Wednesday, July 28, 2010

dulu...kini....


Andai dulu....
aku sepohon pokok yang rendang...
menjadi tempat insan berteduh...
dihiasi bunga mekar mewangi..
indah ditatap sering dipuja...

Tapi kini...
aku dilihat berdiri teguh...
namun sebenarnya aku lumpuh...
ku kini hanya ranting yang rapuh...
seperti pepohon di musim luruh....

Andai dulu...
kasihku sehangat musim panas...
indah hidupku bak musim bunga....
bayu menyapa hangatkan cintaku..
mekar senyumku menghiasi diri...

Namun kini...
jiwaku sedingin salju...
sepoi angin membuatku kaku....
tiada yang mampu pegangi aku...
kerna aku masih miliknya..
walau ku tahu dia bukan untukku.

~LOVE is a little HAPPINESS, with a few SACRIFICES, and it gives a lot of PAIN~

Tuesday, July 27, 2010

surat cinta untuk mak~!

mak syg,

salam nifsu syaaban...tggal lagi beberapa hari nak masuk bulan mulia..Ramadhan...rindunya ketenangan bulan Ramadhan...kalau dulu...bulan Ramadhan terasa nikmat bila sama2 memasak ngn mak untuk berbuka...macam2 mak nk buat...n macam2 jugak la anak2 mak request..
mak plak mmg rajen buat dessert...mcm2 jenis makanan mak reka sendiri..xperlukan buku resipi...
mmg mantap la mak...berbuku2 resipi mak ambek n beli..tp mak xbuka pon..mak buat suka ati ja...plus penuh kasih sayang...thats y mak masak apa pon sedap...
tp kalo mak merajuk..mmg abes la kami...masak sorng2 la kt dapur..pastu kena komen ngn ayah...hehehe..
bru akak tau mana datang perangai kuat merajuk ni..hehe:)

kalau zaman dulu2...heh...mcm dah tua je...ye la...zaman muda remaja...bestnya bulan Ramadhan nih bila kita dok tukar2 juadah ngn jiran sebelah umah...kalo nk masak pape yg best..mesti msak byk2 sket...nk kongsi ngn jiran2...hehe...
bestkn..tp skrg xtaw la still buat ke tak...plus bulan posa nih pon time skolah...mesti most beli je kt bazar ramadhan tuh kn...tp sedap wooo makanan kt situ...
tgh2 lapar p sana mmg suma nk beli..teringin macam2...balik umah lepas mkn nasi suma dah xpandang...hehe...tp dont worry...makanan tuh tetap abes..lepas exercise kt masjid..:)
dulu senang ja..depan umah ada surau...jalan kaki xsampai 2 minit dah sampai...haha...skrg nih xramai org nk smyg kt situ...kena la ayh drive p masjid..smyg terawih kt masjid...
xpa..best ja p masjid..ramai org...baru la terasa nikmat bulan posa...even kadang2 rasa mengantuk nk terawih sbb mkn kenyang sgt..ngee:D

mak,
dah nk masuk kali ketiga akak xsambut ramadhan kt umah...mungkin lebih kot sbb waktu kt Uniten dulu pon bukan posa kt umah jugak..cuma sempat la jugak rasa posa kt umah 2 3 ari b4 raya tuh...kn cuti...hehe...

tp tahun nih...xtaw la knapa asyek homesick ja kn...keja teringat nk balik umah ja...mak kata sbb mak pon rindu akak...hehe...sweet kn....besala..kata mak ngn anak...jauh2 mesti la rindu...
mak doakan akak taw...hehe..xcakap pon akak taw mak sentiasa doakan akak...:)

tiba2 akak rasa rindu nk makan moi sup yg mak buat...sedappp...mmg xdak sapa leh lawan...kedai moi sup yg slalu kita mkn tuh pon xsesedap mak buat..sbb pa taw..sebab kt kedai tuh bt xdak kasih sayang...hehe...:)
moi sup mak mmg complete la..ngn kangkung rebus..ikan bilis...sup mak the best la~
cuma xdak kacang mcm kat kedai..haha..sebab xdak org nk mkn pon kalo da kacang..bt penat goreng ja...
xpa la...nnt akak balik nk request moi sup la...lama dah kot xmakan...arituh mak buat sup tulang ja..akak pon lupa pasal moi sup..sbb byk sgt nk mkn...xsempat nk request...heheh...
xpa2...insyaALLAH akak balik taun nih akak nk suh mak masak...even senang je pon nk masak...tp nk gak mak yg masak....hehe...

dah2..merepek ja...

