Wednesday, July 27, 2011

balik kampung

hoyeah. aku dapat cuti smpai selasa. mau balik kampung. tapi ada camping. who cares apa cikgu2 tuh nk komen. bila mak dan ayah aku asyek beri idea supaya aku boleh tak pergi aktiviti sekolah. maknanya mereka sudah rindu aku. ahaks. sila muntah hijau.
yang pasti esok aku akan pegi cakap elok2 dengan cikgu yg berkaitan tuh. kalo kena nanges pon aku tak kesah. yang pasti aku nk balik. wakaka.
ok. tekad. mau balik kampung. doakan aku boleh balik kampung.

Tuesday, July 26, 2011

tidak cukup masa.

ruginya terasa. setiap detik yang dilalui di sekolah semasa praktikum ni tak dapat dikongsi bersama dalam blog ni. nanti bila dibaca balik mesti terasa kehilangan satu slot kehidupan yang menarik. permulaan perjalanan sebagai orang bekerjaya. walaupun masih bukan sepenuhnya. Tapi sesungguhnya terlalu banyak dugaan pabila bekerja. menjaga hati orang. menjaga prestasi diri. paling terbaik bila perlu mengambil hati bos-bos besar dengan terus jadi 'yesman'. tak mengapa, ini satu cara untuk hidup. mungkin nampak macam tak bagus tapi itulah kenyataannya yang perlu diterima.

Ketidaksabaran aku masuk praktikum berbaloi bila aku dapat mengendalikan kelas fizik, math dan sivik dengan baik. Walaupun kurang memuaskan lagi dan perlu lebih peningkatan. Biasalah, saya budak baru belajar, perlu nasihat dan saranan perubahan daripada guru-guru berpengalaman. jangan malu bertanya, itu pegangan aku. Biar kita dipandang kecik oleh mereka, tapi mungkin kita boleh menjadi lebih besar daripada mereka nanti. Kumpulkan ilmu sebanyak-banyaknya sepanjang praktikum dan cuba aplikasikan semasa di mengajar betul-betul nanti. InsyaALLAH dengan niat yang baik, mulakan dengan Bismillah pada setiap langkah menuju ke kelas, pelajar dapat dikawal dengan baik. Tapi jangan mudah mengalah kalau masih ada yang tak peduli kita sebagai seorang guru. Bak kata Dr Yazid, aku punya pensyarah pembimbing, cuba cari cara untuk attract pelajar. Walaupun mengajar tingkatan 4, tapi kadang-kadang perlu treat diorng sebagai kanak-kanak yang perlukan aktiviti yang menarik. budak-budak sekarang dah kekurangan masa bergembira sebab banyak masa habis di tusyen dan fb. So, nak tarik minat diorng cuba jadikan kelas tu tempat untuk diorng buat aktiviti yang menarik. Selamat mencuba ya.~

seronok itu tak tipu. Tapi aku juga tak tipu bila cakap aku xcukup masa. untuk update blog. bukan malas. tapi internet slow, nk tunggu lama sedangkan aku punya masa secebis cuma. Banyak kerja tertunggak. tak la banyak sangat, cuma ada kerja perlu diselesaikan.

Dunia ini indah kalau kita cuba buat ia seindah kejadiaannya. jangan dilihat perkara yang menyedihkan, kerana masa terlalu singkat untuk kita menikmati kebahagiaan di dunia.
wake up call!

