dijadikan pasangan kita....ya..setiap insan sukakan kecantikan..namun istilah kecantikan itu sendiri amatlah subjektif yakni ia berbeza pada pandangan setiap orang..ada yang inginkan pasangan yang slim n sexy...ada jugak yang lebih menggemari kekasih hati yang chubby..hehe...itu pendapat masing2 dan xperlulah aku bercerita lebih lanjut pasal kecantikan fizikal....sbb masing2 punya hak untuk memilih...
namun...keadaan fizikal cuma sementara...ianya tak kekal...maka...
PILIHLAH PASANGAN KERANA ALLAH~!


Setiap apa yang berlaku adalah kehendak ALLAH...andai kita sekarang sedang hangat bercinta...ingatlah ALLAH yang MAHA BERKUASA...jika inginNYA kita berpisah...maka berpisahlah kita...fahami dan jiwailah keimanan kita terhadap QADA dan QADAR...setiap yang berlaku ada hikmah di sebaliknya...

" Maka Kami jadikan yang demikian itu suatu ibrah(peringatan) bagi orang2 pada masa itu dan orang2 yang sesudahnya dan menjadi pengajaran bagi orang2 yang bertaqwa" [Al-Baqarah;66]

"boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu" [Al-Baqarah; 216]

mungkin ada yang lebih baik akan menjadi teman hidupmu di masa akan datang. Hanya ALLAH yang mengetahui setiap sesuatu.

Satu perkara lagi...
kita slalu igt...kita perlu berusaha mencari jodoh kita..mmg telah ditetapkan..namun kita tahu..ALLAH xkan bagi tanpa ada usaha dari kita....tapi..kita slalu lupa...syariat yang ALLAH dah tetapkan untuk kita mencari jodoh...kita inginkan pasangan yang sempurna..slalu kita merungut andai ada ketidakpuasan hati terhadap pasangan kita..namun sedarkah kita....berapa sempurnakah kita....?
ya~! mmg tiada insan yang sempurna...namun berusahalah ke arah kesempurnaan...insyaALLAH kamu akan berjumpa dengan si dia yang menyenangkan hati kamu...ALLAh xkan pernah menganiayai hambanya melainkan diri kita sndiri....
kesempurnaan yang dimaksudkan bukanlah dari segi fizikal...bukan juga dari taraf hidup...tapi tinggi rendah keimanan kita...andai harta berjuta sekalipun..kalau hidup tidak berlandaskan syariat ALLAH..mampukah kita menjadi pasangan yang terbaik?
fikir2kanlah.....~

penuhi hati kita dengan mengingati ALLAH~!!

tulisan ini bukan bermaksud mengata sesiapa....cuma ingin beri peringatan...kepada diri ini juga kepada setiap insan yang bernaung di bawah kekuasaan yang MAHA ESA..
kepada sesiapa yang sedang hangat memadu asmara tuh...ingat2 lah...tujuan sebenar hidup kita...hanya mencari keredhaan ALLAH...setiap hubungan biarlah hanya untuk ALLAH...
sentiasalah berdoa agar kita sentiasa dilindungi dari godaan syaitan yang dilaknat...
kehidupan yang dipinjamkan oleh ALLAH ini adalah jalan untuk mencapai kejayaan di akhirat kelak...marilah kita beruasaha bersama untuk mencapai kejayaan di akhirat kelak~

" Dan takutilah hari akhirat, pada hari itu seseorang tak dapat menggantikan orang lain sedikit pun, dan tidak diterima daripadanya sebarang tebusan, dan tidak bermanfaat baginya sebarang pertolongan, sedang mereka tidaklah diberi bantuan" [Al-Baqarah; 123]

p/s: semoga hatiku tetap di jalan ALLAH~!
p/ss: kepada yang belom bertemu jodoh...jgn mudah berputus asa...bnykkn berdoa..moga ditemukan yang terbaik untukmu...amin~

3 comments:

nanad said...

okay.. saya tekan butang 'LIKE' dekat post ni. huhu :) ternyata apa yang kita rasa sama kan syaza. semoga Allah memberi kita jodoh yang terbaik dunia & akhirat buat kita semua. banyak2 kan solat hajat, solat taubat, solat dhuha, solat tahajjud, solat sunat2 rawatib, solat witir dan solatlah solat fardhu kita di awal waktu. Plus..jangan lupa berdoa setiap masa dan waktu semoga Allah pertemukan kita dengan jodoh kita tak lama lagi :)

Anonymous said...

Alhamdulillah..
U knw y?
sbbnye ak rsa ko da bnyk improvement i yr way of thinking psl couple2 nih..I'm not saying tht I'm perfect~!
As we already knw no one's perfect~!
Jst tht I can see many positive changes in you nowadays..
InshaAllah let's improve ourselves and keep reminding each other to do not forget Allah..~=]
p/s: nice topic~! thanx for sharing<3

shezz said...

nanad: tuh la...smoga ditemukan jodoh yg terbaik...masih perlu baiki diri untuk menjadi yg terbaik...
miss anonymous: miss ke...xtaw sape la...huhu...hope all this positive improvement ni will remain forever...moga ALLAH tetapka hati aku...huhu

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...