mak2...mak taw dak..akak dah hepi balik skrg..sbb dah kol mak smlm...len kn..even dok msg2..xsama mcm kol....huhu...pas ni akak rajen2 kn diri nih tepon mak...bukan xmau tepon..cuma kna tggu timing btol bru leh tepon...kalo x mmg xmampu la nk ckp lama2...xbest la xleh gayut lama2...hehe...

ok la mak...kakak sayang mak sgt2...
kalo adek ngn dik hir baca nih mesti depa muntah hijau...haha...biar la..jeles la tuh...
i know even im the oldest but im a bit younger than both of u~!
huhu....

xoxo,
kakak
~LOVE is a little HAPPINESS, with a few SACRIFICES, and it gives a lot of PAIN~

Sunday, July 18, 2010

kisah CINTA kami~



Ini sebuah kisah cinta antara sahabat yang sama2 berjuang untuk menjadi pendidik bangsa pada masa depan...
Pertemuan kami pada tahun 2006 di Universiti Tenaga Nasional (UNITEN), Bangi untuk Program Persediaan ke Luar Negara (PPOU)...
Perpisahan kami berlaku pada tahun 2008 pabila masing2 memilih university yang berbeza mengikut kata hati dan fikiran masing2...
Setelah lebih dua tahun berlalu,pertemuan semula mengorak sejuta kenangan yang xkan dapat dilupakan...

Andai dulu kami sering kali menghabiskan masa bersama...
Namun kali ini, masa amat mencemburui kami sehingga kami sendiri merasakan terlalu singkat perrtemuan kali ini..

Perjalanan kami bermula dari tempat masing-masing iaitu Melbourne, Australia bagi 9 orang, Wellington,New Zealand untuk 5 sahabat, dan 3 insan yang menyambut kami dengan hati terbuka di Christchurch, New Zealand.
tribute to azah for the picture of US~!
Penerbangan aku dan 4 orang sahabat lagi dari Wellington sampai di bumi Christchurh pada jam 171o waktu New Zealand dan kami disambut oleh FIQS, LYNN dan AZAM. Tidak terucap dengan kata2 betapa hati ini gembira bertemu insan2 ini...

Disebabkan kami semua perempuan dari Wellington, maka kami terus menuju ke rumah Fiqs. Di situ tersaksilah pertemuan dengan sahabat2 lain. Di sini juga kami berkenalan dengan sahabat baru yang bernama Azreen Omar dari Melbourne.

::Azreen::

Di sebabkan semua orang pon masih belum mengisi perut masing2, kami di bawa oleh tuan rumah ke sebuah restoran halal, AFGHAN untuk menikmati nasi Afgan yang super sedap dan super banyak. Namun demikian, akibat kelaparan yang teramat aku berjaya menghabiskan nasi tersebut. Dan hanya beberapa orang yang tidak mampu menghabiskan nasi tersebut. :)
::menunggu nasi afgan::
Setelah masing2 kekenyangan, kami menuju ke Cathedral Square. Namun bukan niat untuk bersiar2, kami ke sana untuk 'melawat' sebuah kedai cenderahati yang dikatakan murah. Maka, malam itu ramai yang telah menghabiskan sebahagian wang yang ada untuk membeli cenderahati kepada sahabat2 lain dan juga ahli keluarga.

Selepas agak lama membeli belah, maka kami bergerak untuk pulang kerana kami perlu bersiap sedia untuk memulakan perjalanan yang panjang pada keesokan hari ke Queenstown. Pulangnya kami ke rumah bukan lagi untuk berehat. Ketua rombongan a.k.a FIQS telah mengagihkan tugas untuk memasak bekalan untuk hari esok. Sahabat2 lelaki ditugaskan untuk masak nasi manakala para wanita ditugaskan untuk menggoreng ayam dan masak sambal.
Semua kerja memasak dilakukan di rumah FIQS dan ONAI disebabkan tuan rumah pihak lelaki tiada di rumah. Usai aktiviti memasak, kami berkemas barang2 yang ingin dibawa bersama dan meninggalkan sedikit barangan yang tidak perlu untuk meringankan beban kereta kononnya boleh menjimatkan minyak. :)

Pagi keesokannya, jadual perjalanan yang dijangka pukul 7 pagi telah berganjak kepada pukul 8 pagi kerana terlalu ramai ahli rombongan. Namun demikian, perjalanan masih diteruskan dengan hati yang ceria.
thanks fiqs for the nice editing pix~!

Sebelum memulakan perjalanan, kami semua berkumpul untuk membaca doa yang diketuai oleh AIME. Maka dengan itu, kami berpecah untuk menaiki kenderaan masing2.