Tuesday, July 19, 2011

haapy days ahead.



happy bersama pelajar SMK Mutiara Rini yang rajin belajar dan sentiasa bersemangat.
I'll be happy to spend all my time teaching u all.
Semoga niat aku untuk mendidik pelajar menjadi insan berguna tercapai dan dipermudahkan.
=)

Thursday, July 14, 2011

masa lalu

jangan diingat masa lalu yang hanya mengalirkan air mata...
jangan diingat masa lalu yang gembira tapi tiada lagi nyata..
jangan diingat masa lalu yang membawa kepada benci..
jangan diingat masa lalu yang telah tersalah membuat pilihan.

hanya ingat pada yang memberi senyuman.
hanya ingat pada yang membentuk diri ini..
hanya ingat kepada yang mengukuhkan persahabatan..
hanya ingat kepada yang membimbing..
hanya ingat pada yang mengingati.

mencintai seadanya, maaf andai mengecewakan, ku hanya insan biasa yang tak punya apa-apa.
namun ku bersyukur diberi peluang menimba seribu satu pengalaman pahit dan manis sepanjang bergelar hamba Allah yang lemah.
semoga lebih baik.

Tuesday, July 12, 2011

tidur tak lena.

Dah hampir sebulan..ke dah sebulan lebih.
tidur aku tak pernah lena. Setiap malam pasti terjaga.
Kalau bukan pukul 1 lebih atau 2, mesti terjaga pukul 4.30 pagi..
Entah kenapa.. bila bangun terasa seperti dah lama tidur, tapi untuk bangun memang tak la..bukan malas. tapi takut untuk bangun sorang-sorang, nak buat apa kan.
dah la aku ni penakut. sobsob.
terpaksa la aku sambung tidur.

Kenapa semua ni terjadi. Bila malam tidur tak lena, esok aku mengantuk di sekolah.
Aku bukan pelajar lagi, aku dah jadi cikgu. Takkan nk jadi macam P Ramlee kot tido dalam kelas.
Aku perlu cari punca masalah ni.
Kalau tak rosak hidup aku.
Semua kerja tak jadi.
Balik sekolah je letih macam g berkebun.
Padahal kelas sikit ja.
Bukan sepanjang hari pon.
Bila malam baru bleh buat kerja.
Itu pon kalau xdak cerita best. Kalau ada cerita best mcm Selasa malam.
Memang xjadi kerja la.

Huhu.
Doakan aku tenang menghadapi sebarang masalah.
Tenang tidur supaya bangun bleh buat keja baik2.

Saturday, July 9, 2011

sekolah

Praktikum.
Di SMK Mutiara Rini.
For now, everything ok. Terpaksa mengajar Sivik walaupun bukan minor atau major aku. Major Fizik, minor Math, tapi disebabkan semua cikgu tak nak lepaskan kelas masing-masing, aku terpaksa ambil alih 1 kelas fizik dan half kelas math.
Haa??
Half kelas? macam mana tu? hehe..Lebih la dari half sebab satu kelas Math tu ada 5 masa seminggu, tapi aku hanya ambil 3 masa. Lagi dua masa cikgu Math kelas tuh mengajar sebab sebelum ni dah ada cikgu praktikum ambil kelas tu dan pelajar tak faham.
So, cikgu tuh nk keep track pelajar dia, sebab tuh dia buat peer teaching. Boleh la.Kurang sket masa aku mengajar. Ganti dengan kelas Sivik tak la berat sangat aku nak buat RPH sebab tak kan diobserve. Haha.

Tadi ada kokurikulum Pengakap. Jangan terkejut kalau sekolah dah tak de cuti hari Sabtu. Ingat kerja cikgu senang ke? Semua orang mau kerja lebih masa, cikgu jadi pengasuh anak-anak la pula sekarang. Kalau kerajaan nak naikkan gaji cikgu jangan ada orang nak komen lebih-lebih ya sebab kitorang sebagai 'pengasuh' anak-anak anda tanpa bayaran dari anda. Kira ok la tuh kerajaan sudi bagi gaji lebih. Sebab kerja pon dah lebih. Haha.

Ok la ye.
Overall, baru mengajar Sivik sebab cikgu Fizik dan Math nak mengajar sikit lagi abiskan tajuk.
Wish everything will be fine and I'll be a very good teacher. =)


Wednesday, July 6, 2011

Kata-kata semangat untuk diri sendiri dan sesiapa yang berkenaan

1. Ketika satu pintu kebahagiaan tertutup, pintu yang lain dibukakan. tetapi acapkali kita terpaku lama pada pintu yang tertutup sehingga tidak melihat pintu lain yang dibukakan bagi kita.

2. Jangan tertarik kepada seseorang karena parasnya, sebab keelokan paras dapat menyesatkan. Jangan pula tertarik kepada kekayaannya, karena kekayaan dapat musnah. Tertariklah kepada seseorang yang dapat membuatmu tersenyum, karena hanya senyum yang dapat membuat hari-hari yang gelap menjadi cerah. Semoga kamu menemukan orang seperti itu.

3.Memberikan seluruh cintamu kepada seseorang bukanlah jaminan dia akan membalas cintamu! Jangan mengharapkan balasan cinta, tunggulah sampai cinta berkembang di hatinya, tetapi jika tidak, berbahagialah karena cinta tumbuh di hatimu.

4.Sungguh benar bahwa kita tidak tahu apa yang kita milik sampai kita kehilangannya, tetapi sungguh benar pula bahwa kita tidak tahu apa yang belum pernah kita miliki sampai kita mendapatkannya.

5.Orang-orang yang paling berbahagia tidak selalu memiliki hal-hal terbaik, mereka hanya berusaha menjadikan yang terbaik dari setiap hal yang hadir dalam hidupnya.

6.Hanya diperlukan waktu semenit untuk menaksir seseorang, sejam untuk menyukai seseorang dan sehari untuk mencintai seseorang tetapi diperlukan waktu seumur hidup untuk melupakan seseorang.

7.Kebahagiaan tersedia bagi mereka yang menangis, mereka yang disakiti hatinya, mereka yang mencari dan mereka yang mencoba. Karena hanya mereka itulah yang menghargai pentingnya orang-orang yang pernah hadir dalam hidup mereka.

8.Cinta datang kepada mereka yang masih berharap sekalipun pernah dikecewakan, kepada mereka yang masih percaya sekalipun pernah dikhianati, kepada mereka yang masih mencintai sekalipun pernah disakiti hatinya.

9.Masa depan yang cerah selalu tergantung kepada masa lalu yang dilupakan, kamu tidak dapat hidup terus dengan baik jika kamu tidak melupakan kegagalan dan sakit hati di masa lalu.

10.Ada hal-hal yang sangat ingin kamu dengar tetapi tidak akan pernah kamu dengar dari orang yang kamu harapkan untuk mengatakannya. Namun demikian janganlah menulikan telinga untuk mendengar dari orang yang mengatakannya dengan sepenuh hati.

11.Jangan pernah mengucapkan selamat tinggal jika kamu masih mau mencoba, jangan pernah menyerah jika kamu masih merasa sanggup jangan pernah mengatakan kamu tidak mencintainya lagi jika kamu masih tidak dapat melupakannya.

Thanks to curvatech for the collection of words.

Wake up girls and boys, those who feel bad bout love. live your life to the fullest. Everyone should enjoy every moment in their life. Try your very best and never regret. Never forget Allah and everything will be alright. =)

Tuesday, July 5, 2011

Maafkan Aku..

Aku bersalah.
Tersalah tafsir hatimu.
Tersalah duga tingkah laku mu.

Maafkan aku,
Kata-kataku buatmu kecewa.
Tindakanku buatmu marah.

Maafkan aku,
Mencintaimu.Menyayangimu.
Bukan niatku menyusahkan mu.
Cuma kedegilanku tak mampu dikawal.

Benda yang baik dah jadi pelik.
Niat yang baik tak dapat dimengerti.
Kini aku sendiri menangis lagi.

p/s: doakan aku terus kuat menghadapi dugaan hidup ini. Semoga aku berubah menjadi lebih baik dan dapat menyenangkan semua orang. =)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...