::perjalanan kami ke Queenstown diekori sebuah kereta putih yang dinaiki oleh pelajar MELBOURNE UNI::


Dua buah estima, estima katak yang dipandu oleh LYNN berganti dengan FIQS,
dan SHARUL bersama KHAI( tp mcm Sharul drive sorang ja :)) memandu estima berwarna hijau gelap. Sebuah lagi kereta berwarna putih dipandu oleh aku bersama AZAM bergilir2.
::fiqs::
::lynn::

::syaza dan azam::

Perhentian pertama kami pada hari itu, iaitu 6 Julai 2010 ialah di sisi jalan berhadapan dengan MT COOK untuk mengambil gambar bersama2 sebagai kenangan berlatar belakang kan MT COOK yang sangat indah dilitupi putih salji (gambar pertama).
::mt cook::



Di sepanjang perjalanan kami terlihat pohon2 berwarna putih dan tertanya2 kenapa pohon2 tersebut berwarna putih. Adakah kerana sememangnya daun2 pokok itu dijadikan putih warnanya?

Persoalan kami terjawab apabila kami berhenti dan mendekati rumput2 di tepi jalan yang berwarna putih. Rupa2nya, permukaan rumput tersebut dilitupi kepingan ais yang halus. Barangkali disebabkan embun pagi yang membeku kerana suhu yang terlalu rendah.:)

::sebahagian dari keluarga kami::

Usai bergambar, kami meneruskan perjalanan ke destinasi kedua iaitu Lake Tekapo. Disini keagungan ILAHI jelas terbentang. Sungguh indah ciptaanNYA sehingga tidak dapat diungkapkan dengan kata2. Kami semua terpegun melihat kegagahan gunung yang dilitupi salju putih berhadapan dengan Tasik membiru yang dikenali sebagai Tekapo. Sebelum kami sampai ke destinasi lagi, kami sudah dapat melihat keindahan tasik tersebut yang terbentang luas. Mujur sekali bukan aku yang memandu ketika itu, kerna mungkin aku akan terbabas akibat terlalu khusyuk melihat keindahan alam. (kalau aku drive aku xtgk pon la..jeling2 je la)

::dari jauh::


::kisah 3 sahabat bertemakan Lake Tekapo::

Di sini juga kami berhenti untuk mengisi kekosongan perut setelah 4 jam perjalanan dari Christchurch. Setelah semua perut diisi dengan bekalan nasi bersama ayam goreng berkuahkan sambal, kami tidak lupa untuk menunaikan solat, menjalankan tanggungjawab kami kepada yang MAHA ESA, pencipta alam yang indah terbentang.
::melaksanakan solat jemaah bersama walau dimana kami berada::

Usai bersolat dan berehat bagi para pemandu, perjalanan kami diteruskan menuju ke Queenstown yang memakan masa lebih kurang lagi 4 jam.

Sepanjang perjalanan kami, di kiri kanan hanya lah hamparan padang rumput diselang seli dengan gunung2 yang memutih. Jarang sekali kami bertembung dengan kereta lain menyebabkan perjalanan kami lebih selesa bersama tanpa perlu risau ada diantara kami tertinggal di belakang kerana jelas kelihatan susunan kenderaan kami membontoti masing2.

::deretan kereta kami::

Lebih kurang 4jam kemudian, kami sampai di tempat tinggal yang telah disewa oleh LYNN. 5star apartment. Harga yang agak mahal namun amat berpuas hati apabila kami semua menjejakkan kaki ke dalam kediaman kami. Sebuah apartment yang agak luas, mempunyai 3 bilik tidur yang masing2 nya dilengkapi dengan bilik mandi dan tandas. Ruang tamu yang cukup luas, berasingan dengan tempat makan dan dapur yang sederhana besar bersama peralatan memasak yang lengkap.

::ruang tamu dan dapur dibelakang::



::beranda apartment menghadap tasik dan gunung::

Selepas bersiar2 dalam rumah yang cantik, kami memanaskan makanan yang dibawa untuk makan malam. Semua orang dalam kelaparan, bukan sebab tidak cukup makan, namun keadaan pada musim sejuk yang menyebabkan kami lebih cepat terasa lapar. Menu makan malam kami sama seperti makan tengah hari tadi untuk menjimatkan masa dan tenaga kerja. Sekali masak boleh makan dua kali.:)
Terima kasih kepada yang memasak dan membantu.:)

::makan malam di apartment::

Usai menjamu selera, sekali lagi kami bersama memasak untuk santapan esok hari, pagi tengah hari dan makan malam.
Selesai semua kerja,KHAI dan AIME menghantar beberapa rakan kami ke tempat tinggal mereka di PINE WOOD BACKPACKERS kerana tiada kekosongan apartment dan kami takut untuk 'menyumbat' semua orang dalam satu rumah andai pihak pengurusan mengetahui.

Kami berkemas dan tidur dengan nyenyaknya kerana masing2 kepenatan memandu dan menjadi penumpang. :)

to be continue........

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...